Wednesday, July 25, 2007

Bahasa Makhluk Asing

Ada bunyi-bunyi cakap mulut yang khusus keluar dari mulut orang Melayu, seperti hoi, eh, eleh, jom, alamak, aduh, cis, ewah dan lain-lain.

Apabila bunyi-bunyi khusus-Melayu itu digunakan dalam dialog, pembaca yang sedang berada di bumi fantasi berasa dia ditarik turun ke bumi realiti.

"Eh! Apa yang berlaku?” (Bunyi macam orang Melayu yang bercakap disebabkan ada bunyi “Eh!”)

"Apa yang berlaku?” (Makhluk asing pun boleh berkata begini.)

"Alamak! Bagaimana dapat kubuka pintu besi ini?” (Bunyi macam orang Melayu yang bercakap disebabkan ada bunyi “Alamak!”)

"Bagaimana dapat kubuka pintu besi ini?” (Makhluk asing pun boleh berkata begini.)

Jangan gunakan sebarang ekspresi lisan yang khusus digunakan oleh orang Melayu kerana ia menjadikan dialog itu dialog alam realiti, bukan dialog alam fantasi.

.

.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Fiksyen Sains & Fantasi
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hukum Alam Semulajadi dalam Dunia Fantasi Previous entry: Steamboy
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/25  at  12:19 PM

Assalamualaikum wm. wbt.

Saya bersetuju dengan pendapat Puan Sifu.

Pada pendapat saya penggunaan ayat-ayat cakap mulut itu mewakili satu bentuk komunikasi lain untuk mencetuskan reaksi meluat, terkejut, marah, takut, emosi atau seumpamanya bagi orang Melayu.

Wallahua’lam

sinaganaga  on  07/25  at  01:43 PM

Buku fiksyen sains/fantasi dengan penerapan glokal tu, puan.
Ha ha. Saya rasa ok sajalah. smile

Kalau:
“Apa yang berlaku?” Tanya Zorda kepada makhluk peliharaannya.
“Erph ermm murkh urkhhzz!” Kata makhluk peliharaan Zorda sambil mengumam galian Naynemek.

???
Saya kena terjemahkan bahasa makhluk peliharaan Zorda tu ke bahasa ‘Malaysia’ ke puan? Ha ha.

rastom  on  07/25  at  03:43 PM

Di dalam sai-fai P Ramlee, ada ayat magis panggil nombor ekor, <a>ceko ceko e, ceko ceko a, eko eko e, eko eko a </b>. Ingat apa yang muncul?

sf  on  07/25  at  05:09 PM

Kalau begitu dialog kita (sekiranya bercakap dengan orang Inggeris atau lainnya) hendaklah di tulis dalam bahasa mereka supaya pembaca tidak terasa ditarik ke dalam suasana Melayu? Dahulu Puan juga yang mencadangkan supaya bahasa makhluk asing di dalam Bengkel KP agar jangan menggunakan bahasa yang pelik2 kerana orang tidak faham. Sekarang sudah lain?

sf  on  07/25  at  05:15 PM

Maaf salah faham pula. Hehehe (terpaksa guna ekspresi ini)

.

Hehehe… (Ini pula bukan bunyi makhluk asing ketawa).

fadz  on  07/28  at  08:02 AM

Perkara ini perkara subjektif. Kalau dilihat dari segi pengaruh budaya, bayangkan kerajaan Nusantara menjajah cerekawala. Maka makhluk asing yang terjajah di dalam sempadan angkasa Nusantara akan terikut-ikut akan budaya dan kebiasaan orang Nusantara. Sepertimana yang berlaku dalam Star Trek di mana pihak bumi mempunyai pengaruh terhadap makhluk asing yang lain.

Bayangkan kalau Harut dan Marut sendiri, yang cukup sempurna sebagai malaikat, lalu turun di dunia menjadi hakim manusia. Lalu mereka digoda oleh Zahrah. Idea ini sahaja menampilkan, bagaimana ‘orang asing’ itu apabila berasimilasi dalam sesebuah masyarakat dalam tempoh masa yang lama, akan terikut-ikut dengan kebiasaan dan budaya setempat masyarakat itu. Ini kebiasaan sosiologi. Kalau tak, tentu orang Nyonya tak fasih dengan nuansa Melayu kerana sudah berabad tinggal di sini.

.

cerekawala (SALAH) = cakerawala (BETUL)
sepertimana (SALAH) = seperti mana (BETUL)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/31  at  04:44 AM

Manusia: Siapa kamu? Kamu semua berasal dari mana?
Makhluk Asing: Kitorang sumer Alien. On the way nak gi Planet Pluto. Saje je nak lepak jap kat bumi.
Manusia: Sungguh aneh bahasa kalian.

fadz  on  08/29  at  04:44 PM

Arif, cantik sungguh (a nice one), haha ... menyindir ya? Empat buah filem ini sudah pun memaparkan reaksi manusia berkomunikasi jika makhluk asing bertemu manusia:

The Day the Earth Stood Still (1951)
Sepasukan tentera darat US dengan kereta kebal mengepung piring terbang, lalu apabila dua makhluk asing keluar dari pintu piring terbang. Seorang daripada makhluk asing itu sejenis humanoid (berbentuk manusia) bernama Klatu, mengatakan kedatangannya ialah membawa kedamaian dan berita baik (dalam Inggeris- memaparkan, golongan makhluk asing ini sudah mengkaji manusia terlebih dahulu). Seorang askar yang menggelupur terpicit picu senapang, lalu terbunuh Klatu.

War of the Worlds (1960-an)
Sebuah piring terbang mendarat, dikelilingi sepasukan tentera darat. Seorang paderi datang dekat kepada piring terbang lalu mengucapkan “selamat datang”. Paderi ditembak.

Close Encounters of the 3rd Kind (1978)
Makhluk asing berkomunikasi dengan manusia dengan 5 not lagu dan bahasa simbol buat pertama kali.

E.T. (1983)
E.T. berkomunikasi dengan Elliot dengan gula-gula M & M. E.T. dibayangkan sebagai seorang anak empat tahun yang baru belajar bahasa melalui mengulang percakapan Elliot, siaran Electric Company dan Sasemee Street di TV. Selepas itu, dengan kuasa Tuhan (atau pengarah), E.T. bercakap.

Sebenarnya, bukan erti bahasa yang lebih penting dalam penggarapan perbezaan di antara manusia dengan makhluk asing, tetapi PERSPEKTIF yang dibaca oleh makhluk asing terhadap manusia dan manusia terhadap makhluk asing. Ini yang menyebabkan, jika mereka berkawan, atau bermusuhan pada jalan cerita.

ps: Dr. Ainon, terima kasih kerana membaiki bahasa saya.

ps: Dr. Ainon, terima kasih kerana membaiki bahasa saya. Tetapi Dr. juga perlu

fadz  on  08/29  at  04:45 PM

ps: Dr. Ainon, terima kasih kerana membaiki bahasa saya. Tetapi Dr. juga perlu ubah perkataan “On” (cth. adnan on: ) dalam Komen Terkini, ia nampak sangat janggal.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: