Tuesday, October 30, 2007

Peraturan Tatabahasa Menggunakan “bakal” dan “akan”

Banyak penulis keliru tentang peraturan menggunakan perkataan "bakal" dan "akan". Perkataan "bakal" dan "akan" amat berbeza. Kita boleh menulis "bakal isteri" tetapi tidak boleh menulis "akan isteri".

Perkataan "bakal" merujuk pada "status".

a. Dia bakal tunang saya.
b. Dia tunang saya.
c. Dia bekas tunang saya.

Perkataan "akan" merujuk kepada "mode".
 
a. Dia belum berkahwin.
b. Dia akan berkahwin.
c. Dia sudah berkahwin.
 
"bakal" sentiasa diikuti oleh katanama:

bakal isteri (BETUL)
bakal tunang (BETUL)
bakal ayah mertua (BETUL)
bakal perdana menteri (BETUL)
bakal ketua pengarah (BETUL)

"akan" sentiasa diikuti oleh katakerja:

akan lahir (BETUL) = bakal lahir (SALAH)
akan berkahwin (BETUL) = bakal berkahwin (SALAH)
akan dinikahkan (BETUL) = bakal dinikahkan (SALAH)
akan berpisah (BETUL) = bakal berpisah (SALAH)
akan rujuk (BETUL) = bakal rujuk (SALAH)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Tatabahasa & Ejaan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komitmen PTS Mahu Menjadi Pemain Utama dalam Sektor Buku Remaja Previous entry: Dicari: Penterjemah Melayu-Iban dan Melayu-Kadazan
musadun  on  06/06  at  06:33 PM

contoh ayat,

dia bakal ke singspura.

dan

dia akan ke singapura.

mana satu yang betul??

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.