Tuesday, July 31, 2007

Bagaimana Kedai Buku Indie Mencipta “Lingkaran Syaitan”

Peminat PTS komplen dan menulis emel menyatakan kesal sebab mereka sukar mendapatkan buku-buku PTS di tempat mereka.

Kita mendapat maklumat daripada pengedar PTS bahawa kedai-kedai buku indie, baik yang ada di Lembah Kelang, mahupun di kotamadya dan pekan-pekan kecil, mereka hanya mahu menjual novel-novel pop-cinta sahaja. Novel-novel remaja terbitan PTS pun mereka tidak mahu jual sebab "tidak laku".

Keadaan ini menyebabkan 2 pihak mengalami kesukaran. Pertama, penerbit buku bermutu tidak dapat memasarkan buku-bukunya dengan lebih merata-rata di seluruh negara.

Kedua, pembaca buku bermutu di luar bandar-badar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang dan Melaka, tidak dapat membeli dan membaca buku-buku bermutu.

Kedai-kedai buku indie ini mencipta "lingkaran syaitan" (vicious cycle) ke atas pembangunan modal insan di kawasan luar bandar.

Kedai-kedai buku menjual bahan bacaan yang merosakkan daya intelek orang luar bandar. Orang luar bandar yang daya inteleknya rosak hanya mahu membeli dan membaca buku-buku yang merosakkan daya intelek. Justeru kedai buku luar bandar hanya menjual buku-buku yang dimahukan oleh mereka yang daya inteleknya rosak. Begitulah lingkaran syaitan itu berpusing-pusing.

Di satu pihak lain, di bandar-bandar utama terdapat rangkaian kedai buku elit seperti MPH, POPULAR, KINOKUNIYA, TIMES dan BORDERS yang dikunjungi oleh golongan kelas menengah yang mengutamakan buku-buku bermutu.

Ini menyebabkan penerbit seperti PTS hanya dapat memasarkan buku-bukunya di mana rangkaian kedai-kedai buku elit itu membuka cawangannya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khidmat Masyakarat: Maskara III Sabtu 4hb Ogos Previous entry: Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Memilih Isi Ceramah
Tengku Asmadi  on  07/31  at  11:54 AM

Assalamua’alaikum semua,

Apa pula pandangan Puan Sifu terhadap buku-buku yang dipasarkan melalui stesen-stesen minyak seperti Petronas.  Saya lihat ada penerbit yang mangambil langkah itu.  Agak-agaknya apakah masalah serta halangannya.  Sebab nampaknya buku-buku yang diletakkan di situ agak laku.

.

Kita sudah buat kajian saluran stesen minyak. Setiap syarikat minyak mempunyai prosedurnya sendiri bagi pembekal barangan yang dijual dalam kedainya.

xara  on  07/31  at  12:03 PM

Apa kata, puan buat jualan buku secara katalog untuk pasaran luar bandar. Semasa saya bersekolah dahulu, penerbit buku akan menghantar katalog ke sekolah. Kadang-kala mereka membuat tempahan awal dan memberi tarikh tertentu untuk turun ke sekolah.

Mereka banyak membawa buku-buku cerita rakyat. Ketika itu, ulat buku seperti saya akan sanggup menyimpan duit saku, jika tidak berjaya menggoda emak, untuk menanti ketibaan hari tersebut. Ya.. dulu saya ulat buku. Entah kenapa, sekarang tidak berapa menjadi ulat.

.

Sektor pasaran sekolah ini sektor yang banyak ‘ceritanya’....

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/31  at  12:16 PM

Ataupun, buat iklan 3 bulan sebelum cetak 1-3 judul yang dijangka ngetop di pasaran.

Minta pengunjung UNIKA yang beribu-ribu ini buat tempahan awal. Risiko wang hilang/ buku tidak dapat ditanggung bersama-sama.

Buku yang ditempah itu siap original ditandatangani penulis.

Pasti 2000 habis dijual di UNIKA ini dan 2000 lagi untuk pelanggan sedia ada.

Riduan Khairi  on  07/31  at  12:20 PM

Sifu perlu anjurkan satu bengkel untuk bincangkan isu pemasaran agaknya. Mana tahu penulis-penulis ada idea yang kreatif untuk tujuan itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/31  at  01:17 PM

Sifu,

Saya terjumpa penerbit di Jakarta yang menjual buku melalui sistem jualan langsung ( MLM ) terutama membabitkab buku mewah.

Ada sesiapa yang mahu mencubanya di Malaysia?

.

Buku-buku mahal dapat dijual gaya MLM, seperti buku-buku Grolier.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/31  at  01:30 PM

‘Vicious cycle’ atau ‘vicious circle’?

embun  on  08/01  at  01:02 PM

Assalamualaikum wbt.,

Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w.,

Puan Ainon yang dihormati,

Membaca catatan puan kali ini, menyemarakkan kembali minat saya untuk memiliki kedai buku sendiri di satu masa nanti. Doakan impian saya terkabul (perancangan mengisi hari-hari pencen).

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: