Tuesday, April 01, 2008

Buku Bungkus Belacan dan Dasar Protectionist Perdagangan Buku

Pada suatu masa dahulu, komuniti buku di Malaysia memandang rendah buku-buku terbitan Indonesia, dan amat berbangga dengan kualiti kertas, percetakan dan binding buku-buku terbitan Malaysia, khususnya buku-buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bagi kita di Malaysia waktu itu, buku Indonesia dan buku India sama taraf sahaja, yakni taraf buku negara miskin. Dulu-dulu, kata orang kita lagi, buku Indonesia buku kertas bungkus belacan, baru dibuka, sudah terkoyak!

Saat ini, sesiapa yang pernah memasuki kedai buku di Indonesia dan India takkan berkata begitu, kerana buku-buku terbitan negara itu sudah jauh meninggalkan kualiti fizikal dan intelektual penerbitan kita di Malaysia. 

Seperti di India, pemerintah Indonesia tidak membenarkan buku-buku yang dicetak di luar negara diimpot ke negara itu. Buku luar negara dikenakan duti impot. Disebabkan adanya dasar protectionistic itu, bagi mengelakkan duti impot, ia memaksa buku-buku asing dicetak semula dalam negara. Dengan itu, pencetak tempatan mendapat banyak peluang kerja cetak-mencetak. Harga jualan buku pun dapat diturunkan.

Justeru dasar protectionist pemerintah Indonesia dan India membolehkan industri percetakan negara-negara itu berdaya saing dan berdaya maju sehingga mereka mampu membeli mesin-mesin cetak yang berteknologi terkini. Mesin-mesin cetak itulah yang kini membolehkan buku-buku terbitan Indonesia menikmati kualiti fizikal mutu tinggi.

Sekarang ini, kita malu apabila membandingkan kualiti fizikal buku-buku kita dengan buku-buku Indonesia. Kita lebih-lebih lagi malu apabila membandingkan kualiti isi kandungan buku-buku kita dengan buku-buku Indonesia. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel Remaja dalam Bahasa Melayu Mula Dibaca Anak-anak Kelas Menengah Previous entry: Surat
rastom  on  04/01  at  08:48 AM

Puanku:

Indonesia ke hadapan, mendahului kita bila dapat regim baru, tendang regim lama. Kita? Masih ada lagi saki baki yang berpenyakit megalomaniak - gila kepada yang terlaju (F1), yang terbesar, tertinggi dan lain lain ter. Berjaya sungguh anak Iskandar ini ya, sampai menakutnakutkan kita bakal dicucuk hidung oleh ajen Yahudi, CIA, ING, Jernih, MCIS, Talasco dan sebagainya jika memilih orang itu sebagai PM.

Pemerhati Buku Di Negeri-negeri Kerajaan BR  on  04/01  at  08:58 AM

Bagaimana sekiranya cadangan ini diusulkan kepada pihak kerajaan BR di lima negeri satu wilayah. Kalau kerajaan pusat sedia ada tidak dapat melakukan seperti yang dibuat di indonesia, apa kata kerajaan BR pula yang laksanakan. Tentu banyak untuk yang rakyat negeri kerajaan BR dapat.

Lagi cepat diusulkan lagi bagus.

..................

NOTA SIFU: Tuan Pemerhati Buku,

Undang-undang hanya dapat digubal di parlimen. Sekarang ini BN tidak boleh buat ataupun pinda undang-undang sebab tidak cukup kuota 2/3 di parlimen, kecuali wakil-wakil BR sokong.

Tapi rasa-rasanya, tidak ama lagi BR menguasai parlimen, jadi kita ada peluang menggubal dasar protectionist untuk memajukan industri perbukuan Malaysia.

Lagipun, bakal PM baru kita itu kaki-baca-buku orangnya!

 on  04/01  at  09:08 AM

Tuanku Rastom,

Orang-orang BN ini tidak juga belajar daripada pengalaman. Teknik mengancam, mengugut, menggertak, menakut-nakutkan, memomok-momokkan orang Melayu sudah tidak boleh digunakan lagi, itu pun mereka tidak sedar juga.

Orang BN dan pegawai-pegawai kerajaan yang menjadi budak suruhan BN mesti belajar berdepan dengan realiti baru. Dulu-dulu, tidak ada internet, maka bolehlah mereka membuat keputusan di balik pintu tertutup. Rakyat tidak tahu apa yang mereka putuskan.

Teknologi komunikasi sudah jauh berubah. Pintu pejabat-pejabat kerajaan sudah tidak dapat ditutup rapat-rapat macam dulu-dulu. Apa yang berlaku dalam bilik-bilik mesyuarat kementerian, sudah tidak dapat dirahsiakan lagi.

Strategi dan cara kerja yang dulu berjaya memenangkan BN sekarang itulah juga yang menjatuhkan BN.

Bilakah lagi mereka sedar peri pentingnya mereka menukar strategi dan cara kerja mereka. Jika beginilah keadaannya, PRU13 nanti, entah berapa kerusi BN yang tinggal.

Saya mahukan supaya kita mempunyai pembangkang yang kuat dalam parlimen. Jadi BN jangan sampai tinggal 2-3 kerusi sahaja, baik dalam dewan undangan negeri mahupun di dewan rakyat. Bahaya apabila pembangkang lemah.

 on  04/01  at  11:47 AM

Encik Rastom,

Saya kadangkala terkilan apabila nasihat saya dianggap nasihat penulis upahan. Terus terang saya katakan saya tidak terima apa-apa bayaran untuk komen-komen saya ini. Saya rasa ada ahli komen yang lain juga telahpun menyatakan yang sama. Mustahilkah untuk sesiapa tidak sependapat dengan Puan Ainon hanya atas dasar rasional?

Sepanjang komen-komen saya saya rasa tidak ada pun ayat ancaman untuk “menakut-nakutkan” Puan Ainon. Saya tidak tahulah jika pada realitinya ada orang yang TAKUT membaca komen saya.

Saya sekadar menegur kerana saya(dan bukan saya sahaja) kerana puan sudah terlanjur sehingga membuat fatwa, melaungkan jihad hanya atas dasar “surat-surat” layang yang diterima. Kalau betul lainlah. Ini telah dibuktikan bahawa terdapat banyak penyelewengan maklumat yang dibuat untuk mensensaikan keadaan. Jihad juga dilaungkan berasaskan “gosip”. Islamikkah ini?

Sekadar memberi nasihat supaya peka dengan keadaan politik sekeliling memandangkan penulisan Puan Ainon kini lebih berbau politik.

Tentang ejen yahudi dan lain-lain lagi, janganlah cepat menuding jari. Bukan BN yang membuat mesyuarat mahasiswa Washington bersama CIA dengan rancangan untuk memburukkan Malaysia pada 1999/2000 dahulu. Siapa? Tekalah sendiri. Terma Psychoanalisis bagi symptom ini ialah “projection”.

Jiwa Rasa  on  04/01  at  02:53 PM

Puan Ainon,

Saya antara yang sering memuji buku-buku cetakan dari Indonesia yang boleh dikatakan murah berbanding negara kita. Kenyataan itu mungkin betul tiga tahun dahulu. Hari ini saya sudah nampak bagaimana PTS berkembang maju dan menghasilkan begitu banyak buku dengan harga yang berpatutan.

Buku terbitan Indonesia mungkin murah, tetapi kita perlu berhati-hati dengan kualiti terjemahan buku-buku mereka. Ada juga yang kurang tepat dan boleh membunuh selera membaca.

Dasar Protectionism perlu ada untuk industri buku, tetapi ianya tentu tidak akan kekal lama. Trend sekarang sedang menuju pasaran bebas, samada setuju atau tidak, lambat laun kita terpaksa menerimanya. 

Walaupun tidak ada protectionism, saya percaya PTS akan berjaya dan boleh pergi lebih jauh, jika prestasi tiga tahun lepas ini diambilkira.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: