Monday, December 31, 2007

Hadis yang Relevan Apabila Menyampaikan Mesej Islam kepada Bukan Islam

Dalam koleksi hadis-hadis autentik dan autoritatif susunan Imam Muslim, ada sebuah hadis di mana Al-Bara' bin Azib melaporkan bahawa, Ali bin Abu Talib adalah orang yang menuliskan teks dalam dokumen perjanjian perdamaian antara Nabi Muhammad dengan penduduk Mekah yang masih menyembah berhala.

Beginilah peristiwa di sebalik tercatatnya nama "Muhammad bin Abdullah" sahaja dalam teks dokumen penting itu.

Ali menuliskan ayat  ini: "Inilah yang diperjanjikan oleh Muhammad Rasulullah." Orang-orang musyrikin membantah penggunaan perkataan "Rasulullah" itu. Kata mereka, "Jangan kamu tuliskan kalimah Rasulullah. Kalau kami yakin bahawa dia adalah Utusan Allah, sudah tentu kami tidak memusuhi dia."

Ali menjawab, "Tidak!" Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Ali, "Padamlah perkataan itu." Ali menjawab, "Tidak! Saya tidak mahu memadamnya." Akhirnya, Nabi Muhammad sendiri yang memadam perkataan Rasulullah itu.

............................... 

Nota 1: Hadis di atas mengandungi ibrah-ibrah atau prinsip-prinsip, yang relevan apabila kita menuliskan bahan-bahan yang mengandungi mesej-mesej Islam yang akan dibaca oleh target yang belum yakin bahawa Nabi Muhammad itu adalah seorang Utusan Allah. 

Nota 2: Ada sebuah hadis, juga direkodkan dalam koleksi Imam Muslim, tentang hasil Perjanjian Hudaibiah, seperti di bawah ini:

Sahal bin Hunaif melaporkan kata-kata Nabi Muhammad yang didengarnya daripada  Abu Wail. Laporan Sahal itu diucapkan pada hari berlakunya peristiwa perdamaian dalam Perang Siffin.

Pada suatu ketika, Sahal bin Hunaif berdiri lalu berkata, "Wahai saudara-saudara sekalian! Perhatikanlah diri saudara-saudara sendiri. Sesungguhnya dahulu kita pernah bersama-sama dengan Rasulullah dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiah. Sekiranyanya sekarang kita memilih peperangan, nescaya itulah yang akan kita lakukan. Dilema seperti ini pernah terjadi semasa Nabi Muhammad setuju berdamai dengan penduduk Mekah yang menyembah berhala. Dalam peristiwa itu Umar bin Khattab pergi menemui Nabi Muhammad dan bertanya, 'Wahai Rasul Allah! Bukankah kita ini berada di pihak yang benar, manakala orang-orang penyembah berhala itu berada di pihak yang salah?' Jawab Nabi Muhammad, 'Memang benar.'

Umar bertanya lagi, "Tidakkah kita akan dimasukkan ke dalam syurga sekiranya kita yang terbunuh, manakala mereka akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya mereka yang terbunuh?" Nabi Muhammad menjawab, 'Memang benar!'

Umar bertanya lagi, "Kalau begitu, apa yang sebaiknya kita lakukan buat agama kita? Lebih baik kita batalkan sahaja janji perdamaian itu. Kita perangi sahaja mereka dan biarlah Allah yang menentukan nasib kita dan nasib mereka.' Nabi Muhammad berkata, 'Wahai putera al-Khattab. Percayalah, saya ini adalah utusan Allah. Percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan saya buat selama-lamanya.'

Umar tidak berpuas hati dengan jawapan Nabi Muhammad itu, lalu dengan rasa tidak sabar dan kecewa, Umar pergi menemui Abu Bakar dan berkata, 'Wahai Abu Bakar! Bukankah kita ini berada di pihak yang benar, manakala para penyembah berhala itu berada di pihak yang salah?' Abu Bakar menjawab, 'Memang benar.'

Umar bertanya lagi, 'Bukankah kalau kita perangi mereka, kita dijamin masuk syurga, manakala kalau mereka yang memerangi kita, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka?" Abu Bakar menjawab, 'Memang benar.'

Umar bertanya lagi, "Kalau begitu, apa yang sebaiknya kita lakukan buat agama kita? Lebih baik kita batalkan sahaja janji perdamaian itu. Kita perangi sahaja mereka dan biarlah Allah yang menentukan nasib kita dan nasib mereka.'

Maka jawapan yang diberikan oleh Abu bakar serupa sahaja dengan jawapan yang diberikan oleh Nabi Muhammad. Kata Abu Bakar, 'Wahai putera al-Khattab! Percayalah, Muhammad adalah utusan Allah. Percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan beliau buat selama-lamanya.'

Kemudian, ayat 1 hingga 5 dalam surah al-Fath diturunkan kepada Nabi Muhammad, disertai dengan kemenangan. Lalu Nabi Muhammad memerintahkan supaya berita gembira itu disampaikan kepada Umar supaya dibacanya. Betapa sukacitanya hati Umar apabila dia membaca berita gembira itu. Lalu Umar beredar dengan hatinya yang gembira."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Khutbah Jumaat
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Satu Lagi Hadis yang Relevan Sebagai Panduan Apabila Menyampaikan Mesej Islam kepada Bukan Islam Previous entry: Buku Ini Dipesan 1092 Naskhah oleh PNM
Abdul Latip  on  12/30  at  04:35 AM

Assalamualaikum

Terkejut juga bila ada yang mendoakan masuk neraka kerana tidak meletakkan SAW. Bukankah kerja dakwah itu lebih besar pahalanya dari ibadat yang lain?. Apakah pahala berdakwah penulis dan penerbit akan hilang kerana tidak memasukan (SAW)?.

Ada sebuah hadis yang bermaksud, berfikir sesaat tentang kebesaran Allah SWT lebih baik dari mengerjakan solat sunat 70 rakaat.

Buku-buku dakwah mengajak pembaca berfikir tentang kebesaran Allah SWT. Membaca sejarah Nabi Muhamad SAW menambahkan lagi rasa cinta terhadap baginda.

Kerana itu saya berharap sangat janganlah jadikan (SAW) itu satu isu yang besar. Hargailah usaha penerbit yang menerbitkan buku-buku dakwah.

Tambahan pula bukanlah dasar PTS tidak memasukan (SAW) kerana dalam novel sejarah Islam contohnya Khalid Memburu Syahid ada disertakan SAW dihujung nama Nabi Muhamad.

Dan ada pendapat yang mengatakan cuma di hujung nama Rasulullah SAW sahaja yang perlu ada (SAW).

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami.

Abdul Latip  on  12/30  at  04:58 AM

Tambahan

Saya cadangkan sesiapa yang masih muskil mengenai huruf (SAW) sila baca kitab Fadilat Selawat. Hanya nama Rasulullah SAW sahaja yang mesti ada (SAW).

Malah semasa hidupnya Rasulullah SAW pernah memarahi seorang sahabat yang memanggil namanya dengan nama kemuliaan.

Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

rastom  on  12/30  at  06:13 AM

Assalamualaikum!

Input daripada Tuan Abdul Latip menambah kecerahan. Daripada petikan hadis hadis entri ini jelas menunjukkan ada klasifikasi dalam berkomunikasi. Dari Al Quran kita lihat ayat ayat seruan yang ditujukan kepada pelbagai lapisan manusia, sementara ada yang beranggapan ia hanya untuk orang yang sudah Islam. Maka menjadi amat penting juga dilihat perbedaan dakwah fasa Mekah dan fasa Madinah kerana dari situ boleh dilihat dan dirumuskan klasifikasi atau teori komunikasi (keluar)antara budaya dan agama. Memang cinta itu buta sehingga kita sanggup berbunuhan sesama sendiri, tetapi dengan ilmu cinta itu lebih indah dan mencelikkan, insyaallah!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/30  at  12:23 PM

Tuan Latip,

Saya setuju dengan Tuan Rastom bahawa input tuan semakin menambah kecerahan.

Tuan Rastom,

Dalam Quran, ada surah yang judulnya “Muhammad”. Tidak pula ada dituliskan abjad ‘S’, ‘A’ dan ‘W’ di situ. Demikian pula halnya apabila ada tertulis nama “Muhammad” dalam ayat-ayat Quran - abjad-abjad ciptaan bangsa Rom itu tidak dituliskan setiap kali selepas nama “Muhammad”.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.