Monday, July 31, 2006

Bakat Begini yang Dicari!

Lamo do'oh dah ambo tak jumpa dengan Holmes. Ho la, lepas ambo nikoh tu gak, ambo ghaso sayup-sayup doh dengan dia. Buleh jadi sebab ambo ghaso sedap dok di ghumah dengan oghe tina ambo dan jugo doh sibuk kat ghumah, ambo jadi lagu tu, tapi Holmes ni pula dok bowa peghanga dia hok lamo tu, hok cagho oghe Bohemia tu laa, baso jenis oghe tak suka campo dengan oghe kampong.



Dia dudok ghumah lama di Jale Baker lagi, tapi dok peghabih maso baco buku, lepas tu dok cuba dok pelepas dari ketegih najis dadoh, tapi masih lagi dok berange-ange tinggi.Tapi dia masih dok beghehi kaji kes-kes jenayah, dok tolong polis selesai kes-kes beghat, ho'laa..hok polis tak gheti nak buat lagu mano doh tu.



Dengar cighito dia ada gi sampai ke puncok Odessa, sebab nak selesai kes bunuh Trepoff. Lepas tu ada juga denga kabar dia selesai kes nyayo adik-beradik Atkinson di Tricomalee, dan hok so lagi tu dia sampai buleh selesai kes Keluarga Raja Belando.




Terjemahan oleh Alang Bidara.






.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bakat Begini yang Dicari! Previous entry: Bakat Begini Dapat Digilap
Anonymous  on  07/31  at  07:54 AM

Seronok baca terjemahan saudara.
——-

Anonymous  on  07/31  at  08:09 AM

Saya sangat suka! Rasa jelira….

Roslili  on  07/31  at  08:18 AM

Tak puas pulak baca cerita Holmes ni, sambungklah lagi, sedap betul! Bujang tua ni hisap najis dadah rupa-rupanya, saya sangka dadah ni benda baru.

rastom  on  07/31  at  08:43 AM

hahaha! hok ni comey, negeghi sembile pula!

Web Sutera  on  07/31  at  09:34 AM

huk alahh…suma elok..ermm *sigh*

Kak Wan  on  07/31  at  09:52 AM

Kalau PTS terbitkan terjemahan Sherlock Holmes Kedah oleh En Rastom dan Sherlock Holmes Kelantan oleh En Alang, saya akan beli dua2nya!

Dr. Watson  on  08/01  at  05:47 AM

Saya dah baca Sherlock Holmes Kedah, Perak dan Kelantan, saya paling suka yang Kelantan, walaupun saya orang Kedah. Ayat “....sayup-sayup doh…” cukup indah bagi saya!

watson nyambek  on  08/01  at  11:56 PM

saya pula orang kelantan, tapi cukup suka dengan loghat kedah…..yang kadang kadang bunyi macam “sepoi-sepoi language”

Mbak Sumirah  on  08/02  at  01:54 AM

Saya Jawa tapi dah tak tahu nak terjemah ke dalam bahasa Jawa. Saya cadangkan terjemahan Sherlock Holmes dalam bahasa2 loghat boleh PTS terbitkan cara POD dan jual melalui kedai PTS on-line. Kita mesti selamatkan bahasa2 loghat dari pupus sebab bahasa adalah ciptaan Allah SWT, wajib kita pelihara. Saya tahu Puan Ainon pun Jawa, di Johor masih banyak Jawa, mereka boleh beli Sherlock Holmes Jawa.

rastom  on  08/02  at  04:25 AM

lho….bisa ngetop banget pak!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.