‘Bahasa Malaysia’: Siapa Hilang Duit, Siapa Buat Duit
Apabila istilah 'Bahasa Melayu' ditukar menjadi 'Bahasa Malaysia' ada orang hilang duit, ada orang dapat duit!
Penerbit buku-buku sekolah tiba-tiba pening kepala. Buku-buku yang sekarang menggunakan istilah 'Bahasa Melayu' dalam sekelip mata sudah out-of-date. Apa mereka hendak lakukan kepada buku-buku yang masih ada dalam setor?
Jika Kementerian Pelajaran mahukan supaya semua buku sekolah menggunakan istilah 'Bahasa Malaysia' pencetak buat duit. Tidak semena-mena mereka dapat durian runtuh!
Berpuluh-puluh juta RM nilai buku sekolah yang terpaksa dicetak semula. Siapakah pencetak yang memilik mesin cetak web?
Buku-buku yang ada terpaksa dijual sebagai kertas buruk. Syarikat penjual kertas buruk pun dapat duit! Siapakah pemilik, pembeli dan kilang pengitar kertas buruk itu?
Kedai-kedai buku terpaksa bekerja lebih memulangkan buku-buku ke setor penerbit. Buku-buku baru terpaksa dihantar ke semua kedai dan semua sekolah.
Syarikat lori pengangkutan dapat bisnes! Siapa pemilik lori-lori itu?
Penjual kertas tersengih! Tiba-tiba beratus tan kertas dipesan oleh pencetak. Siapakah pengimpot, pengedar dan penjual kertas itu?
Penjual dakwat cetak pun tersengih. Siapakah pengimpot, pengedar dan penjual dakwat cetak?
Syarikat binding buku dan pemotong buku pun tersengih! Siapakah mereka?
.
.
Penerbit buku-buku sekolah tiba-tiba pening kepala. Buku-buku yang sekarang menggunakan istilah 'Bahasa Melayu' dalam sekelip mata sudah out-of-date. Apa mereka hendak lakukan kepada buku-buku yang masih ada dalam setor?
Jika Kementerian Pelajaran mahukan supaya semua buku sekolah menggunakan istilah 'Bahasa Malaysia' pencetak buat duit. Tidak semena-mena mereka dapat durian runtuh!
Berpuluh-puluh juta RM nilai buku sekolah yang terpaksa dicetak semula. Siapakah pencetak yang memilik mesin cetak web?
Buku-buku yang ada terpaksa dijual sebagai kertas buruk. Syarikat penjual kertas buruk pun dapat duit! Siapakah pemilik, pembeli dan kilang pengitar kertas buruk itu?
Kedai-kedai buku terpaksa bekerja lebih memulangkan buku-buku ke setor penerbit. Buku-buku baru terpaksa dihantar ke semua kedai dan semua sekolah.
Syarikat lori pengangkutan dapat bisnes! Siapa pemilik lori-lori itu?
Penjual kertas tersengih! Tiba-tiba beratus tan kertas dipesan oleh pencetak. Siapakah pengimpot, pengedar dan penjual kertas itu?
Penjual dakwat cetak pun tersengih. Siapakah pengimpot, pengedar dan penjual dakwat cetak?
Syarikat binding buku dan pemotong buku pun tersengih! Siapakah mereka?
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Inilah nasib bangsa yang dulu, kini dan selamanya tidak mahu memandaikan diri dan sanggup bertuankan para bahlul!
——-
Salam Puan.
Saya cukup bengang dan marah dengan perubahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Malaysia ini. Mengapa? Kerana dilakukan cukup mendadak.
Adakah perubahan ini didasarkan pada faktor ilmiah? Adakah perubahan ini dibincangkan atau dirujukkan kepada ahli linguistik Melayu? Atau cukupkah perkara itu dibincangkan dalam kalangan kabinet saja?
Sejauh manakah pengetahuan ahli kabinet, misalnya Najib (Melayu UMNO), Samy Velu, Ong Kah Ting, Lim Keng Yik, dan lain-lain dalam linguistik Melayu?
Saya yakin bahawa Zam, Najib, dan Rais (semuanya Melayu UMNO) menimbulkan isu ini kerana hendak memancing undi, kerana pilihan raya hampir tiba.
Bukanlah demi perpaduan seperti yang dikatakannya. Kalau semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa akur dan benar-benar ingin berpegang pada Perlembangaan Negara, gunakanlah bahasa Melayu bukan bahasa Malaysia (bukan dalam kes Lina Joy saja nak berpegang pada Perlembagaan). Tidak ada masalah perpaduan jika setiap rakyat pandai menggunakan bahasa Melayu.
Jangan dikaitkan nama bahasa Melayu ini dengan kaum Melayu, maka perubahan ini dilakukan. Hubungkanlah penggunaan nama bahasa Melayu ini sebagai bahasa yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi Malaysia dalam Perlembagaan. Apa masalahnya?
Jangan pula ada orang yang hendak mengaitkan isu bahasa Melayu ini dengan bahasa Indonesia. Persekitaran budaya dan sosial di sana amat berbeza daripada persekitaran budaya dan sosial di sini. Di Indonesia ada ribuan pulau dengan ratusan suku kaum dan etnik. Untuk menyatupadukan mereka dan membakar semangat nasionalisme mereka, maka Sukarno menukarkan nama bahasa Melayu kepada bahasa Indonesia.
Pelik sungguh. Bahasa standard orang Cina bukan bahasa Cina, tetapi bahasa Mandarin. Begitu juga dengan kebanyakan negara Amerika Selatan yang kekal menggunakan nama bahasa Latin bukan bahasa Brazil, bahasa Argentina, bahasa Chile, dsb. Perancis kekal dengan bahasa Frenchnya. England dan Amerika Syarikat kekal dengan bahasa Inggerisnya (bukan England atau American language). Filipina dengan Tagalognya. Orang India dengan bahasa Tamilnya. Orang Pakistan dengan bahasa Urdunya.
Tiba-tiba Menteri (Melayu UMNO) kerajaan Malaysia mahu mengubah nama bahasa melayu kepada bahasa Malaysia.
Aduh, panas betul hati ini! Kalau boleh, ingin saya caci dan maki mereka di sini. Tetapi saya hormati laman ini.
Puan, apa pandangan Prof. Abdullah Hassan?
Wassalam.
Sdr Suhaimi,
Ada agenda tersembunyi.
Agak pelik juga mengapa ia diumumkan tepat pada masa perbicaraan besar yang menggemparkan negara?
Inilah jadinya apabila orang Melayu memilih orang yang bangang menjadi pemimpin mereka!
Buku teks bertajuk Bahasa Malaysia dicetak dari sekolah rendah ke tingkatan 3. Selepas itu, tukar menjadi teks dengan nama Bahasa Melayu. Bezanya dalam Melayu dan Malaysia itu sahaja.
Sebagai orang bukan Melayu, saya berpendapat baik juga guna nama bahasa Malaysia walaupun sebenarnya saya bertutur atau menulis guna bahasa Melayu.
Apa kata orang Indonesia atau Singapura dalam hal ini?
Pertuturan orang Malaysia yang mereka dengar akan dikatakan sebagai bahasa Malaysia.
Tulisan orang Malaysia yang mereka baca akan dikatakan sebagai bahasa Malaysia.
Mereka tidak mengatakan itu bahasa Melayu sebab mereka juga Melayu.
Maksudnya: rumpun Melayu
Demikian juga di Brunei, Melayu mereka berbeza dengan Melayu Malaysia.
Apa kita namakan kepada Melayu mereka?
Assalamualaikum
Dahulu pun perkara serupa berlaku apabila Kementerian Pendidikan diubah mendadak menjadi Kementerian Pelajaran.
Berapa banyak lencana, papan tanda pintu pejabat, kepala surat dan sebagainya yang terpaksa dilupuskan dan diganti dengan yang baru?
Dalam kekecohan itu perisian yang dihidangkan kepada pelajar sebenarnya masih sama, masalah berkaitan pepeperiksaan dan kebocoran kertas serta fokus sebenar akan hasil dan kesan tidak berubah banyak.
Lebih ketara lagi status bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama tidak terbela, masih kelas dua sedang turun ke kelas tiga, atas dasar nak dapat kaya cepat melalui penggunaan bahasa Inggeris > menguasai sains dan teknologi.
Agaknya mereka yang berwajib tidak sedar implikasi tindakan mereka atau sengaja bertindak untuk menguntungkan pihak-pihak yang berwajib.
Salam, Puan.
Kepada Saudara Alexious. Fahamilah hal ehwal bahasa Melayu dari sudut ilmunya. Rujukilah mana-mana kajian tentang bahasa Melayu dan perkembangannya. Untuk lebih mudah, layarilah laman wikipedia. Akan terjawab pertanyaan Saudara.
Alexious,
Tidak perlu dikaitkan dengan Indon, Singapura dan Brunei kerana perkara ini berlaku di Malaysia.
Ia umpama menukar Bahasa Cina kepada Bahasa Malaysia. Sama seperti Bahasa Tamil kepada Bahasa Malaysia.
Atas kedangkalan pemikiran pemimpin yang gilakan publisiti “roda yang bulat diubah menjadi empat segi.”
Ada agenda tersendiri selain publisiti yang diharap mampu ‘menutupi’ sesuatu.
Mala-mula Bahasa Malaysia, tukar Bahasa Melayu, kemudian Bahasa Malaysia, selepas itu bertahun-tahun menggunakan Bahasa Melayu, sekarang hendak dikembalikan kepada Bahasa Malaysia?
Hanya kerana publisiti yang diharap menenggelamkan isu lain.
Saudara Alexious yang dihormati,
Saya harap anda dapat membuat pengkajian ilmiah seperti yang disarankan oleh saudara Suhaimi1
Terima kasih atas keprihatinan atas isu ini.
Salam semua,
Petik: “Pelik sungguh. Bahasa standard orang Cina bukan bahasa Cina, tetapi bahasa Mandarin. Begitu juga dengan kebanyakan negara Amerika Selatan yang kekal menggunakan nama bahasa Latin bukan bahasa Brazil, bahasa Argentina, bahasa Chile, dsb.
Perancis kekal dengan bahasa Frenchnya. England dan Amerika Syarikat kekal dengan bahasa Inggerisnya (bukan England atau American language). Filipina dengan Tagalognya. Orang India dengan bahasa Tamilnya. Orang Pakistan dengan bahasa Urdunya”.
Betul itu Sdr. Suhaimi kerana itu adalah nama sebenar bagi bahasa-bahasa tersebut.
Bila berbicara fasal bahasa ada hubungkait dengan budaya. Maka di UK,semua penduduknya dikehendaki menghayati “British values” atau “Britishness”.
Dikatakan kepada mereka yang tidak setuju dengan “British values”, anda boleh pulang ke negara asal, maka anda akan dapat apa yang anda kehendaki.
Masih akan ada orang bodoh selagi mana ada yang sanggup diperbodohkan.
Adakah Melayu bangsa yang paling bodoh dalam dunia?
Jangan! Rasanya kena wujudkan bangsa baru dalam Malaysia.
Bangsa UMNO. Sebuah bangsa paling bodoh yang pernah wujud di dalam dunia.
Terima kasih atas keprihatinan semua.
Maka saya terus merujuk ke wikipedia dan merasai saya memang tertinggal mengkaji sejarah:
Ini yang saya baca dan copy & paste di sini:
———————————————————-
Masalah dalam penakrifan orang Melayu
Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian daripada negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus kaum-suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:
Penakrifan Undang-Undang
Penakrifan Antropologi
Penakrifan undang-undang
Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut Perlembagaan Persekutuan dalam pekara 160(2).Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [2]:
Seorang yang beragama Islam
Bertutur bahasa Melayu
Mengamalkan adat istiadat Melayu
Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.
Penakrifan antropologi
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. [3] Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid [4]
http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu
Kesimpulan:
Pakar-pakar bahasa dalam negara kena buat mesyuarat khas membincangkan perkara ini.
Disedari, kita boleh berjuang untuk tidak bersetuju dengan penggunaan bahasa Malaysia seperti yang heboh sekarang.
Dalam bahasa suku kaum saya sendiri, banyak saya langsung tidak bersetuju, contoh:
kadazan dusun = kadus (tak tahu apa maksud)
penggunaan bulan: januari, februari, mac…. dalam bahasa kadazan dusun, wadduh….payah hendak percaya. Pemilihan bahasa tidak releven.
Saya turut kecewa dengan menukar Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Kesan jangka panjangnya adakah banyak lagi yang akan diragut.
Orang Melayu bertukar menjadi orang Malaysia! Tiada lagi orang Melayu di muka bumi ini.
Semasa Malaysia disebut Malaya, Bahasa Melayu kekal, bila Malaysia diperkenalkan, Bahasa Malaysia pula diperkenalkan, esok lusa kalau negara ini hendak disebut Negara Macindia (Malah Cina India). Nah wujud pula bahasa Macindia.
Cukup-cukuplah dengan polimik politik mencari “glamorous”.
Politik orang Melayu sahaja yang mengeruhkan keadaan, sedangkan bangsa lain tidak pernah merungut pun isu tersebut malahan mereka semua sedia maklum hakikat seadanya zaman berzaman.
Letih ..,
dan merpupanci.
PM sekarang sangat disegan dan dihormati, saya risau apabila dia tiada lagi di jawatan sekarang.
Janganlah cepat melatah, adatlah berniagalah ni, kadangkala kita tidak menduga apa yang akan berlaku dalam dunia perniagaan mahupun keadaan semasa.
Kita sebagai rakyat biasa hanya perlu menurut apa yang diperintahkan oleh pihak kerajaan, janganlah pula bila kita rugi atas langkah kerajaan tertentu kita akan menuding jari kepada ‘pihak-pihak’ lain yang mengaut keuntungan keatas langkah tersebut.
Biar betul, saudara ini!
Masyallah..
Ada juga “lembu” bernama Sadin yang pandai menggunakan PC.
Janganlah terkejut, Tuan Tokey, lembu yang jadi anggota kabinet pun banyak!
Masya Allah…
Kalau benar apa yang Tokey tulis itu, memang patut perkara ini diberitahu kepada pemimpin yang bodoh yang tengah cari cerita hendak tutup kesnya.
Bolehlah buat tajuk berita: N——DAN LEMBU-LEMBUNYA.
Ini bukan setakat perniagaan tetapi warisan dan ketuanan Melayu di bumi Melayu yang semakin hilang Melayunya. Kita ini Melayu sudah tidak banyak yang tinggal.
Sadin,
Kalau hendak cakap perniagaan saya pun lulusan BBA juga tetapi apa yang kita cakap pasal bahasa MELAYU!!!!!!!!!!!!
Bukannya bahasa UMNO!!!
Bukannya bangsa UMNO!!!
Agaknya pernyatan saudara adalah pendirian Bangsa UMNO seperti saudara Bandaraya Safa maksudkan.
Walaupun kami(saya)di Sabah: Sokong MELAYU dikekalkan!
Tapi kan, topik di sini sedang naik `celcius. Kita tidak bimbang ke?
Sadin,
Bolehlah sdr mula mengarang artikel tajuk :——- dan lembu-lembunya serta mengarang buku cerita kanak-kanak bertajuk: Saya seekor Lembu”.
Kemudian sdr letaklah ayat ini: DAN LEMBU ITU PUN BERKATA, “Kita sebagai rakyat biasa hanya perlu menurut apa yang diperintahkan oleh pihak kerajaan.”
Sadin,
Ini bukan setakat rugi satu pihak dan untung satu pihak lain… Kalau sdr fikir macam itu saya cadangkan saudara ambil kursus “Percukaian Dalam Malaysia”.
Sadin,
Bila kerajaan kena tukarkan itu semua bukannya masalah satu pihak rugi tetapi yang jadi mangsanya adalah RAKYAT!!! RAKYAT YANG MEMBAYAR CUKAI UNTUK KERAJAAN!!!
Tetapi memandangkan sdr adalah——- saya rasa cukuplah setakat ini saya memberitahu saudara kerana seluruh dunia mana mungkin——- memahami bahasa kecuali bahasa tuannya!!
Saudara Alexious,
Terima kasih kerana menyokong Bahasa Melayu kerana sdr juga adalah Bumiputera dan pemilik asal bumi Melayu ini..
Sama-sama kita mendaulatkan Bahasa Melayu!
Bimbang dengan UMNO/negara selepas Pak Lah.
Selepas PM, seakan-akan yang lain, boleh lawan psiko.
Jangan khuatir… selagi SPR ikut telunjuk UMNO, UMNO akan memerintah.
Hahaha…
Saudara Sadin dah hilangkah?
Bagaimana beliau tidak menghilangkan diri… baru beliau tersedar, beliau tersalah masuk kandang!
Pernah tengok filem Dead Poets Society? Perkataannya paling terkenal adalah sajak “Captain o Captain”.
Sdr Saidin,
Jadi selain novel kanak-kanak dan artikel seperti yang Aizam cadangkan, saudara juga boleh menulis sebuah sajak bertajuk “LEMBU OH LEMBU”
Post a comment