Sunday, July 13, 2008

Bagaimana Royalti Dikira

Tiap-tiap penerbit mempunyai prosedur dan formula mereka sendiri bagaimana dan bila royalti dikira dan cek royalti dihantar kepada penulis.

Penerbit yang menerbitkan novel lazimnya mempunyai formula yang kurang rumit disebabkan penulis novel hanya seorang. Tetapi penerbit buku-buku akademik dan profesional lebih kompleks formulanya.

Buku-buku akademik selalu ditulis oleh lebih daripada satu orang. Ada kalanya sampai berbelas-belas orang. Jadi royalti dikira mengikut formula yang sudah dipersetujui oleh semua pengarang dalam buku itu.

Hakcipta bagi sesuatu buku itu juga mungkin dikongsi oleh beberapa orang. Sebagai contoh, hak cipta teks dipegang oleh satu orang. Hakcipta ilustrasi dipegang oleh orang lain. Hakcipta layout dan perwajahan buku lazimnya dipegang oleh penerbit.

Kalendar perkiraan royalti bagi tiap-tiap penerbit ditentukan oleh pengurusan syarikat. Ada penerbit mula mengira royalti pada bulan April, ada yang pada bulan Jun dan begitulah seterusnya.

Bagi penerbit besar, perkiraan royalti dibuat selepas dilakukan proses pengauditan dan kiraan stok. Ini bagi memastikan maklumat akaun syarikat sentiasa dalam keadaan betul dan kemas.

Apabila saudara menerima cek royalti saudara, bersama-sama cek itu akan disertakan laporan prestasi jualan buku saudara secara terperinci bagi tiap-tiap judul buku saudara. Dalam laporan itu juga akan disebutkan hutang-piutang saudara dengan penerbit, jika ada.

Kalau saudara tidak puas hati, ataupun kurang faham sewaktu membaca laporan itu, saudara patut menghubungi bahagian kewangan dan bercakap dengan pegawai yang menyediakan akaun laporan itu. Di PTS pegawai itu adalah Cik Norizah Wahid.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Debat DS Anwar Ibrahim dan Dato' Shabery Cheek Previous entry: Body Language dan Tingkah Laku Watak-Watak Pendusta dalam Surah Yusuf

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: