Sunday, August 16, 2009

Bagaimanakah Caranya Hakcipta Karya Didaftarkan?

Bagaimanakah caranya hakcipta karya didaftarkan? Ini adalah soalan yang lazim ditanyakan dalam kursus-kursus PTS.

Undang-undang hakcipta menyatakan bahawa hakcipta diperolehi secara automatik. Bagi menerangkan prinsip ini, ambil kes saya yang sedang menulis artikel ini. Sebaik-baik saya selesai menuliskan artikel ini, dengan sendirinya hakciptanya adalah saya punya. Saya tidak perlu mendaftarkan artikel ini di mana-mana pejabat kerajaan.

Jikalau besok pagi saya nampak mana-mana bahagian dalam artikel ini terkandung dalam buku orang lain, saya boleh membuat laporan polis, bahawa harta intelektual saya sudah dicuri orang orang itu.

Apabila harta intelektual tuan dicuri oleh orang lain, tuan perlu dapat membuktikan bahawa karya itu adalah hasil karya yang tuan hasilkan. Disebabkan tuan yang mendakwa orang itu mencuri hakcipta tuan, maka tugas tuanlah membuktikannya. Bagi pihak si pencuri, dia mesti membutikan dia tidak mencuri harta tuan.

Akta harta intelektual negara kita tidak memberitahu cara-cara spesifik bagaimana kita mesti mendaftarkan karya kita. Mengikut pandangan peguam, ada dua cara yang kita boleh lakukan.

(i) Kita buat pengakuan bersumpah bahawa karya itu adalah karya kita.

(ii) Kita poskan karya itu kepada alamat kita sendiri dengan menggunakan surat berdaftar.

Kedua-dua cara itu tidak wajib dibuat. Itu cuma nasihat peguam sahaja seandainya kita hendak mengadakan perlindungan yang lebih rapi ke atas harta-harta intelektual milik kita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tarikh Kiraan Royalti Previous entry: Bedah Novel Sejarah "Salahuddin al-Ayubi" di UPSI
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/16  at  01:35 PM

Bagaimana pula keadaannya apabila berkarya di bawah satelit misalnya bagaimanakah perkaitan bidang penterjemahan yang dilakukan tanpa kebenaran,yang memungkinkan penyalinan oleh program komputer yang berupaya menghilangkan hak “salinan asal”.

Bagaimanakah kaedah terbaik untuk menolak kehendak yang mengharuskan tatkala mengekonomikan bahasa rasmi, selalu dituntut ianya hanya boleh dilakukan melalui ‘saluran-saluran’ kerajaan BN sedangkan pada hakikatnya tidak semua warga itu menganggotai parti-parti yang berada di bawahnya.

Bagaimanakah pula kedudukan hak milik asal di dalam talian bimbit yang tidak mendapat kebenaran ‘salinan asal’ untuk digunakan oleh syarikat telekomunikasi yang mempunyai pertalian dengan syarikat penyiaran di dalam mempersaingkan promosiankan pakej-pakej di antara mereka?

Paparan untuk submit yang tertera english 73 mengganggu fokus saya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: