Bagaimana Penulis Ditipu Penerbit
Seorang ustaz pergi ke pejabat sebuah penerbit agama dan berjumpa dengan tuan punya penerbit itu. Memang begitulah, penerbit buku-buku agama di negara kita masih 'one man show' di mana dia kontrol serba-serbi urusan perniagaannya.
“Saya ada dua buku,” kata si ustaz. “Satu buku 'Asas-asas Fiqah', satu lagi buku 'Doa-doa Penerang Hati'.
“Buku macam itu tidak laku, ustaz. Susah mahu jual,” kata si penerbit. “Kalau ustaz mahu, dua buku satu ribu, bolehlah.”
Ustaz itu pun menyerahkan disket yang mengandungi dua bukunya itu. Si penerbit membuka laci mejanya dan mengeluarkan wang tunai RM1 ribu. Disket dan wang itu pun bertukar tangan.
Kalau buku itu tidak laku, mengapakah tanpa banyak soal-jawab, si penerbit sanggup membelinya?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Presiden, ini bukan kes tipu. Ini satu jual beli yang berlangsung mengikut peraturan. Mungkin benar manuskrip yang dihasilkan oleh Ustaz tersebut sukar nak dipasarkan kerana tajuk sebegini sudah melambak di kedai-kedai buku. Pihak penerbit mungkin juga terpaksa mengubahsuai (pakej) untuk menjadikannya menarik dan sebagainya. Nampaknya ustaz pun tak banyak hal, kerana dia tahu judul yang disediakannya bukanlah doa dan panduan asas yang diciptanya, mungkin bahan yang dikitar semula dari sumber lain, maka ustaz pun kata ‘deal’. Dalam hal ini belum tentu penerbit menipu penulis, mungkin juga sebaliknya. Wallahu’alam.
——-
Post a comment