Sunday, December 02, 2007

Bagaimana Buku Seharusnya Dipromosi

Banyak penulis tidak puas hati dengan cara bagaimana penerbit mereka mempromosi, ataupun tidak mempromosi, karya mereka.

Pada teorinya penerbit bertanggungjawab mempromosi buku-buku yang diterbitkannya. Tetapi itu hanya pada teorinya sahaja. 

Pertama-tama, penulis jangan mengharapkan penerbit sahaja mempromosi buku saudara. Penerbit yang besar mempunyai beribu-ribu judul, maka ia takkan berdaya mempromosi setiap buku yang diterbitkannya. 

Disebabkan penerbit tidak berdaya mempromosi setiap judul, maka penerbit mempunyai suatu set kriteria apabila hendak memilih buku mana, dan pengarang mana, yang hendak dipromosi. Antara kriteria itu adalah:

(1) Jualan buku itu berpotensi besar.

(2) Pengarang buku itu mempunyai personaliti yang mudah disukai ramai dan sangat kredible.

(3) Kandungan buku itu mempunyai ciri-ciri yang dapat memikat perhatian ramai.

(4) Pengarang buku itu mempunyai aspek peribadi yang dicari oleh wartawan dan media. 

Jika saudara baru memulakan bisnes penerbitan, ada beberapa tip yang dapat kita kongsi bersama berkenaan cara bagaimana buku dipromosi:

(1) Dapatkan orang supaya mengulas, memuji, malah mengkritik, buku terbitan saudara dalam mana-mana akhbar dan majalah. 

(2) Dapatkan wartawan supaya menulis artikel, ataupun "feature" tentang profail pengarang saudara sekaligus dengan bukunya.

(3) Dapatkan peluang supaya pengarang saudara menjadi tetamu dalam siaran televisyen dan radio. 

(4) Dapatkan bloggers supaya menulis tentang buku terbitan saudara. 

(5) Anjurkan majlis penulis bertemu peminat.

(6) Anjurkan majlis di mana penulis saudara menyampaikan ceramah berkenaan karya mereka.

(7) Anjurkan majlis diskusi buku. 

Nota: Majlis pelancaran buku yang besar-besaran tidak menjamin jualan buku dapat membayar kos mengadakan majlis itu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Aduhai Kassim Selamat Previous entry: Sastera Remaja Kebal Serangan Buku Impot
Panaharjuna  on  12/02  at  06:10 PM

Puan,

Bolehkah diterangkan dengan lebih lanjut kriteria (2) dan (4) itu?

 on  12/03  at  06:46 AM

Tuan Panah,

(2) Pengarang buku itu mempunyai personaliti yang mudah disukai ramai dan sangat kredible.

Apabila penerbit memilih buku yang mana yang hendak dipromosi, isu personaliti pengarangnya juga amat diambil berat.

Sesetengah pengarang mempunyai bakat semula jadi pandai bercakap sehingga wartawan pun mudah suka dengannya. Belum tamat interviu, wartawan sudah ‘book’ mahu berjumpa lagi dengan pengarang itu untuk sesi interviu lain pula.

Bukan itu sahaja, apabila pengarang muncul di TV, bukan hanya hos itu yang suka kepadanya, malah penonton pun suka memandang wajah dan kata-kata yang keluar daripada mulut pengarang.

Apabila foto pengarang banyak kali terbit dalam media, dengan naiknya nama pengarang itu, maka akan naiklah jualan bukunya.

Aspek kredibiliti juga amat diambil kira oleh penerbit apabila mencari pengarang yang akan dipromosi.

Kredibiliti terdiri daripada 3 unsur: (1) Pengetahuan mendalam (ataupun kelulusan formal yang tinggi), (2) Kemahiran dan kepakaran yang tinggi, dan (3) Keikhlasan.

Pengarang yang memiliki kredibiliti tinggi menaikkan keyakinan pembeli dan pembaca ke atas karyanya.

(4) Pengarang buku itu mempunyai aspek peribadi yang dicari oleh wartawan dan media.

Ciri ini menjadikan pengarang itu memiliki “news-value”. 

Dari sudut nilai berita, aspek “siapa penulis buku” adalah sama penting dengan “buku apa dia tulis”.

Bagi penerbit, apabila pengarang menerima banyak liputan dalam media, ini amat berharga dari sudut “company branding” kerana pengarang adalah pembawa bendera nama penerbit ke mana-mana dia pergi.

Jika pengarang 1 kali muncul di media, bermakna hanya 1 kali nama penerbit dipromosikan dalam media, berbanding apabila pengarang itu 10 kali muncul di media.

Itulah sebabnya sangat penting pengarang berjaya “mempromosi” dirinya kepada wartawan sehingga dia berjaya di-book oleh wartawan bagi sesi-sesi interviu lain, walaupun baru sekali berkenalan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: