Monday, November 09, 2009

Bagaimana Eksekutif Jualan PTS Memberi Perkhidmatan kepada Pekedai Buku

Entri ini ditulis khusus bagi menjawab pertanyaan beberapa pembaca blog ini yang ingin mempelajari cara kerja PTS yang membolehkan buku-buku PTS terjual berpuluh juta setahun.

Bagi tujuan menulis entri ini saya telah menemuramah Tuan Zaharin Zain (foto), pengurus jabatan sales PTS. Berikut adalah maklumat yang saya peroleh daripada beliau:

Apabila eksekutif-eksekutif jualan PTS pergi ke kedai-kedai buku, mereka tidak menjual buku-buku PTS secara direct kepada pekedai. Maksudnya, mereka tidak pergi berjumpa pekedai dengan niat mahu mengambil order (pesanan) buku-buku apa yang pekedai mahu, ataupun terus menunjukkan buku-buku yang baru terbit kepada pekedai supaya mereka order buku-buku itu.

Salesman tradisional pergi ke kedai buku hanya dengan satu tujuan, yakni mengambil order dan mengutip hutang. Ada pula salesman yang pergi dengan membawa stok buku dan meninggalkan buku itu di kedai, dan membiarkan kakitangan kedai membuat apa yang patut dengan buku-buku itu.

Cara menjual buku seperti itu tidak digemari oleh pekedai buku dan kakitangan mereka.

Eksekutif jualan PTS pergi ke kedai buku sekurang-kurangnya sekali setiap bulan, dengan objektif mahu memberikan khidmat pelanggan kepada kedai-kedai itu.

Apabila mereka tiba sahaja di kedai buku, mereka akan bertanya kepada pekedai dan juga kakitangan kedai itu apa yang mereka dapat bantu. Mereka juga bertanya bagaimana bisnes mereka, dan apa yang dapat dibantu oleh PTS. Pada masa itulah pekedai akan memberitahu jika ada perkara-perkara yang tidak memuaskan hati mereka. Semua rungutan itu dicatat dan disampaikan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan di PTS supaya diperbaiki.

Ada kalanya kedai buku meminta PTS menerbitkan judul-judul yang mereka mahukan sebab pelanggan mereka datang mencari buku-buku seperti itu. Maklumat tersebut juga dicatat dan dimaklumkan kepada jabatan editorial.

Kedai buku memerlukan maklumat tentang industri buku. Justeru eksekutif PTS akan memberitahu maklumat-maklumat terkini yang mereka ketahui, sebagai contoh trend-trend jualan buku di kedai-kedai lain ataupun di bandar-bandar lain.

Eksekutif PTS juga memberi maklumat judul-judul yang sedang laku keras dalam pasaran, termasuklah judul-judul terbitan syarikat-syarikat lain.

Mereka juga membantu mengemaskan susunan buku-buku PTS di rak sambil mencatat judul-judul yang sudah habis, dan yang tinggal sedikit. JIka mereka membawa stok buku, mereka membantu kedai dengan menyusun sendiri buku-buku itu di rak yang betul. Ini meringankan beban kerja kakitangan kedai buku itu. 

Selain daripada itu mereka memberi nasihat kepada pekedai tentang judul-judul buku PTS yang sudah boleh dipulangkan semula kepada PTS sebab nampaknya jualan buku-buku itu tidak bagus. Dengan begitu, ruang yang kosong dapat diisi dengan meletakkan buku-buku terbaru.

Di luar kota Kuala Lumpur, apabila tiba waktu malam, eksekutif jualan PTS tidak duduk dalam bilik hotel menonton TV sambil berehat, sebaliknya mereka mengambil masa keluar makan malam dengan pekedai buku di mana pada waktu itu mereka mempunyai banyak waktu menjalin hubungan kerjasama yang lebih baik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jabatan Marketing PTS akan Menjalankan Sesi 'Photo Shoot' untuk Semua Penulis PTS Previous entry: Pasaran Laut Biru Novel Remaja dalam Bahasa Cina
 on  11/11  at  04:16 PM

Jabatan Perkhidmatan Pelanggan - Pengurus Perkhidmatan Pelanggan- Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: