Bahasa Mengajak-ajak
Semua penulis menulis disebabkan dia hendak mempengaruhi minda pembacanya supaya menerima idea-idea yang dikemukakan di dalam bukunya itu.
Orang yang menulis buku resipi masakan sekalipun, dia menulis buku itu supaya si pembacanya mahu mencuba resipinya.
Banyak idea yang baik-baik tetapi tidak diterima orang disebabkan si penulis menulis menggunakan gaya bahasa yang tidak persuasif. Perkataan persuade bermakna 'mempengaruhi', jadi persuasive bermakna 'berdaya pengaruh'.
Gaya bahasa menyeru-nyeru dan mengajak-ajak adalah tidak persuasif. Semakin banyak seseorang itu menggunakan perkataan-perkataan seruan dan ajakan, semakin tidak persuasif tulisan ataupun percakapannya.
Contoh bahasa yang mengajak-ajak adalah:
Marilah kita..... (SALAH)
Ayuhlah..... (SALAH)
Saya mengajak saudara-saudara yang ada di sini supaya..... (SALAH)
Janganlah kita lupa..... (SALAH)
Ingatlah akan..... (SALAH)
Orang yang pintar tidak suka diseru-seru dan diajak-ajak. Mereka mahu dipengaruhi.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaykum wbh,
Semoga Puan sentiasa tenang selalu,
Mohon jasa baik Puan untuk lanjutkan entri ini dengan topik ciri-ciri berdaya pengaruh dalam tulisan dan percakapan.
Jazakillah
Post a comment