Bahasa Melayu Rendah: Bukan Lagi yang Salah
Pagi ini Sifu menerima mesej SMS ini (tiada nama pengirim):
"Salam, Puan Ainon. Saya bukan lagi penulis PTS. Boleh saya hadiri kursus anjuran puan?"
Terkejut sungguh saya apabila membaca mesej itu. Siapakah penulis PTS yang sudah tidak lagi mahu menerbitkan karyanya dengan PTS tetapi masih mahu menghadiri kursus saya?
Saya sangat mengambil berat jika ada mana-mana penulis PTS yang tidak mahu lagi menerbitkan karyanya dengan PTS.
Sebagai Chairman PTS, perkara seperti itu adalah amat serius. Saya akan siasat apakah faktor-faktor yang menyebabkan tragedi itu menimpa PTS. Saya mahu tahu di manakah salah PTS sehingga berlaku perceraian itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Ainon, entah-entah “bukan lagi” bermaksud “belum lagi”.
Ya puan, saya juga berfahaman sebagaimana arrantaui. Maksudnya ‘belum lagi’.
Saya kurang terkejut tetapi lebih kepada terkesima
Assalamualaikum Puan,
Saya juga terkejut apabila membaca baris ke dua sms itu. Setelah saya membaca baris ke tiga sms berkenaan, saya rasa ‘bukan lagi’ yang ditulis itu sebenarnya dimaksudkan oleh pengirim sms itu sebagai ‘belum lagi.’
Sesuailah dengan buku yang puan sertakan pada entri ini.
Sifu,
Saya bersetuju dengan komen arantaui dan massayu.
Nasib baik beliau hanya gunakan dalam sms. Jika dalam peperiksaan mungkin beliau akan kehilangan markah.
Inilah masalahnya jikalau salah menggunakan perkataan atau ungkapan. Nampaknya perkataan yang salah sudah menjadi kebiasan yang lama kelamaan akan dianggap betul dan akhirnya terpaksa diiktiraf betul oleh DBP pula.
`Saya tidak makan lagi` demikian satu jawapan yang mungkin kita boleh dengar jika kita mengajukan pertanyaan sudah makan atau belum ?` kepada seseorang.
Itu sekadar satu contoh namun banyak benar lagi kesalahan penggunaan perkataan dalam pertuturan harian yang sudah terbawa dalam penulisan.
Tapi bila penyampai radio selalu sangat melakukan kesesahan seumpama itu, saya rasa lebih geram.
Contohnya, cuba teliti ungkapan berikut:
`para penonton atau pendengar bolehlah bertanyakan soalan kepada tetamu kita pada hari ini` kata pengacara itu.
Saya rasa ungkapan `bertanyakan soalan` itu salah.
wassalam
salam Sifu,
Biasanya penulis dianggap suka “kahwin” ramai penerbit.
Kalau “bukan lagi” mungkin bermakna penulis itu sudah mem"fasakh"kan dirinya sendiri.
Mungkin juga terkena tempias musim perceraian artis kot.
Assalamualaikum Puan Ainon,
Sekiranya bahasa yang digunakan oleh pengirim SMS itu memang betul, saya pun ingin tahu juga hasil siasatan puan itu nanti.
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Sekiranya kita mengambil kefahaman daripada dari logik Sdr/Sdri arantaui dan massayu, maka ingin saya susun semula ayat SMS itu untuk diubahsuai bagi topik kegemaran saya, iaitu
“"Salam, abang Imran. Saya bukan lagi isteri abang Imran. Boleh saya ajak bertemu abang?"”
:D
Post a comment