‘Bahasa Malaysia’: Siapa Hilang Duit, Siapa Buat Duit
Apabila istilah 'Bahasa Melayu' ditukar menjadi 'Bahasa Malaysia' ada orang hilang duit, ada orang dapat duit!
Penerbit buku-buku sekolah tiba-tiba pening kepala. Buku-buku yang sekarang menggunakan istilah 'Bahasa Melayu' dalam sekelip mata sudah out-of-date. Apa mereka hendak lakukan kepada buku-buku yang masih ada dalam setor?
Jika Kementerian Pelajaran mahukan supaya semua buku sekolah menggunakan istilah 'Bahasa Malaysia' pencetak buat duit. Tidak semena-mena mereka dapat durian runtuh!
Berpuluh-puluh juta RM nilai buku sekolah yang terpaksa dicetak semula. Siapakah pencetak yang memilik mesin cetak web?
Buku-buku yang ada terpaksa dijual sebagai kertas buruk. Syarikat penjual kertas buruk pun dapat duit! Siapakah pemilik, pembeli dan kilang pengitar kertas buruk itu?
Kedai-kedai buku terpaksa bekerja lebih memulangkan buku-buku ke setor penerbit. Buku-buku baru terpaksa dihantar ke semua kedai dan semua sekolah.
Syarikat lori pengangkutan dapat bisnes! Siapa pemilik lori-lori itu?
Penjual kertas tersengih! Tiba-tiba beratus tan kertas dipesan oleh pencetak. Siapakah pengimpot, pengedar dan penjual kertas itu?
Penjual dakwat cetak pun tersengih. Siapakah pengimpot, pengedar dan penjual dakwat cetak?
Syarikat binding buku dan pemotong buku pun tersengih! Siapakah mereka?
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Mr April,
Nampaknya Saidin tidak sempat baca cadangan saudara sebab dia sudah keluar dari kandang!
Kata Alexious: “Bimbang dengan UMNO/negara selepas Pak Lah.
Selepas PM, seakan-akan yang lain, boleh lawan psiko.”
Dangkal sungguh. Yang kita bimbang semasa era PakLah bukan selepas PakLah.
Nampak tak betapa riang dan semangatnya Paklah bila bercakap soal perkahwinannya. Cuba bandingkan lesunya beliau bila bercakap soal negara. Itu, kini, yang kita bimbang. Bukan selepas Paklah.
Yang kita bimbang sangat, apa pula selepas ini. Seperti kata Cikgu Azman, di atas, bimbang nanti bangsa Melayu tidak ada lagi berganti Bangsa Malaysia. Tak mustahil!
Sambung mengaji.
Saya teringat Novel PANAS ketika saya berada di tingkatan 4. Novel yang berjudul SHIT itu walaupun bahasa yang digunakan teramatlah ‘berbelit’, tetapi ia panas!
Perkataan seperti kepala taik, shit@pukimak@pm tentu masih ingat di minda pembaca novel tersebut.
Rakan siswa di UNIKA PTS mula meng’lembu’kan satu benda yang dulunya dikenali sebagai taik oleh Shahnon Ahmad. Saya masih ingat Shahnon Ahmad menulis apabila kepala taik tersembul keluar dari lubang taik, maka taik-taik di belakang pun tidak sabar untuk keluar juga dari lubang taik. Saya sudah agak lupa tentang ayat ayat dalam novel itu.
OK juga cadangan kalau ada Novel ‘Seekor Lembu’. Macam kelakar saja bunyinya. Boleh kontroversi novel itu setelah sekian lama tidak ada novel kontroversi.
Antara lembu dan taik, mana yang lebih hina?
Banyak pula isu baru yang muncul sekarang. Isu bocor, Isu Bahasa Malaysia, Isu Paklah kahwin…. Esok lusa pasti ada isu baru lagi…
Pakar putar belit sudah memegang kuasa. Hanya orang yag berakal pendek saja yang masih sanggup di tipu dan dikelentong.
Bermula dari Bahasa Malaysia yang di Bahasa Melayukan. Lepas itu sekarang dari Bahasa Melayu ke bahasa Malaysia semula. Bermakna selepas ini sudah tidak wujud Bahasa Melayu.
Melayu sudah tidak ada bahasa. Bahasa mereka telah diculik oleh penjahat kerana mahu mendapat habuan tertentu.
Maka bangsa Melayu akan terkotak-katik mahu berbahasa. Orang Jawa mereka boleh berbahasa Jawa kerana itu bahasa turun temurun.
Malangnya tidak akan ada yang bangun untuk membantah disebabkan yang merosakkan adalah ‘tukang juang’ bangsa itu juga. Merekalah pembina, merekalah perosak.
Mungkinkah akan diseragamkan bahasa negeri selepas ini? Sedia maklum sesetengah negeri ada loghatnya tersendiri. Mahu di sebut bahasa apa pula ya. Bahasa Perak, Bahasa Pulau Pinang, Bahasa Kelantan, Bahasa Terengganu. Johor?
Adakah selepas ini Bahasa Baku akan dikuatkuasakan semula?
Agaknya…
Bahasa Malaysia: Translasi bahasa Melayu ke bahasa Malaysia adalah aspirasi kerajaan dan resolusi ini tidak memerlukan diskusi yang berkitar pada definisi bahasa dan aplikasi penggunaan serta reformasi pembahasaan. Integrasi kaum menjadi objektif transformasi ini.
Bahasa Melayu: Penterjemahan bahasa Melayu ke bahasa Malaysia adalah hasrat kerajaan dan keputusan ini tidak memerlukan perbincangan yang berkitar pada takrifan bahasa dan pemakaian penggunaan serta perubahan pembahasaan. Perpaduan kaum menjadi matlamat perubahan ini.
Bahasa beta: Hangpa tak tau ka? Nak pilihanraya dah kot tu?
Post a comment