Friday, June 19, 2009

Bajet Promosi PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jabatan Marketing PTS mempunyai 6 orang pegawai dan bajet tahunannya sendiri.

Pengurusnya adalah Puan Norhazizam Abd. Rahman. Beliau berkuasa meluluskan perbelanjaan bagi semua aktiviti promosi yang dijalankan.

Fungsi jabatan marketing adalah mempromosi (i) brand 'PTS', (ii) produk-produk PTS, dan (iii) pengarang-pengarang PTS.

Kos promosi adalah mahal, oleh itu setiap perbelanjaan promosi dibuat dengan teliti bagi memastikan kos promosi itu dapat membantu Jabatan Sales meningkatkan pesanan daripada pengedar, pekedai dan kontraktor buku.

PTS kerap menerima surat-surat yang memohon PTS supaya menaja pelbagai event yang dianjurkan oleh parti politik, persatuan, sekolah, masjid dan jabatan kerajaan.

Tiap-tiap permohonan itu dinilai dari sudut ROInya (return of investment). Jabatan Marketing PTS mempunyai formula bagi mengira ROI setiap ringgit kos promosi yang dikeluarkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sektor Remaja Cina adalah Target Fiksyen Melayu Previous entry: PTS Membeli Satu Pintu Lagi Bangunan Baru
syahrul  on  06/20  at  11:38 AM

Promosikan PTS di Facebook. Highlightkan satu buku setiap hari (termasuk buku-buku lama).

Bagi penulis buku yang ada akaun FB, paparkan buku tulisan anda pada sidebar Facebook menggunakan aplikasi weRead.

http://www.syahrulnizam.com

Zamri Mohamad  on  06/20  at  01:42 PM

Tuan Syahrul,

Bagi penulis buku yang ada akaun FaceBook, paparan buku tulisan pada sidebar Facebook menggunakan aplikasi weRead sangat bergantung kepada senarai buku yang dimuatkan pihak PTS dalam Google Booksearch

Sebagai contoh, dalam Google Booksearch, PTS memasukkan tujuh daripada 11 buku saya, maka saya hanya boleh promosi 4 sahaja pada bahagian profil smile

ZAMRI MOHAMAD
http://www.motivasimindamu.blogspot.com

Zamri Mohamad  on  06/20  at  01:43 PM

Ralat: Tertinggal 4 daripada 11 yang tidak dapat saya promosikan raspberry

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: