Bahasa Melayu Tinggi: ‘di’ dan ‘dekat’
Saya tinggal di Kuala Terengganu. (BETUL)
Saya tinggal dekat Kuala Terengganu. (SALAH)
Makna 'dekat' adalah 'hampir', 'tidak jauh'.
.
.
Saya tinggal dekat Kuala Terengganu. (SALAH)
Makna 'dekat' adalah 'hampir', 'tidak jauh'.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
Puan,
Dalam salah satu sembang bahasa anjuran Teraju, penceramah memberi contoh untuk ‘di’ dan ‘dekat’ begini:
“Dia lahir dekat Hospital Kandang Kerbau.” Mulanya kami tidak menangkap apa silapnya ayat itu. Beliau menyambung, “Kasihan dia, dia lahir ‘dekat’ Hospital Kandang Kerbau , bukannya ‘di’ Hospital Kandang Kerbau.” Barulah kami faham.
Sejak itu bila ditanya di mana saya lahir, saya pastikan saya berkata, “Saya lahir di Hospital Port Dickson.” Jika saya lahir dekat Hospital Port Dickson maknanya ibu saya melahirkan saya di tepi pantai Port Dickson!
-----
Post a comment