Bahasa Menunjukkan ‘Bangsa’
Seorang pengunjung blog seorang profesor terkenal menulis begini:
"hope prof bersbr…anggap 2 sume dugaan dr Nya…sesungguhya sy juga penah rase…tuk menyampai kn berita sdh kpd org tersyg…sungguh perit rase nye..semoga prof sekeluarga tabah…all d best to azrai…hope die dpt wat yg terbaik…"
Apabila kita datang dan memasuki pejabat, ataupun rumah, seseorang profesor yang terkenal, maka bagi menunjukkan bahawa kita menghormati beliau, kita pun datang dengan memakai pakaian yang lengkap dan sopan dipandang, kita bercakap dengan bahasa yang sopan didengar, dan kita duduk dengan cara yang sopan.
Apabila kita memasuki blog seseorang yang terhormat, bagi membuktikan bahawa kita menghormati status beliau sebagai seorang yang terhormat pada mata masyarakat, kita menulis komen dengan menggunakan ejaan yang lengkap, memilih perkataan yang halus, mematuhi tatabahasa, dan menggunakan gaya bahasa yang sopan. Itulah buktinya kita menghormati pemilik blog itu.
Bahasa yang kita gunakan menunjukkan 'bangsa' (jenis manusia) kita.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum.
Sangat setuju dengan komen Pn Ainon. Sangat setuju!
salaam puan,
rasanya pertama kali meninggalkan ulasan di sini.
kadang-kadang saya fikir--yang menasihat sudah letih berbanding yang mendengar nasihat.
sentiasa ada bangsa-bangsa baru di Malaysia ini. berterusan.
Salam Puan Sifu,
Saya sangat bersetuju dengan Puan Sifu. Saya berharap biarlah orang Melayu dikekalkan dengan adab sopan santun. Itulah yang melambangkan bangsa. Disini budayanya cukup berbeza dan ianya membuatkan saya lebih menghargai adab dan tatasusila di Malaysia. Tetapi, sekiranya semua perkara ini diambil mudah, apa lagi yang tinggal untuk kita jika mahu memartabatkan bangsa?
Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, membaca blog beberapa tokoh mengajar erti adab dalam berhubung di alam siber. Namun, ada kalanya saya tersilap juga. Manusia....
Nasihat Puan amat saya hargai walaupun bukan ditujukan khas buat saya, namun anak muda ini tetap menghargai tunjuk ajar yang diberi.
Kepada rakan yang lain, perhatikanlah bahasa kita. Janganlah dimarah jika orang lain tidak menghormati Bahasa Melayu, jika kita sendiri (Orang Melayu) tidak menghormati bahasa kita.
Jangan dimarah pada yang berpesan,
Renunglah ke dalam diri dan buatlah perubahan…
Kepada Puan Ainon @ sifuPTS dan kakitangan PTS Islamika
Tahniah atas penerbitan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Semoga usaha penerbitan bahan-bahan ilmiah pembuka minda dan penyejuk jiwa mendapat rahmat dari-Nya.
Salam Sifu,
Tahniah Sifu atas sambutan hangat buku Travelog Dakwah.
saya sentiasa menyokong usaha sifu memartabatkan Bahasa melayu.
Assalamu’alaikum Puan Ainon,
Sangat setuju dengan komen Puan Ainon itu. Ejaan yang umpama tulisan rojak itu mungkin diamalkannya dalam menulis sms. Bila sudah terbiasa, terbawa-bawa ketika mengomen di dalam blog juga.
Post a comment