Bagusnya Gaya Andrea Mempromosi Diri dan Karyanya
Di Indonesia, setiap kali Andrea Hirata muncul dalam acara bicara bukunya, penerbit PT Bentang terpaksa mengupah pasukan pengawal peribadi profesional bagi menjaga keselamatan dan keselesaan penulis fenomenal ini.
Dalam setiap acara, paling sedikit lebih 1000 orang datang, masing-masing mahu mendekati beliau.
Sewaktu kita hanya membaca laporan dalam internet tentang populariti beliau, kita pun tidak faham mengapa demikian sekali magnet pemuda Melayu asal Pulau Belitung di Sumatera ini.
Selepas menyaksikan sendiri gaya original bagaimana beliau menampilkan dirinya, mempromosi dirinya, dan memperkenalkan karya-karyanya, barulah kita faham.
Ya, kita jatuh hati dengan keperibadian anak Melayu Indonesia yang pemalu ini.
Novel Laskar Pelangi sudah melepasi angka 500 ribu naskhah terjual. Filemnya sedang dalam proses pembikinan dengan seluruh shooting dilakukan di Pulau Belitung.
Nota: Foto dengan ikhsan En. Zamri Mohamad
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment