Bahasa Obama
Barack Hussein Obama ll adalah seorang Kulit Hitam. Beliau dilihat sebagai seorang yang amat karismatik.
Orang-orang kulit hitam di Amerika mempunyai dialek mereka sendiri yang dapat kita dengar dalam pelbagai siri TV dari Amerika yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon kulit hitam.
Namun Obama sentiasa bercakap menggunakan Bahasa Inggeris Tinggi, baik dari sudut sebutan, tatabahasa dan perbendaharaan katanya.
Walaupun di depan orang-orang kulit hitam, Obama tetap bercakap menggunakan bahasa Inggeris Tinggi.
Beliau dilihat, baik oleh orang-orang kulit hitam mahupun orang-orang kulit putih, sebagai seorang yang terpelajar, pintar, berbakat, berkebolehan, dan kredibel, sehingga beliau berjaya mengalahkan Puan Clinton.
Sedangkan orang kulit putih pun sukar mengalahkan Puan Clinton, inikan pula orang kulit hitam. Namun itulah yang berjaya dilakukan oleh Barrack Obama.
Bagi menjaga karisma suaminya, Puan Obama juga melakukan perkara yang serupa. Beliau yang juga seorang peguam seperti Obama, sentiasa bercakap menggunakan bahasa Inggeris Tinggi.
Berkenaan isu kemahiran bercakap menggunakan Bahasa Tinggi, bandingkan bahasa Obama dengan bahasa yang diucapkan oleh majoriti orang-orang politik (dan isteri mereka) di negara kita sendiri.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Teringat bahasa Melayu tinggi yang keluar dari mulut Dato Rais Yatim.
Teringat bahasa loghat Pak Lah.
Oh ya, Obama ini juga seorang penyokong Israel. Hebat!
Teringat “Bahasa Inggeris Tinggi” yang keluar dari mulut mantan Menteri Penerangan melalui Al-Jazeera tidak lama dahulu. Saya mengingat, sebagai pengajaran kepada diri sendiri. Sudah seperti menjadi satu gaya masa kini, penulisan di dalam Internet terutama blog-blog rakyat Malaysia amat sedih. Ada sesetengah blog yang menggunakan singkatan bahasa seperti menulis SMS melalui HP. Pening kepala untuk dibaca. Seolah-olah alam siber ini adalah bukan tempat untuk Bahasa Melayu Tinggi. Sekadar luahan perasaan sahaja.
Post a comment