Thursday, October 06, 2011

Bahasa Nabi Muhammad kepada Kanak-Kanak

Salah satu isu yang menjadi perbincangan para pakar buku kanak-kanak adalah gaya bahasa yang sesuai digunakan dalam buku untuk bacaan kanak-kanak.

Di bawah ini adalah contoh data bahasa Nabi Muhammad. Dalam hadith ini beliau bercakap kepada kanak-kanak yang berumur 7 tahun, yang bernama Abdullah bin Umar, iaitu anak kepada Umar al-Khattab:

“Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah: Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapati Dia bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat pena dan telah keringlah lembaran.” (Diriwayatkan dari Ibnud Abbas oleh Imam At Tirmidzi, yang mengklasifikasikan status hadith ini hasan sahih)

Ciri-ciri linguistik yang dapat diangkat daripada data di atas:

1. Semua perkataan disebut lengkap. Tidak ada perkataan kontot.

2. Semua ayat menggunakan struktur gramatis.

3. Tidak ada perbezaan antara gaya bahasa yang Nabi Muhammad gunakan apabila bercakap dengan orang dewasa dan dengan kanak-kanak.

4. Apabila Nabi Muhammad memperkenalkan konsep-konsep tauhid, beliau tidak menggunakan istilah-istilah tauhid, sebaliknya beliau menggunakan frasa yang menerangkan konsep-konsep itu.

Dalam hadith di atas Nabi Muhammad menunjukkan 'pedagogi' yang betul apabila mengajarkan konsep-konsep tauhid kepada kanak-kanak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 600 Judul Buku Terbitan PTS Dipilih Memasuki Pasaran Buku Awan Previous entry: Memperkenalkan Ketua Unit Latihan PTS

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.