Thursday, March 01, 2012

Tip Survival Penterjemah: Bakat Menterjemah adalah Spesifik

Penterjemah yang bagus dapat hidup sepenuh masa dengan menggunakan bakat dan kemahirannya. Antara faktor paling penting dalam kejayaan sebagai penterjemah adalah:

1. Pilih genre yang sesuai dengan bakat

Apabila mahu menjadi penterjemah, pilih genre apa yang paling sesuai dengan bakat bahasa yang dimiliki.

a. Orang yang memiliki bakat bahasa sastera sesuai menterjemahkan karya-karya sastera.

b. Orang yang memiliki bakat bahasa teknikal sesuai menterjemah teks-teks teknikal.

c. Gaya bahasa buku-buku agama memerlukan bakat bahasa yang sesuai dengan teks agama.

d. Buku-buku motivasi juga memerlukan bakat bahasanya yang tersendiri.

2. Kuasai laras bahasa Melayu bagi genrenya

Ini dapat dilakukan dengan banyak membaca buku-buku dalam bahasa Melayu bagi genre yang berkenaan. Dengan banyak membaca barulah akan terakam jargon, istilah dan frasa-frasa dalam bidang itu dalam bahasa Melayu.

Membaca dalam bahasa Melayu adalah sangat kritikal peranannya kerana kita akan menterjemah ke dalam bahasa Melayu.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penterjemah: Isu Istilah Teknikal Previous entry: Tip Survival Penterjemah: Menguasai Genre Bahasa
Web Sutera  on  03/05  at  06:26 AM

Tanpa jemu saya menelaah entri berkaitan bahasa Melayu sebegini. Dengan pendekatan bahasa mudah, saya mudah pula memahaminya. Suatu ujana dan saranan yang tepat. Tidak dapat disangkal lagi. Saya dapat banyak ilmu bahasa Melayu melalui pembacaan, begitu juga bahasa Inggeris. Namun buku-buku pilihan mestilah tepat, bukannya buku sampah yang bersepah dalam pasaran. Tanpa banyak membaca, ya banyak buku, seseorang itu tidak boleh menulis dengan laras bahasa yang baik.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.