Saturday, September 10, 2011

Bagaimana Penerbit Merancang Judul Buku yang Akan Diterbitkan

Semua penerbit besar membuat perancangan judul, ataupun title planning

Perancangan judul adalah alat kerja yang sangat penting bagi jabatan editorial. Ketua editor membuat rancangan belanjawan jabatannya berdasarkan judul-judul yang dirancang bagi kelulusan bahagian kewangan.

Di PTS, kerja-kerja perancangan judul dijalankan oleh editor-editor perolehan. Mereka mengambil kira situasi dan trend-trend pasaran buku sebelum merancang judul-judul yang akan dibangunkan bersama penulis.

Jabatan pemasaran pula akan menggubal rancangan strategi promosi dan pemasaran bagi judul-judul yang dirancangkan oleh jabatan editorial.

Bagi mengetahui maklumat tentang perancangan judul sesebuah penerbit itu, berkawan baiklah dengan editor-editor. Mereka akan memberitahu saudara rancangan penerbitan syarikatnya. Dengan itu, mulai tahun ini saudara sudah dapat mula menulis buku-buku yang dirancang akan diterbitkan pada tahun hadapan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Panduan Memilih Penerbit Previous entry: Apakah Novel 'Salina' Karya SN A Samad Said Sebuah Karya Islam?
Ahya Ijja  on  09/13  at  03:14 AM

Panduan yang terbaik, puan. Saya suka. Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.