Saturday, April 14, 2007

Bagaimana Keuntungan Dikongsi dalam Industri Penerbitan

Penulis memerlukan penerbit, pencetak, pengedar, pekedai, runner dan kontraktor, sebelum bukunya sampai ke tangan pembeli dan pembaca.

Semua pihak yang terlibat itu adalah ibarat mata rantai, putus satu mata, seluruh rantai tidak dapat berfungsi. Masing-masing pihak mencari untung dengan memberikan nilai tambah kepada buku saudara. Tanpa input daripada mereka, buku tidak dapat diterbitkan, apatah lagi dijual.

Setiap pihak mendapat bahagian masing-masing, seorang sedikit, daripada terjualnya buku-buku saudara, baru semua boleh hidup. Kalau ada mana-mana pihak yang tamak, yang mahu lebih banyak, buku tidak dapat diterbitkan dan dijual, semata-mata kerana kos penerbitan dan penjualannya tidak berbaloi. Akhirnya semua orang tidak mendapat apa-apa. Yang paling rugi tentulah penulis sebab dia sudah mengeluarkan modal daya usaha menulis buku itu.

Apabila tawar-menawar dengan penerbit, jangan hanya melihat kepada angka peratusan royalti yang ditawarkan. Yang lebih penting adalah keupayaan penerbit itu memasarkan buku-buku terbitannya.

Bak kata seorang penulis yang pernah ditawarkan royalti sebesar 12.5% oleh sebuah penerbit yang paling besar di negara ini, pada akhirnya beliau cuma menerima sekali sahaja cek, yang bernilai RM48.85 sen!

Penulis mungkin ditawarkan royalti 7%, tetapi jualan bukunya mencapai 20 ribu naskhah, maka beliau menerima jumlah royalti lebih besar daripada royalti 12.5% tetapi bukunya berlonggok dalam setor penerbit.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Teknik Mengemukakan Komplen kepada Editor Previous entry: Buku Motivasi untuk Pasaran Lelaki
abdul latip  on  04/14  at  03:41 PM

1.Penulis ditawarkan royalti 12.5 % tetapi buku diterbitkian cuma 3 ribu naskhah sahaja itupun tidak habis dijual dan cuma dicetak sekali sahaja.

2. penulis ditawarkan royalti lebih 12.5 % buku diterbitkan lebih 3 ribu naskhah tetapi cuma sekali terbit sahaja.

3. penulis ditawarkan royalti kurang 12.5% buku diterbitkan 3 ribu naskhah dan terus diulang cetak.

saya lebih suka pilihan ke 3.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: