Wednesday, September 14, 2011

Bahasa Kampung dan Bahasa Buku

Bahasa yang kita gunakan merakamkan banyak data berkenaan asal-usul, sosio-budaya, bidang keilmuan, dan psikologi kita. Sebagai contoh, daripada bahasa seseorang itu kita dapat mengetahui sama ada di berasal dari keluarga kampung ataupun dari keluarga bandar, ini disebabkan bahasa (sosio-linguistik) orang kampung berbeza daripada bahasa orang bandar.

Banyak orang Melayu yang sekarang tinggal dibandar adalah berasal dari keluarga kampung. Meskipun mereka memiliki ijazah, dan tinggal di kondo mewah, mereka masih bercakap menggunakan elemen-elemen bahasa kampung. Elemen bahasa kampung yang paling mudah dikesan adalah kosa kata dalam sistem panggilan yang mereka gunakan.

Dalam sistem panggilan budaya kampung, usia menjadi faktor utama pemilihan kata panggilan seperti 'adik', 'kakak', 'abang', 'pak cik', 'mak cik' dan lain-lain.

Pada zaman dahulu hanya ada 2 variety bahasa Melayu, iaitu bahasa rakyat jelata (bahasa kampung, low linguistic culture) dan bahasa istana (bahasa raja-raja dan orang-orang besar istana, high linguistic culture). Namun dalam zaman modern ini kedua-dua variety itu tidak sesuai digunakan.

Bahasa dunia kampung tidak boleh digunakan dalam dunia profesional, dunia korporat, dunia pentadbiran negara dan dunia-dunia yang mengamalkan 'budaya tinggi' (high culture) dalam zaman modern.

Bahasa Melayu kampung hanya boleh digunakan apabila kita 'balik kampung'. Di pasar malam pun kita tidak boleh menggunakan bahasa kampung kerana pasar malam adalah sebahagian daripada dunia ekonomi moden. Namun disebabkan mereka yang berniaga di pasar malam itu berasal dari keluarga kampung, mereka menggunakan bahasa kampung.

Peniaga-peniaga pasar malam itu tidak tahu bahawa pelanggan-pelanggan mereka adalah orang kampung yang sudah keluar daripada kemiskinan dan kebodohan kampung, dan kini mereka sudah menjadi anggota kelas menengah Melayu. Kelas ini adalah fenomena yang baru muncul dalam masyarakat Melayu, yang dilahirkan oleh sistem pendidikan modern. Anggota kelas menengah Melayu tidak suka dipanggil menggunakan kata-kata panggilan dalam bahasa kampung.

Bahasa dalam buku mestilah menggunakan Bahasa Tinggi. Buku kanak-kanak sekalipun perlu memberi pendidikan linguistik yang betul kepada kanak-kanak. Penerbit buku perlu menyediakan kanak-kanak supaya mereka mempunyai kemahiran menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Peluang Mencipta Nama Sebagai Penulis dan Pelukis Buku Pembaca Awal Previous entry: Panduan Memilih Penerbit
ahmadyani  on  09/15  at  12:57 PM

Masih ramai yang beranggapan, bahasa buku yang digunakan sebagai bahasa seharian menggambarkan orang itu ‘tiada perasaan kemesraan’. Bahasa kampung dianggap bahasa ‘kemesraan’.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/16  at  04:19 PM

apa contoh bhs kampung tu? salah ke bhs kampung? bahasa pun ada kasta jugak ke?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/19  at  06:35 AM

Assalamualaikum,
Dinyatakan oleh puan bahawa panggilan seperti kakak, abang, pakcik dan makcik adalah bahasa kampung. Jadi, sekiranya bahasa buku yang digunakan, adakah bermaksud panggilan-panggilan ini perlu digugurkan?

Contoh, seorang remaja menegur seorang lelaki separuh usia:
Bahasa buku: Awak hendak ke mana?
Bahasa kampung: Pakcik hendak ke mana?

Adakah panggilan seperti emak, ayah, abang dan kakak juga termasuk dalam bahasa kampung?

Mohon pencerahan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.