Friday, November 14, 2008

Bahasa adalah Unsur Dekorum

Pada asalnya, istilah dekorum (Latin: decorum) dalam bahasa Latin bermakna 'elok', 'tampan'. Pada masa ini dekorum bermakna 'penampilan yang elok' dengan disertai 'tingkah laku yang sopan dan beradab'. 

Dekorum adalah sebahagian daripada adab majlis. Seseorang yang tidak mematuhi peraturan dekorum majlis adalah orang yang tiada beradab kepada majlis berkenaan. 

Termasuk dalam dekorum penampilan adalah pakaian, gaya sikatan rambut, gaya mekap, aksesori dan yang seperti itu.

Penampilan dalam majlis dengan dekorum yang tidak sesuai menyebabkan 'kerosakan' dan 'kecacatan' kepada majlis itu.

Sesetengah tempat dan lokasi, seperti mahkamah, istana dan masjid, mengenakan peraturan pakaian bagi mereka yang datang ke tempat-tempat itu.

Pengurusan hotel-hotel mahal, tidak mengizinkan orang berada di lokasi awam premisnya, seperti di lobi, tanpa mengenakan dekorum penampilan yang betul, seperti memakai selipar jepun, demi menjaga supaya imej hotel itu sebagai hotel mahal tidak rosak, yakni supaya hotel itu tidak kelihatan macam hotel murahan.

Bahasa adalah salah satu unsur dekorum kerana butir-butir dalam percakapan dan gaya bercakap adalah sebahagian daripada tingkah laku.

Majlis-majlis ilmu adalah majlis yang serius dan mulia, oleh itu mereka yang hadir dikehendaki supaya mematuhi dekorum penampilan yang betul dan dekorum linguistik yang betul, sebagai adab kepada majlis berkenaan.

Penganjur majlis-majlis ilmu patut mengenakan syarat ke atas mereka yang akan bercakap dalam majlis itu supaya mematuhi dekorum linguistik yang betul, demi menjaga supaya majlis itu tidak rosak ataupun cacat oleh penampilan linguistik yang buruk.

Sebagai sebahagian daripada adab bermajlis, mereka yang bercakap dalam majlis ilmu mesti memelihara imej keseriusan dan kemuliaan majlis itu dengan cara mereka bercakap menggunakan Bahasa Tinggi (high variety).

Kita pernah menghadiri suatu majlis pelancaran buku ilmiah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di mana tokoh yang diundang bagi memperkenalkan dan membincangkan buku itu bercakap menggunakan bahasa Melayu ala-ala gaya bercakap yang digunakan oleh orang UMNO peringkat cawangan di coffee house hotel tiga-bintang.

Gaya beliau bercakap itu tidak mematuhi dekorum lingusitik majlis ilmu yang mulia dan tinggi statusnya. Tingkah laku linguistik beliau itu menjatuhkan martabat majlis ilmu itu, menjatuhkan martabat buku yang dilancarkan itu, dan menjatuhkan martabat beliau sendiri sebagai presiden sebuah kolej universiti.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Petikan dari Buku 'CATATAN DIARI MUALAF' yang Sedang Ditulis oleh Pn. Humairah Yeoh Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Kekecewaan Pelanggan Korporat terhadap Produk Training Islami

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: