Bahasa Menyebabkan Filem P Ramlee Jln Ampas Evergreen, Filem P Ramlee Merdeka Studio Tidak Evergreen
Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) adalah faktor yang menyebabkan sesuatu karya seni itu dapat bertahan lama dalam pasaran. Inilah yang berlaku dalam dunia perfileman dan perbukuan.
Filem-filem P Ramlee yang diterbitkan di Studio Jalan Ampas, Singapura, masih kekal bertahan dalam pasaran, dan terus dapat difahami dan dinikmati sehingga hari ini. Malah filem-filem itu tidak jemu-jemu ditonton berulang-ulang kali.
Tetapi, apabila Studio Jalan Ampas tutup lalu P Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan menerbitkan filem-filemnya dengan Studio Merdeka Hulu Kelang, tidak satu pun daripada filem-filemnya bertahan lama. Bukan hanya filem arahan P Ramlee di Merdeka Studio tidak tahan lama, malah semua filem bikinan Merdeka Studio yang diarahkan oleh pengarah-pengarah lain pun tidak tahan lama.
Perbezaan yang amat ketara antara filem-filem terbitan Studio Jalan Ampas dan filem-filem Merdeka Studio adalah unsur bahasanya.
Manakala filem-filem beliau di Jalan Ampas menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, filem-filem yang beliau yang dibikin di Merdeka Studio menggunakan unsur-unsur Bahasa Melayu Rendah (BMR). Malah semasa di Merdeka Studio, beliaulah pengarah filem Melayu yang bertanggungjawab menggunakan kata gantinama pinjaman 'I' dan 'you'.Hal itu kemudian menjadi ikutan sampai saat ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Setuju! Filem beliau yang mengggunakan BMT juga dikenali di seluruh dunia Melayu.Filem filem keluaran Merdeka Studio habis ceroi kerana faktor mengejar output - studio sebagai kilang, bukan pusat seni.
Post a comment