Sunday, November 12, 2006

Bahasa Inggeris dan Laporan Bank Dunia

Benarkah negara-negara yang mengajarkan sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris berjaya menjadikan rakyatnya kaya raya macam rakyat Amerika dan Britain?

Bank Dunia sudah menerbitkan laporan 2005 ranking pendapatan per kapita.

10 negara per kapita teratas:

Luxembourg (1)
Norway (2)
Switzerland (3)
USA (4)
Denmark (5)
Iceland (6)
Japan (7)
Sweden (8)
Republic of Ireland (9)
United Kingdom (10)

Malaysia (55)
Thailand (78)
Indonesia (111)

Di manakah kedudukan negara-negara Asia yang menggunakan bahasa Inggeris bagi mengajarkan sains dan matematik?

Filipina (110)
Sri Langka (117)
India (129)
Bangladesh (140)
Pakistan (172)

Statistik ini dilaporkan oleh Bank Dunia. Jadi Malaysia saat ini sedang menggunakan model sistem pendidikan yang kita pinjam dari negara-negara yang prestasinya lebih buruk daripada prestasi Malaysia sendiri.

Pandai! Pandai!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bahasa Inggeris dan Ranking Indeks Pendidikan UNDP Previous entry: Isu Buku Bertaraf Sampah di Pusat Sumber Sekolah
rastom  on  11/13  at  03:25 PM

Mudah cakap, bila kita ambil sesuatu bahasa dan menganggap bahasa itu sebagai suatu yang memlikki nilai lebih seperti maju, moden dan canggih, secara tidak langsung kita juga mengatakan bahasa yang lain itu kurang nilainya.

Dalam kes Malaysia, penguasa politk bersetuju secara ijmak (mungkin taraf ulama dalam skop duniawi) bahawa bahasa Inggeris itu punyai sifat sifat yang boleh memajukan bangsa. Seingat saya keputusan ini tidak muncul dari suara pakar pendidikan asalnya. Arahan bekas diktator itu diterima laksana firman Illahi sehingga ke hari ini. Satu kenyataan atau kajian perlu dibuat untuk menyatakan hal sebenarnya, siapa yang mula merosakkan proses pembinaan bahasa Melayu. Siapa sebenarnya yang buat segala perancangan bahasa/budaya jadi terencat?

Melayu Malaysia tidak lagi boleh bertolak ansur dan berlapik bahasa (saya tidak hadir Kongres baru baru ini) dalam usaha menuntut dan menyatakan yang benar. Kesilapan lalu politikus yang gila kuasa lagi megalomaniac itu mestilah ditunjukkan, mestilah di rekodkan dan kalau boleh dibawa ke hadapan pengadilan untuk diadili. Kalau dianggap perbuatan mengubah dasar bahasa itu bercanggah dengan Perlembagaan, nah, bahaskanlah di Kongres atau mana mana perjumpaan nanti.

Selagi keparat (termasuk keparat keparat yang menjadi makmum) di santuni dengan kelembutan Melayu, saya tidak nampak jalan yang jelas untuk mengubah haluan sekarang. Jika kita kenal berhala yang disembah itu batil dan banyak mudaratnya kenapa perlu tunggu hingga 2008 untuk merobohkannya?

halwa romantis
——-

Faizul bin kamaruddin  on  11/14  at  01:00 PM

Pemerhati sahaja.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: