Bahasa Rojak: Apa itu Kreativiti Bahasa
Kreativiti adalah pencapaian mental yang tinggi. Itulah sebabnya jumlah individu yang kreatif adalah kecil berbanding dengan individu yang tidak kreatif.
Proses kreatif melibatkan proses kreasi - creation - mencipta sesuatu yang baru. Jumlah individu yang pandai mencipta sesuatu yang baru adalah amat kecil berbanding dengan mereka yang mampu mencipta benda yang serupa lebih banyak - 'more of the same thing'.
Ayat-ayat yang kreatif adalah ayat-ayat yang mencipta apa yang diistilahkan sebagai 'pengalaman linguistik' baru kepada pembaca ataupun pendengar, yang belum pernah dialami sebelumnya.
Penggunaan bahasa rojak - bahasa campur-aduk - dalam buku-buku cerita dan novel-novel picisan, tidak mengandungi unsur-unsur penciptaan pola-pola baru yang mampu mencipta pengalaman aestetika baru.
Justeru, penulis-penulis yang menuliskan buku ceritanya dengan menggunakan bahasa rojak tidak sesuai ditakrifkan sebagai orang-orang yang kreatif, kerana ayat-ayat rojak itu memang sudah digunakan orang dalam percakapan mulut sehari-hari. Penulis-penulis bahasa rojak itu tidak mencipta pola-pola ayat baru, yakni pola-pola linguistik yang indah, yang belum pernah didengar orang sebelumnya.
Pola linguistik yang diiktiraf indah adalah berdasarkan penilaian pembaca yang berkelayakan tinggi dalam ilmu teori sastera, teori linguistik ataupun teori aestetik.
.
.
Proses kreatif melibatkan proses kreasi - creation - mencipta sesuatu yang baru. Jumlah individu yang pandai mencipta sesuatu yang baru adalah amat kecil berbanding dengan mereka yang mampu mencipta benda yang serupa lebih banyak - 'more of the same thing'.
Ayat-ayat yang kreatif adalah ayat-ayat yang mencipta apa yang diistilahkan sebagai 'pengalaman linguistik' baru kepada pembaca ataupun pendengar, yang belum pernah dialami sebelumnya.
Penggunaan bahasa rojak - bahasa campur-aduk - dalam buku-buku cerita dan novel-novel picisan, tidak mengandungi unsur-unsur penciptaan pola-pola baru yang mampu mencipta pengalaman aestetika baru.
Justeru, penulis-penulis yang menuliskan buku ceritanya dengan menggunakan bahasa rojak tidak sesuai ditakrifkan sebagai orang-orang yang kreatif, kerana ayat-ayat rojak itu memang sudah digunakan orang dalam percakapan mulut sehari-hari. Penulis-penulis bahasa rojak itu tidak mencipta pola-pola ayat baru, yakni pola-pola linguistik yang indah, yang belum pernah didengar orang sebelumnya.
Pola linguistik yang diiktiraf indah adalah berdasarkan penilaian pembaca yang berkelayakan tinggi dalam ilmu teori sastera, teori linguistik ataupun teori aestetik.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam penulisan skrip nampaknya bahasa rosak nampaknya kebal. Apakah ia dibenarkan oleh pihak tertentu supaya nampak keadaan sebenar? Contoh, mak datin yang sering cakap campur2 BM, BI dll.
——-
Malangnya dalam usaha membanteras perkembangan bahasa rojak, muncul pula sejenis bahasa yang bau bau bacang dengan rojak yakni bahasa pasembur (pasembor?)
Puan Sifu yang dihormati,
Entri ini sungguh menarik bagi saya.
Bolehkah nanti Puan Sifu jelaskan lagi tentang teori sastera, teori linguistik dan teori aestetik, seperti yang disebut dalam ayat terakhir entri ini?
Semoga sedikit sebanyak pengetahuan tentang tiga teori tersebut boleh membantu kami untuk berkarya dengan lebih baik.
Saya tak boleh dengar perkataan `rojak’... Kecur liur!
Kenapa makanan kegemaran saya dijadikan kata gantian untuk sesuatu yang buruk?
Sepatutnya bahasa campur-campur ni kita beri gelaran lain. Bahasa biawak ke…bahasa taik ke…
Assalamu’alaikum wbth
“Sepatutnya bahasa campur-campur ni kita beri gelaran lain. Bahasa biawak ke…bahasa t**k ke…”
Saudara Jr,
Tolong gunakan bahasa yang lebih sopan apabila berbicara di forum ini sebagai adab menghormati tuan rumah.
Terima kasih.
Di kalangan penulis bahasa rojak tidak ada yang menghina penulis bahasa BMT. Mengapa pula mahu menghina mereka? Hati saya benar2 terguris.
Boleh menegur, tetapi dengan bahasa baik seperti puan. Bukankah itu lebih bagus? Perasaan orang tidak terguris. Bahasa semakin didaulatkan.
Jika tegur dengan cara kurang sopan, tidak nampak beza penulis bahasa rojak dan BMT. Maaf ya.
Saudara Tulushati,
Saya setuju dengan saudara. Sentiasa gunakan bahasa yang bersopan apabila berbicara. Kata-kata yang sopan adalah sunnah nabi Muhammad.
Di UnikaPTS ini kami mengharamkan penggunaan sebarang bahasa yang tidak sopan. Saya yakin saudara JR itu bukan sebahagian daripada penuntut atau mentee di UNIKA ini. Wallahu’alam.
Kreasi itu lebih manis kalau dinamakan sebagai ‘penciptaan’. Nampaknya sifu kita juga suka pinjam meminjam dari bahasa asing ni..
Juwaini/Faris,
Jangan sentimental sangat. Memang wajar apa yang dikata oleh saudara JR. Puak-puak tidak menghormati bahasa ibunda sendiri hanya temui di negara berstatus bangsat.
Maaf ya… kasar sedikit!
Kita bukan sahaja berstatus warganegara Malaysia dengan percaya rukun Negara, Kesopanan dan Kesusilaan.
Malah kita juga membawa label Islam dalam tutur bicara. Membawa akhlak ajaran nabi sebagai tanda patuh ikutan.
Marah bagaimana pun, kita ada label dan amanah dalam diri yang perlu dijaga.
Saya baru selesai membaca Perburuan. Novel pertama Pramodya Ananta Toer. Sungguh banyak sekali ayat-ayat baru yang saya jumpa. Indah. Hanya 4 bab. Pendek. Tapi sungguh mengesankan.
Begitu juga Laskar Pelangi yang dibawa masuk oleh Pts Litera Utama.
Penuntut2 UNIKA wajib baca ni!
Sdr. Juwaini,
Tahukah saudara perbualan seharian yang kita gunakan adalah bahasa pinjaman. Orang Melayu banyak meminjam kata-kata orang lain. Dan termasuklah saya dan saudara.
Tetapi gunakanlah bahasa pinjaman yang sopan dan bertamadun tinggi. Bukannya yang menyakitkan hati dan telinga.
Assalamualaikum warahmatullah..
Puan Sifu,
Saya selalu melatih anak-anak saya menggunakan BMT dan menegur bila mereka menggunakan bahasa rojak.
Bahasa rojak ini sungguh meluas sekarang. Saya sungguh terkilan bila skrin tv terpapar bangga menyiarkan pengacara yang berbahasa rojak dalam mengacarakan rancangan tontonan ramai.
Saya rasa ianya akan jadi penyakit yang sukar diubati kalau tidak dicegah. Bagaimana kalau BMT `hilang didunia’? Dunia akan memandang bangsa Melayu.. dengan bahasa rojaknya!
Bagaimana kalau itu terjadi..?
Kita patut merasa bangga atau merasa malu?
Sdr Faris,
Amboi, Sdr Faris! Sungguh patuh dan setia sdr mengawal rumah yang ditinggalkan sementara oleh tuannya. Rumah dikawal dengan sungguh rapi bagi menjaga gudang harta karun!
Saya hanya membuat satu analogi. Saya cuba memberi istilah baru bagi `bahasa campur-aduk’ seperti yang disebut dalam posting di atas. Cuba baca semula tulisan Puan Ainon di atas, berkali-kali.
Puan Ainon bercerita tentang pemikiran kreatif. Sebagi mentee, cuba gali semula tulisan Puan Ainon tentang pemikiran lateral dan kreatif.
Antara syarat pemikiran kreatif dan lateral ialah berfikir di luar kotak dan berfikir di luar jangkauan. Istilah yang saya sebut di atas adalah contoh bila berfikir kreatif. Akan keluarlah istilah yang buruk bunyinya dan mungkin kurang sopan.
`Campur aduk’ itu boleh diberi istilah berbagai. Istilah rojak dan caca merba selalu diguna. Pada saya kedua-duanya adalah makanan dan kurang sesuai diberi kepada sesuatu yang buruk. Kalau diguna bahasa yang mulus, ianya tidak akan menepati makna.
Komen sebaris saya itu hanya untuk mengingatkan bahawa bahasa rojak itu adalah salah. Orang lain buat tak menjadikannya betul.
Inilah masalah umat sekarang. Hilangnya adab. Hilang adab bukan bermakna hilang kesopanan seperti yang orang Melayu faham. Cuba baca tulisan Prof Naquib Al-Attas mengenai adab. Lawan Adab ialah zalim. Memanggil sesuatu yang buruk dengan istilah yang baik adalah zalim dan kurang adab.
Saya tetap berpendapat sesuatu yang tidak betul dan salah itu perlu diberikan istilah yang betul. Jika tidak setuju dengan yang disebut, berilah istilah lain.
Mat Rempit sebagai contoh, adalah istilah yang salah. Ia malah mengangkat dan mengiktiraf samseng motor ini sebagai sebahagian dari masyarakat. Istilah politik wang adalah salah. Ianya adalah rasuah!
Polemik bahasa rojak ini sudah banyak dibicarakan. Ada bahasa yang lebih kurang sopan pernah diguna. Namun, apabila istilah yang tidak betul dan tidak tepat digunakan, orang ramai akan berpendapat bahasa rojak itu bahasa yang halal dan diterima.
Bahasa rojak adalah bahasa yang melanggar segala hukum bahasa. Memang ia boleh dan sesuai digunakan ketika berbicara bersama rakan, tetapi bukan dalam penulisan dan media rasmi.
Untuk pengetahuan Sdr Faris, bahasa `toot toot’ juga bukan sunnah Nabi Muhammad!
Terima kasih juga kerana mengingatkan bahawa saya `bukan sebahagian daripada penuntut atau mentee di UNIKA ini.’
Saya hanya seorang pendokong perjuangan Puan Ainon dan Prof Abdullah untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Sdr Tulushati,
Penulis bahasa toot toot hanya terguris hati.
Pejuang Bahasa Melayu sudah koyak rabak, hancur berkecai hati mereka, bila Bahasa Melayu yang indah berseni sudah dirosakkan.
Sdr Riduan Khairi,
Jika anda suka Perburuan, anda tentu akan jatuh cinta dengan karya Pram yang lain. Cuba jenguk blog saya, jika sudi.
Buku `Anak Semua Bangsa’ adalah novel wajib untuk penulis dan bakal penulis. Ianya mengisahkan tentang seorang penulis yang terasa bahawa tulisannya sudah cukup bagus. Beliau tersentak bila diberitahu bahawa tulisannya tidak sebagus mana, selagi ia tidak turun ke bawah, menyelami jerit perih anak bangsa dan menulis dalam bahasanya sendiri…
Bahasa Toot-Toot! kata JR itu tepat sekali syarahannya bila dikaitkan dengan ADAB. Dalam tradisi penulisan memang soal Adab itu menjadi roh dan tulang belakang karya yang bertulis. Bahasa Arab menggunakan mu’adib untuk pengarang. Kata akarnya dari adaba menunjangi peradaban, tamaddun, sesuatu yang perlu dibina, dibangunkan secara sistematik.
Almarhum Pram juga dalam satu episod yang terkandung dalam triloginya ada mengungkapkan kehebatan bahasa Melayu. Ada dialog yang menaikkan taraf mereka yang tahu, faham dan fasih menggunakan bahasa Melayu pada zaman itu.
Salam buat semua,
Istilah yang lebih tepat untuk ‘bahasa sekerat ikan, sekerat belut’ ini ialah bahasa rancu. Bahasa rojak itu ciptaan pihak tertentu yang tidak pasti hendak memanggil bahasa yang bercampur-campur itu sebagai apa.
Ramai yang ‘tertampar’ apabila sdr JR menyuarakan pendapatnya. Kita dengan mudahnya melatah apabila ditegur demikian. Analoginya, kalau orang yang sudah tidak sedar diri seperti orang tengah histeria, takkanlah nak diberi kata-kata nasihat yang lunak-lunak sahaja. Lebih baik ditampar sahaja, barulah dia diam ataupun sedar diri.
Orang yang gemar mencampuradukkan bahasa memang wajarlah diperlakukan demikian supaya sedar langit itu tinggi ataupun rendah. Dalam ceramah-ceramah penulisan yang saya berikan aspek bahasa rancu ini amat saya tekankan. Kalau penulis tidak tahu menghormati bahasa - iaitu alat yang digunakankan dalam penulisannya - jadilah seperti kata pepatah, alang tukang kayu binasa…
Seperti yang Tuan Rastom katakan, di manakah adab seorang mu’addib?
Mestikah pihak yang menegur perkara yang benar ini harus berdaftar sebagai penulis UNIKA sahaja? Maaflah, kerana saya juga bukan penulis yang punya karya ataupun berdaftar di UNIKA.
Salam buat semua,
Rasanya saudara Faris berbicara dalam kontek menulis mengikut teknik surah Yusuf yang sifu uar-uarkan sebagai ‘mazhab penulisan PTS’.
Sesiapa yang pernah hadir kelas sifu pasti tahu teknik itu dan pantang larangnya.
Jadi atas sebab itu saudara Faris menulis begini.
“Di UnikaPTS ini kami mengharamkan penggunaan sebarang bahasa yang tidak sopan. Saya yakin saudara JR itu bukan sebahagian daripada penuntut atau mentee di UNIKA ini. Wallahu’alam.”
Kembali kepada topik bahasa rojak.
Bagi saya jika betul campuran bahan-bahan rojaknya… ia memang nikmat.
Jika rojaknya bercampur bahan-bahan yang basi, yang kotor, pasti membuatkan kita muntah.
Tetapi untuk tidak munafik, saya mengaku, saya juga ada menggunakan bahasa rojak.
Maaf.
Hehehe.
Saya menyokong Nisah Haron. Kenapa kita harus berdiam diri apabila orang menggunakan Bahasa SMS dan Bahasa Rojak secara berleluasa (di tempat atau keadaan yang tidak sepatutnya di dalam penulisan)?
Kenapa kita harus beri muka kepada pengguna-pengguna Bahasa Rojak (secara tidak terkawal) ini?
Maruah bangsa kita, Bahasa Melayu kita telah dipijak-pijak, langsung tidak dihormati oleh pengguna-pengguna Bahasa Rojak.
Kenapa harus beri muka kepada bangsa yang mengkhianati bahasa sendiri?
Oleh kerana terlalu ramai manusia yang bernama Melayu itu, merosakkan bahasa ibunda kita, maka orang beranggapan Bahasa Rojak itu perkara biasa. Sedarkah kita? Ya, kita (bukan kalian).
Mereka telah berulangkali melumur najis, memandang remeh kedudukan Bahasa Melayu kita. Tidak salah kalau kita melabelkan Bahasa Rojak itu sebagai Bahasa Najis.
Najis juga ada gunanya. Najis haiwan boleh diproses untuk menyuburkan tanaman. Tidak salah kalau kita memanggil Bahasa Rojak itu sebagai Bahasa Najis. Kerana ada orang yang menyuburkan budaya merojakkan bahasa kita (secara tidak terkawal) dalam penulisan mereka.
Najis itu adalah campuran pelbagai sisa toksik di dalam badan. Sesuatu yang kita tidak suka. Bahasa rojak itu adalah perkara yang kita tidak suka. Kita mahu buang, kalau boleh biar tidak wujud langsung dalam sejarah penggunaan bahasa kita. Oleh itu elok kita namakan saja Bahasa Rojak ini Bahasa Najis!
Sebab kita mahu lenyapkan pencemaran dan penghinaan terhadap Bahasa Melayu kita, seberapa segera yang boleh.
Semoga bangsa kita yang wujud pada hari ini, mungkin yang akan mati pada esok hari, sempat tersenyum, kerana sempat merasai Hari Tanpa Bahasa Rojak.
Mereka, pengguna Bahasa Rojak, tidak menghormati Bahasa Melayu yang menjadi bahasa keagungan bangsa kita. Maka kita perlu menegur mereka, memberitahu mereka, betapa buruknya mereka menggunakan Bahasa Najis itu.
Dalam percakapan sehari-hari, terpulanglah hendak berbahasa apa saja. Tetapi dalam penulisan dan dalam situasi formal, misalnya ketika berucap dalam majlis rasmi, WAJIB menggunakan bahasa Melayu BAKU atau yang diistilahkan Puan Ainon, Bahasa Melayu Tinggi.
Bahasa rancu memang jolokan yang paling tepat, menurut konsep BMT. Kalau menurut arwah Pak Asraf, bahasa belacan (bukan bermaksud merendahkan “belacannya”, ya).
Mereka yang berbahasa rancu ini, keliru terhadap jalan bahasanya. Mereka ini, entah sedar atau tidak, adalah pemerkosa bahasa ibunda. Pada saya, mereka ini perosak bahasa yang berdosa kepada bahasa bangsanya.
Saya sentiasa mengingatkan diri saya dan ingin pula mengingatkan saudara-saudara, PELAJARILAH BAHASA MELAYU BAKU SEUTUHNYA.
Sama ada sedar atau tidak, kadang kala (malah sering juga sebenarnya) sang pendokong bahasa turut tergelincir bahasa tulisannya lantaran tidak kukuh asas bahasa bakunya.
Post a comment