Wednesday, March 14, 2007

Bagaimana Muhammad bin Abdullah Belajar Menjadi Peniaga (3)

Langkah 3: NM memilih mentor yang baik sebagai guru dan tempat belajar berniaga.

Prinsip: Serahkan anak kita belajar berniaga kepada peniaga yang berjaya.

NM hendak menjadi pedagang, maka beliau memilih mentornya seorang pedagang juga. Mentor pertama NM adalah walinya, yakni bapa saudaranya sendiri, disebabkan ayah beliau meningal sebelum beliau dilahirkan.

Justeru, berdasarkan model NM itu, semasa anak kita masih muda, serahkan kepada anggota keluarga sendiri yang sudah menceburkan diri dalam dunia bisnes.

Selepas anak kita mempunyai ijazah, galakkan anak kita bekerja dalam syarikat yang bergiat dalam bidang yang diminati oleh anak kita.

Jangan salah pilih syarikat-mentor bagi anak kita. Jika anak kita berminat membuka restoran indie, jangan suruh dia bekerja di syarikat restoran rangkaian francais makanan segera dari Amerika. Walaupun kedua-duanya adalah restoran tetapi seni perniagaannya amat berbeza.

Apabila memilih mentor untuk anak kita belajar berniaga, ikut model mentor-mentee yang dilakukan oleh NM.

NM datang daripada keluarga pedagang yang ternama di bandar Mekah. Tiga (3) orang ayah saudaranya adalah pedagang jutawan, yakni Abu Jahal, Abu lahab dan Abu Talib. NM memilih Abu Talib, seorang pedagang yang berjaya, kaya raya dan terkenal sebagai seorang yang jujur dengan kata-kata dan tingkah lakunya.

Jangan hantar anak kita bekerja dengan syarikat tokoh usahawan yang kaya raya tetapi beliau mengamalkan rasuah, menjadi kroni dan muka depan Cina, bergantung kepada orang politik, alibaba, dan lain-lain perbuatan yang salah dalam urusan bisnesnya.

Kata pepatah Inggeris 'monkey see, monkey do'. Apabila anak kita belajar dan bekerja di bawah mentor yang mengamalkan rasuah, menjadi kroni dan muka depan Cina, bergantung kepada orang politik, dan terbukti dengan cara-cara salah itu si tokoh berjaya mendapat kontrak kerajaan yang bernilai berjuta-juta, nanti anak kita belajar menjalankan bisnesnya dengan cara-cara salah yang diajarkan oleh mentornya itu.

Ikut bagaimana NM memilih mentornya, Trader Abu Talib, seorang yang mempunyai integriti dan etika bisnes yang tiada cacat-celanya. Dengan cara itu NM belajar daripada mentornya cara-cara berdagang dengan mengamalkan etika bisnes yang betul.

NM belajar berniaga daripada 'individu'. Ini amat penting, sebab individu itu yang akan mengajar anak kita ilmu berniaga. Ini bermakna, galakan anak kita bekerja dengan syarikat kecil, bukan korporat besar.

Dalam syarikat kecil anak kita berpeluang mengenali mentornya dengan rapat. Dalam korporat besar, anak kita hanyalah sebiji skru kecil dalam mesin raksasa. Dia tidak belajar menjadi usahawan, sebab budaya kerja korporat bukan budaya entrepreneurship, yakni bukan budaya kerja keusahawanan.

Tetapi mentaliti kelas menengah Melayu mahukan anak-anak mereka bekerja dalam korporat-korporat besar, atas alasan dengan bekerja dalam korporat multinasional dan GLC gergasi barulah anak kita ada status, baru ada banyak perks. Lagipun, kata mereka, dengan bekerja dalam korporat besar, nanti anak-anak mereka pandai menguruskan korporat besar milik mereka sendiri.

Korporat multinasional dan GLC gergasi tidak mengajarkan ilmu-ilmu dan kemahiran entrepreneurship. Justeru kita dapat melihat bagaimana banyaknya eksekutif pengurusan multinasional dan GLC gergasi yang berhenti kerja dan masuk bisnes, kemudian gagal.

Meskipun mereka berkelulusan tinggi, meskipun mereka dinaungi oleh pucuk pimpinan negara, meskipun mereka menerima projek yang bernilai berbilion-bilion dalam dulang emas daripada kerajaan... terbukti akhirnya mereka gagal.

Mereka adalah kelas usahawan Melayu Baru yang tidak dilahirkan dengan cara-cara yang betul. Mereka adalah contoh skim kegagalan kita yang paling klasik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes & Bisnesman
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Catatan Hasil Pertemuan dengan Presiden SWAM Datuk Yusof Haslam Previous entry: Khamis 15 Mac: Sifu Buku akan Berjumpa Sifu Filem
omecool20  on  03/14  at  11:19 PM

Puan,

Perenggan kedua and ketiga akhir amat benar dan berbisa grin Siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya. grin

Terima kasih, Puan. Harus dibukukan petua-petua ini.
——-

Kang  on  03/15  at  12:43 AM

Permintaan untuk dibukukan nampaknya makin bertambah dari sehari ke sehari. RAHSIA BISNES MUHAMMAD… Tunggu….

Adakah Mbakyu ada pilihan lain (api untuk membakar kian marak!)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/15  at  01:53 AM

Betul tu sifu, praktikal penting ...dalam sistem pendidikan sekarang kurang beri tumpuan kepada praktikal.

Pemilihan bidang kerjaya mesti ikut minat dan kebolehan, demikian kata pakar kerjaya….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/15  at  04:30 AM

Pembetulan Pn. Sifu… Abu Jahal bukan bapak saudara nabi, setakat yang saya tahulah..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: