Isu Bahan Bacaan Australia: Di Manakah Penggabung-Jalinan Acuan Malaysia
Strategi dan metodologi pengajaran dan pembelajaran secara penggabung-jalinan pelbagai nilai dan maklumat adalah ciri yang diutamakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sebagai contoh, bahan-bahan yang digunakan bagi mengajarkan bahasa Melayu dikehendaki supaya mengandungi pelbagai maklumat yang diajarkan dalam subjek-subjek lain seperti:
(i) Unsur-unsur sejarah Malaysia
(ii) Perlembagaan Malaysia
(iii) Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia
(iv) Budaya-budaya masyarakat Malaysia
(v) Pendidikan akhlak dan nilai-nilai murni
(vi) Kajian tempatan Malaysia
(vii) Sains, dan lain-lain subjek.
Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membelanjakan puluhan juta ringgit bagi melesen bahan-bahan bacaan bergred dari kementerian pendidikan Australia, tentulah semua aspek gabung-jalin acuan Malaysia tidak ada.
Sebaliknya, yang terkandung dalam bahan-bahan dari Australia itu adalah unsur-unsur gabung-jalin acuan Australia.
Satu soalan yang pembayar cukai Malaysia mahukan penjelasannya adalah: Syarikat manakah yang menjadi ejen pelesenan, sekaligus pembekal, modul bacaan bergred dari Australia itu?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment