Monday, May 21, 2007

Bagaimana Cara Memanjangkan Tempoh Perlindungan Hakcipta Karya Saudara

Di Malaysia, tempoh perlindungan hakcipta karya saudara adalah selama saudara hidup, ditambah 50 tahun selepas saudara wafat.

Saudara boleh memanjangkan tempoh perlindungan itu. Caranya adalah dengan mewasiatkan kepada siapa saudara serahkan hakcipta karya-karya saudara apabila saudara wafat.

Buat wasiat bertulis yang dengan jelas menyebut nama orang yang saudara berikan hakcipta karya saudara itu. Sebagai contoh, nama anak-anak saudara. Selagi anak-anak saudara hidup selagi itu hakcipta itu dilindungi, ditambah 50 tahun selepas anak saudara wafat. Kemudian anak saudara boleh mewariskan hakcipta itu kepada anaknya pula.

Satu cara lagi adalah dengan menubuhkan yayasan keluarga. Kemudian saudara serahkan hakcipta saudara kepada yayasan keluarga saudara. Dalam kes ini, selagi yayasan itu ada, selagi itulah hakcipta karya saudara dilindungi.

Dengan cara ini semua royalti bukunya dibayarkan ke akaun yayasan itu. Terpulanglah kepada lembaga pengarah yayasan bagaimana wang royalti itu hendak dibahagi-bahagikan kepada yang berhak.

Jika Sifu tidak silap, hakcipta buku-buku cerita rakyat karangan Pak Zakaria Hitam kini diserahkan kepada, dan dimiliki oleh, yayasan keluarganya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cukai Pendapatan Penulis Previous entry: Bahasa Melayu Tinggi: 'sedang' dan 'tengah'
Azree  on  05/21  at  04:57 AM

Ini nampak seperti kes buku-buku Dale Carnegie.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.