Sunday, November 12, 2006

Bahasa Inggeris dan Ranking Indeks Pendidikan UNDP

Benarkah apabila sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris, rakyat sesebuah negara itu akan menikmati kualiti pendidikan yang setaraf dengan kualiti pendidikan di USA dan Britain?

Mari kita lihat ranking kualiti pendidikan sebagaimana yang dilaporkan oleh UNDP (United Nations Development Program)

Ranking negara peminjam bahasa Inggeris dalam indeks pendidikan UNDP:

Norway (1)
Iceland (2)
Australia (3)
Republic of Ireland (4)
Sweden (5)
Canada (6)
Japan (7)
USA (8)
Switzerland (9)
Netherlands (10)
Finland (11)
Luxembourg (12)
Belgium (13)
Austria (14)
Denmark (15)
France (16)
Italy (17)
UK (18)
Spain (19)
New Zealand (20)

Malaysia (61)
Thailand (74)

Di manakah ranking negara-negara Asia yang mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Ingeris?

Filipina (84)
Sri Lanka (93)
India (126)
Pakistan (134)
Bangladesh (137)

Statistik UNDP ini adalah bukti bahawa penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pendidikan gagal meningkatkan mutu pendidikan di negara-negara peminjam bahasa itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bahasa Inggeris dan Periuk Nasi Automatik Previous entry: Bahasa Inggeris dan Laporan Bank Dunia
alang kelana  on  11/14  at  03:17 PM

Sudah terang lagi bersuluh,...namun sebab kerana ‘fulus’ semua boleh ‘lulus’ termasuk penggunaan BI sebagai medium Sains & Matematik….
——-

rastom  on  11/14  at  05:30 PM

Sudah terlajak, nak ngundur pula payah. Gus Dur pernah menjawab kritikan pembangkangnya supaya undur undur Pak! ....“mana bisa ngundur, mau maju pun susah”..sambil memegang tongkat dengan matanya tekebil kebil.

Belalang  on  11/14  at  06:06 PM

Salam.

Puan, walau pun antara kita punya sedikit “hubungan sejarah” tersendiri sama ada kerana Puan merupakan salah seorang guru terjemahan saya, dan terutamanya apabila melibatkan seorang lagi sifu yang kini “separa bersuluk” di Changkat Lobak utara negeri Perak - saya belum bercadang mengimbau kisah silam.

Saya pohon komen Puan terhadap satu usaha untuk menerbitkan sebuah jurnal undang-undang baru di negara kita yang selama ini didominasi oleh Malayan Law Journal (MLJ) - yang tidak lebih merupakan cetakan semula ditokok-tambah sedikit ulasan perundangan. Jurnal undang-undang “KANUN” yang pernah dibangunkan oleh DBP dahulu masih belum kebah-kebah angkara “selsema pengswastaan”. Namun, ia pernah mampu mengisi suatu kekosongan yang kini kembali lompong. Jurnal “All Malaysian Report - AMR” dokongan Dr Salleh Buang pula cuba mengisi sebahagian keperluan bahan undang-undang berbahasa Melayu, namun tidak mencapai tahap KANUN. Current Law Journal (CLJ) pula cuba menumpu kepada khidmat on-line. Begitulah, pemain-pemain utama sektor ini.

Jurnal baru ini mungkin diterbit atas nama sebuah IPTA. Kandungannya diurus oleh penyedia khidmat. Ironisnya, pengajian undang-undang di IPTA ini berteraskan bahasa Inggeris. Soalannya, bagaimana Puan melihat potensi serta relevansinya? iaitu bezanya jika menggunakan bahasa Inggeris sahaja, atau menggunakan terjemahan seperti KANUN, atau kedua-duanya pada nisbah tertentu??

Oh ya, barangkali beza besar berbanding buku ialah sasar pembeli hanya terbatas kepada satu kelompok - pengamal undang-undang + jabatan kerajaan + pusat sumber + perpustakaan dll - iaitu bukan pembeli individu. Cuma ia dijual secara langganan. Diterbitkan sebulan sekali sekitar 200 muka surat. Kandungannya termasuk penghakiman, artikel, laporan + beberapa pendekatan baru. Soalannya, bagaimana potensi sebuah jurnal baru bidang khusus berdasarkan pengalaman Puan?

MLJ misalnya diterbit 4 kali sebulan, iaitu seminggu sekali sekitar 60 muka surat dengan harga RM15/-; maka sebulan RM60/- Jangkaan pasaran MLJ mempunyai tidak kurang 5,000 langganan??

Jika PTS mahu memandaikan bangsa, maka usaha ini turut mahu memandaikan bangsa terutama tentang undang-undang agar bangsanya nanti tahu akan hak mereka di sisi undang-undang di samping berperanan memperkata khazanah ilmu bangsa sambil menjadi bahan rujukan bidang tersebut.

Terima kasih Puan Ainon.

dan sampaikan salam untuk Prof.

Puan Ainon Mohd.  on  11/15  at  04:29 AM

Sdr Belalang,

Ini pandangan dari sudut bisnes. Jurnal sdr itu jangan jadi jurnal umum undang2.

Pilih bidang U2 yang banyak melibatkan orang Melayu, dan jadikan itu fokus isi kandungan jurnal sdr.

Jangan pilih bidang U2 yang orang Melayu banyak terlibat, tetapi mereka yang terlibat tak ada duit, seperti dadah! Ataupun mereka yang terlibat itu tidak berpelajaran, seperti mat rempit!

Apakah masalah U2 yang orang Melayu kaya dan berpelajaran banyak terlibat. Masuklah bidang itu dahulu. Masalah harta faraid dan harta sepencarian adalah berpotensi.

Belalang  on  11/15  at  11:42 AM

Terima kasih.

Saya kira dari sudut bisnes, Puan sarankan pendekatan “memukat di lubuk wang” terlebih dahulu. Nasihat yg waras lagi benar.

Cuma kita ini sedikit aneh dari sudut aplikasi undang-undang itu sendiri - kerana kita ada 2 sistem undang-undang yang beroperasi serentak, iaitu Sivil dan Syariah. Contoh yg Puan sebut iaitu faraid dan harta sepencarian hanya melibatkan orang Islam tertakluk di bawah Mahkamah Syariah.

Berbeza dgn undang-undang Sivil di mana penghakiman dahuluan (precedent judgment) menjadi teras dan prinsip (maka unsur perubahan tafsiran berdasarkan keadaan, masa dll lebih terbuka), Syariah tidak mengaplikasi penghakiman dahuluan dalam operasinya.

Makna kata, sebuah jurnal Syariah akan hanya “diwarnai” oleh perbezaan fakta kes - sukar dan jarang berlaku di peringkat tafsiran hukum-hakam itu sendiri.

Cadangan jurnal undang-undang baru ini tentunya ditumpukan kepada bidang khusus. Contohnya, mengikut statistik Audit Bureau of Circulation (ABC), majalah seperti Joran, Roda-Roda dll. Cuma jurnal ini tentunya lebih akademik.

Oh ya, Puan belum memberi maklum balas tentang penggunaan bahasa - Melayu kah, Inggeris kah, atau campur - sama ada dari sudut bisnes, maupun sudut lain.

Gembira berinteraksi semula dengan Puan sejak sekian lama.

Terima kasih sekali lagi.

Puan Ainon Mohd.  on  11/15  at  02:46 PM

Sdr Belalang,

Lubuk wang ada dalam Bahasa Melayu!

Belalang  on  11/16  at  09:07 PM

Puan,

jika Puan tidak menyebutnya pun, saya akur memang “lubuk wang ada dalam Bahasa Melayu”. Malah, kalau boleh ditambah, bukan sekadar nilaian wang ringgit - nilaian lain seperti nilai ilmu umpamanya memang ada dalam Bahasa Melayu.

Apatah lagi jika Bahasa Melayu itu beroperasi di dalam “Lautan Biru”.

Namun, hati saya masih sedikit bergejolak kerana dalam konteks jurnal undang-undang baru - kumpulan pembeli sasarnya agak “niche” atau terhad.

Walaupun Majlis Peguam mempunyai sekitar 12,000 ahli - syarikat guaman dianggar kurang 2,000 buah. Syarikat tersenarai yang lazimnya punya jabatan undang-undang sendiri sekitar 1,500. Tokok-tambah jabatan kerajaan, perpustakaan, bank dll., jumlah besar pembeli sasar sekitar 4,000 - 5,000.

Walau pun Akta Bahasa Kebangsaan memperuntuk bahawa Bahasa Malaysia menjadi bahasa urusan rasmi - namun Mahkamah Tinggi ke atas punya pilihan untuk mengendalikan urusan dalam Bahasa Inggeris. Tidak cukup begitu, urusan dokumentasi mahkamah seperti “submission”, borang dll, masih menggunakan BI. Ditambah pula amalan menggunakan BI dalam hampir semua dokumen korpus undang-undang seperti kontrak, perjanjian dll - hatta, kerajaan sendiri masih kental menggunakan BI dalam konteks dokumen tender, kontrak dll.

Walau pun pernah diusahakan agar semua dokumentasi ini “diBahasa Melaysiakan” (antara fungsi asal penubuhan ITNM) serta beberapa kali usaha sama dengan pihak berwewenang seperti DBP, Pejabat Peguam Negara, Majlis Peguam sendiri - namun semuanya kantoi tanpa diketahui sebab-musabab sebenarnya.

Agaknya ada benar kata si Sifu Changkat Lobak - ada sumpahan laknat terhadap bende-bende ini.

Pengajian undang-undang di UiTM, Univ. Multimedia, UIA berteras BI; UM boleh jawab soalan ujian guna kedua-dua bahasa (sama dengan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman - CLP). Lebih 90% rujukan bidang ini dalam BI. Mengikut kajian pasaran, graduan undang-undang UiTM yang paling laris kerana selain program Kepujian (Honours) yang bermutu tinggi dan berciri praktik, graduan undang-undang UiTM mampu berbahasa Inggeris dengan baik.

Dan kita belum bercakap perihal globalisasi, AFTA, .......

Mungkin Puan sedia maklum bahawa Malaysia sudah menerima kemasukan khidmat perundangan luar untuk beroperasi di sini. Tentu atas alasan bahawa kita jauh ketinggalan, atau hampir tidak ada kepakaran mengendalikan urusan perundangan yang lebih kompleks lagi canggih seperti maritim, pelaburan, kewangan, harta inteleks, komunikasi, ... malah hak asasi manusia.

Gusar saya begini - kalau guna BM, pengamal dan amalan bidang sendiri belum bersedia. KANUN dulu disubsidikan walau pun ada potensi, tapi itu waktu Anwar Ibrahim masih “voque” dan relevan.  Jika guna BI pun masih boleh “diLaut Birukan” kerana semua yang ada masih amat “klise” gaya persembahannya.

Kalau guna BM dan fokus kepada “masalah U2 yang orang Melayu kaya dan berpelajaran banyak terlibat” seperti saran Puan, dipersembah secara agak akademik gitu - kumpulan sasarnya harus lebih terbatas.

Entahlah.

Mungkin ini ketakutan orang yang tak pandai berniaga, dan gerun dengan risikonya.

Tapi Puan Ainon ada .., Puan Ainon yang pernah mengajar pegawai2 tinggi tentera bagaimana cara untuk berfikir. Dan Puan Ainon ini terbukti berjaya berniaga, terutama perniagaan buku dll.

Mungkin ada jurus lain yang terlepas pandang.

Maaflah kerana menganggu orang yang sibuk. Ini posting akhir saya tentang tajuk ini. Saya harap Puan dapat khatamkan gelisah saya ini.

Terima kasih.

rastom  on  11/16  at  09:39 PM

Datang globalisasi, AFTA atau sebagainya tidak susah diramalkan suasananya jika status BI masih seperti sekarang. Tenaga pekhidmat dari luar lebih mudah masuk kerana tiada “entry barrier” dari segi bahasa. Cuba lihat bagaimana senarionya di Indonesia? Apakah keadilan tidak dapat ditegakkan di sana atau mahkamah mereka kurang mampu berlaku adil keana tiada berbahasa BI?

Dari mula saya lihat ia banyak bergantung kepada “political will”. Bila dikuatkuasa sesuatu peraturan seperti pemakaian topi keledar, pasang lampu motor siang hari dengan ada pengawasan penguatkuasa, peraturan itu boleh dilaksanakan?

Alasan tiada buku teks rujukan? Banyak sungguh dalihnya ya. Sementara bab bab niche seperti kepakaran hakcipta/paten, maritim itu pun sebenarnya tiada masalah. Akta dan peraturan yang sedia ada pun bukannya yang asal seratus persen dari kita sendiri. Selagi buku buku kes dari komanwel dirujuk yang kesemuanya beridiri kukuh dengan BInya. selagi itulah pengamal nya juga berdalih untuk meneruskan penggunaan BI.

Kes terencat akal BM di mahkamah bukan tiada kaitan dengan kemabukan politik terhadap dewa BI yang tiba tiba menginstitusikan BI untuk pendidikan Sains dan Matematik.Tenaga bakti pengamal undang undang (saya kira Belalang antaranya) punyai peranan besar untuk memulihkan masalah ini.

Belalang  on  11/17  at  06:52 PM

Terima kasih Tuan Rastom.

Seperti Tuan barangkali, saya turut terkesan dengan kebobrokan “political will” mereka yg TERpilih sebagai “pengemudi” bangsa. Cuma dalam suasana majoriti besar lagi kental para pengamal sendiri telah terdidik dan BERAMAL guna BI - malah berkepentingan dari sudut realpolitik untuk menolak langsung BM. Justru, segala “peluang” telah dan bakal diguna sebagai dalih dan dalil.

Memang saran Tuan kalau digumpal berbunyi, “kalau bukan kita, siapa? Kalau tidak sekarang, bila?” Betapa besar hati melihat orang seperti Tuan dan Puan Ainon sudah dapat mendirikan “kota-kota” harapan bangsa.

Baiklah. Saya sahut saran Tuan dengan besar hati.

Insya’llah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: