Sastera Kanak-Kanak dan Remaja: Bagaimana Sasterawan Boleh Buat Duit
Dalam dunia sastera Melayu, salah satu isu yang diperkatakan adalah isu nilai sastera yang dikatakan lebih murah daripada nilai sukan dan hiburan.
Isu nilai sastera sentiasa dikaitkan dengan bayaran yang diterima oleh golongan sasterawan dalam bentuk wang tunai, baik bayaran dalam bentuk hadiah-hadiah sastera mahupun bayaran honorarium dan royalti.
Memang ada betulnya bahawa pendapatan sasterawan daripada royalti dan honorarium karya mereka adalah rendah. Malah, dibandingkan dengan penulis novel popular, pendapatan golongan sasterawan jauh lebih rendah disebabkan karya-karya sastera tidak menghasilkan honorarium dan royalti yang tinggi.
Salah satu cara bagi sasterawan meningkatkan perolehan royalti mereka adalah dengan menghasilkan novel-novel popular yang bermutu tinggi dan diterbitkan oleh penerbit komersial yang berkeupayaan mempromosi dan memasarkan karya mereka dengan berkesan. Langkah ini sudah mula diambil oleh beberapa orang sasterawan, yang paling terkenal adalah Tn. Abd. Latip Talib.
Di PTS sendiri kita sangat mahukan golongan sasterawan menghasilkan novel-novel popular kerana sentuhan bakat sastera yang ada pada mereka dapat menghasilkan karya popular yang bermutu tinggi.
Dalam sastera Inggeris, judul-judul klasik di bawah ini dimasukkan ke dalam genre 'young adults', yakni sastera remaja.* The Swiss Family Robinson
* Oliver Twist
* The Count of Monte Cristo
* Tom Brown's Schooldays
* Great Expectations
* Alice in Wonderland
* Little Women
* The Adventures of Tom Sawyer
* Heidi
* Treasure Island
* Adventures of Huckleberry Finn
* Kidnapped
* The Jungle Book
* Moonfleet
Pada masa ini, dalam pasaran buku Melayu, ada 4 sektor novel popular yang boleh memberi peluang kepada penulisnya memperoleh royalti sehingga ratusan ribu ringgit setahun:
(i) Novel triler-misteri
(ii) Novel cinta
(iii) Novel kanak-kanak dan remaja
(iv) Novel sejarah
Istilah 'sastera popular' sering kali disama-ertikan dengan 'karya picisan'. Persepsi negatif seperti itu merugikan semua pihak.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment