Friday, February 16, 2007

Bahasa Buku Kanak-kanak dan Remaja Awal

Apakah panduan yang patut digunakan oleh penulis dan editor buku-buku bagi bacaan kanak-kanak dan remaja awal apabila hendak menentukan sama ada sesuatu perkataan itu boleh digunakan ataupun tidak?

Dalam memilih perkataan, ada dua kubu pemikiran:

(a) Kubu pertama mengatakan perkataan yang digunakan dalam buku kanak-kanak dan remaja awal hendaklah terdiri daripada perkataan yang dimengerti maknanya oleh kanak-kanak.

(b) Kubu kedua mengatakan, buku kanak-kanak dan remaja awal hendaklah memasukkan perkataan-perkataan baru yang belum difahami maknanya oleh kanak-kanak.

Antara 2 kubu itu, pakar-pakar pendidikan berada dalam kubu kedua atas rasional buku berfungsi memperkayakan perbendaharaan kata pembacanya.

Mereka berpendirian, dengan membaca sesebuah buku, kanak-kanak belajar perkataan-perkataan baru. Dengan demikian, semakin banyak buku yang dibacanya, semakin kaya perbendaharaan kata kanak-kanak itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Fenomena Digital-Devide dan Kesannya ke atas Nasib Penulis Previous entry: pada & kepada
zalisa  on  02/16  at  10:56 PM

Puan, saya sependapat dengan puan. Sampai bila kanak-kanak hendak disogokkan dengan bahan bacaan yang perbendaharaan katanya serupa sahaja?
-----

 on  02/17  at  10:01 AM

Saya setuju sangat dengan kubu pemikiran kedua. Membaca untuk memperkaya perbendaharaan kata dan ilmu.

 on  02/17  at  12:43 PM

Semasa saya masih kanak-kanak,dalam lingkungan usia 10 tahun, kami sudah baca buku-buku Khadijah Hashim dan penulis-penulis yang seangkatan dengannya. Malah ada antara kami yang sudah mula baca hikayat sastera lama yang tebal-tebal. Ya, seusia 10-11 tahun. Kanak-kanak sekarang jauh lebih pandai daripada kami. Takkan bahasa untuk buku mereka tetap sama macam ‘budak-budak veteran’ ini bacaa dulu. Pada zaman era IT sekarang ni, ah… malulah budak-budak sekarang!

Misteri Bilangan Gigi  on  02/17  at  01:32 PM

Semasa di sekolah rendah, saya sudah baca Malay Dilemma, karya Tun Dr. Mahathir. Oleh itu, sudah sah bahawa penggunaan perbendaharaan kata yang lebih banyak perlu untuk meningkatkan kemampuan berbahasa di kalangan kanak-kanak.

 on  02/17  at  06:09 PM

Terima kasih kerana meleraikan kekusutan jiwa saya semasa menulis. Selama ini saya keliru kubu manakah yang harus saya ikut. Saya setuju dengan cara kubu kedua.Kanak-kanak yang meningkat remaja mempunyai sikap ingin tahu. Buku berperanan memenuhi tuntutan ingin tahu ini. Inilah tanggungjawab penulis.

 on  02/17  at  06:52 PM

Ye. Saya setuju dengan kubu kedua. Membaca untuk memperkayakan perbandaharaan kata. Barulah ada lebih faedah selain isi kandungannya.

 on  02/18  at  09:18 AM

Sifu,
Terima kasih kerana menyampaikan maklumat penulisan buku kanak-kanak dan awal remaja. Amat bermanfaat untuk saya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: