Monday, July 19, 2010

Bagaimana Penulis Melaburkan Wang Royalti dari PTS

Pada hari Ahad lalu, saya bercakap-cakap dengan salah seorang novelis PTS, Tn. A. Razak Adam yang tinggal dan bekerja di Melaka.

Beliau memberitahu bahawa wang royalti novelnya tahun ini sudah digunakan bagi menempah awal-awal 5 tiket penerbangan ke Australia pada musim cuti sekolah hujung tahun nanti.

Pada tahun 2009 beliau menggunakan wang royaltinya pergi melancong ke Britain dan Perancis. Sekembalinya dari melancong beliau menghasilkan novel "Kasih Seharum Manisah".

Tujuan beliau melancong ke luar negara adalah bagi mengutip maklumat lokasi yang akan digunakan dalam novel-novel barunya nanti. Ini sesuai dengan salah satu aspek keindahan cerita berdasarkan teknik penulisan surah Yusuf, di mana watak utama pergi ke luar negara. (Nabi Yusuf berasal dari Palestina, kemudian beliau pergi ke Mesir.) 

Tuan A. Razak Adam adalah seorang guru Bahasa Melayu yang popular di kalangan pelajar-pelajarnya. Sambil menjalankan tugas sebagai guru, beliau menghadiri semua kursus penulisan anjuran PTS, kemudian terus mempraktikkan ilmu itu bagi menulis novel-novel untuk PTS. Pada waktu yang sama beliau juga sempat menyelesaikan ijazah sarjananya!

Nota: Beliau melancong dengan membawa isteri dan 3 orang anak-anaknya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Bisnes Buku: Kategori Buku-Buku yang Laku Keras Semasa Cuti Raya Previous entry: Tip Bahasa Sastera: Dialog yang Menggunakan Ayat Lengkap adalah Lebih Indah Dibaca

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: