Tuesday, June 30, 2009

Buku Bagus tetapi Tidak Laku Keras

Buku-buku ini adalah buku-buku pengurusan, tetapi di sebuah outlet MPH, buku ini dipamerkan di rak buku-buku motivasi.

Kandungan 2 buah buku ini amat berguna bagi mereka yang mahu meningkatkan produktiviti, menjalin hubungan sekerja yang baik di tempat kerja, dan mahu cepat naik pangkat.

Pengarang buku-buku ini banyak merujuk kepada tip-tip yang ditulis oleh pakar-pakar bidang organizational behavior.

Namun jualan kedua-dua buku ini slowww....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(18) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Pengurusan Terbaru PTS Previous entry: Tip Survival Penerbit: Memilih Saiz Buku
 on  06/30  at  01:30 PM

Eh PTS eh..Buku ni memang bagus beli tahun lepas. Tapi buku Mempengaruhi Bos tu jangan bawa pejabat nanti bos tau. Buku so jujur dan paling tak disangka dicerita dari mulut pekerja sendiri. Tip-tip real dan islamik moden ade. Memang ‘real’ Kalau ada staf baru ke, wajibkan baca buku ni. Tapi MPH takde pun buku Konflik...Kut tak jumpa..

Syahrul nizam  on  07/01  at  09:57 AM

Tunggu kemunculan buku Seni dan Teknik Daya Pengaruh, Ogos ini!

umiazuddin  on  07/01  at  09:44 PM

Pada pendapat saya kulit muka depannya kurang sesuai bagi buku bertema organizationl behaviour mahupun pengurusan. Saya rasa golongan pembaca sasaran sudah terbiasa dengan kulit muka depan yang lebih “konservatif” bagi buku-buku sebegini. Contohnya kulit muka depan buku Pemimpin 360 darjah di entri atas.

Zamri Mohamad  on  07/01  at  11:41 PM

Assalam alaikum wbt

Saya merupakan penulis buku ini. Sehingga respon ini ditulis, rekod menunjukkan buku ini adalah salah satu buku yang berada di perpustakaan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Mudah-mudahan buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart dapat dibaca oleh kakitangan awam dan swasta. Buku ini kini boleh didapati di rak Perpustakaan MAMPU.

----

Setelah post mortem dibuat, benar kata Puan Umiazuddin konsep kulit buku masih memihak pada gaya tradisional bagi buku-buku pengurusan.

Gaya Dilbert masih belum mencuit hati pembaca. Konsep baru ini masih asing lagi gayanya. Saya akan terus membuat kajian kulit buku dan pada masa sama bekerjasama mencari elemen terbaik untuk paparan buku ini.

Tambahan lagi perkataan Streetsmart bermaksud belajar dari pengalaman orang lain masih asing kepada majoriti pembaca.

----

Buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart membawa kepada perbualan telefon sejam bersama seorang kontraktor dari Perlis yang mengurus anak-anak buahnya terdiri daripada pekerja tempatan dan luar.

Beliau menghubungi selepas membaca buku ini yang membincangkan kuasa F.I.T.R.AH (Lima elemen dalam pengaruh) apabila berurusan dengan orang bawahan dan rakan sejawat.

Panggilan telefon beliau mengukuhkan kepercayaan saya bahawa pendekatan Islami dan Barat dibawa bersama dalam memahami kuasa pengaruh sebagai alat kerja dan medium ibadah.

----

Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart adalah percubaan kecil untuk menjadi berbeza daripada buku-buku biasa. Saya terdorong menulis buku ini selepas dua soalan timbul dalam diri

1. Mengapa banyak buku membawa tokoh-tokoh besar bagi membincangkan kuasa pengaruh sedangkan ada pekerja-pekerja kecil yang mempunyai kuasa pengaruh dalam diam.

2. Mengapa masih kurang tafsiran tokoh Islam dibawakan dalam membincangkan subjek pengaruh dan moden.

-----

Kedua-dua buku ini ditulis membawa cerita pekerja kecil dengan kuasa pengaruh besar dan tidak ditolak pendekatan tokoh dan kajian.

----

Ditambah lagi pendedahan sembilan peraturan pengaruh melibatkan tingkah pekerja mempengaruhi bos selain daripada lima maklumat perlu diketahui sebelum mempengaruhi bos.

Kerana itu bab awal buku ini membawa cerita Puan Rosminah Ahmad yang bermula sebagai tukang sapu, pengelap lantai dan pencuci tingkap kini mengurus lima rangkaian francais antarabangsa.

Dari biasa menjadi luar biasa. Formula ini dibongkar.

Tidak dilupakan faktor kehambaan menjadi pemimpin dan dipimpin dihuraikan dalam buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart.

----

Buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart adalah kesinambungan buku pertama. Mereka yang mengurus konflik secara tidak langsung membina pengaruh. Kerana itu buku ini ditulis.

Bercerita mengenai pengaruh tidak terhad pada sebuah buku, kaitan kepada isu pengaruh dipanjangkan dalam buku ini. Masih banyak cerita perlu dibongkarkan.

Terdapat tiga cara konflik dapat dilihat oleh orang ramai.

Konflik sebagai perang
Konflik sebagai peluang
Konflik sebagai sebuah perjalanan

Kajian kami mendapati rata-rata percaya konflik di pejabat dan diluar pejabat hanya melibarkan satu jenis konflik

Hakikatnya terdapat 8 jenis konflik yang saling berkait satu sama lain.

Antara temuramah yang berjaya kami perolehi melibatkan beberapa individu termasuk Tuan Mazidul Akmal Sidik (360, TV3)

Hamilton Mabie berkata, “Jangan bimbang kepada penentangan (konflik). Ingatlah, layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin.”

Bagi mereka yang baru pertama kali mendengar dan melihat buku ini. Ia adalah satu buku inspirasi perubahan dan kelompok diri menjadi hamba Tuhan yang berkualiti dalam mengurus konflik dan membina pengaruh positif.

Seperti kata Cik Puan Mardiana, buku yang sesuai dijadikan hadiah sebagai simbol kita mahukan diri penerima mendapat impak yang baik untuk hidup mereka.

Nota: Buku ini boleh didapati di MPH dan Popular. Jika tiada boleh buat pesanan di kaunter pelanggan di MPH dan Popular.

ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com

 on  07/02  at  01:02 AM

Pada saya kulit buku tersebut bukanlah sebab buku ini kurang sambutannya. Kemeriahan judul-judul seperti ini yang memungkinkan kurang pendedahan kepada peminatnya yang wujudnya buku dalam bidang seperti ini.

Kalaulah kulit bukunya agak tradisional mungkin akan menimbulkan persepsi yang sebaliknya seperti

- buku terlalu berat untuk dihadam
- isi buku mungkin bukan idea yang original cuma ditiru daripada buku Bahasa Inggeris.
- terlalu akedemik isinya (buku teks untuk pelajar)
- disebabkan beberapa persepsi tersebut semakin kurang mereka yang mendekati buku seperti ini, walaupun isinya ringan dan santai.

Media cetak seperti suratkhabar & majalah memainkan peranan penting dalam mendedahkan judul seperti ini, begitu juga peranan internet. Media perlu mendedahkan apa kekayaan yang ada ada dalam buku tersebut. Ramai lagi yang tercari-cari judul seperti ini khususnya dalam Bahasa Melayu lebih-lebih lagi tidak terlalu bersandarkan konsep barat, masih tidak tahu kewujudan buku ini.

Kemampuan kedai buku untuk mempromosikan buku hanyalah bagi mereka yang datang ke kedai buku dan singgah ke bahagian di mana buku ini terletak. Buku ini pula tersusun di antara puluhan judul lain dalam kategori yang berlainan. Maka kebarangkalian untuk buku ini dibelek semakin nipis.

Kulit buku yang sedia ada pada saya menggambarkan yang buku tersebut adalah mesra pembaca dan mesra alam (isi dan persembahannya menarik, mudah dan segar).

Kenapa tidak keras sambutannya? Tidak ramai yang mengetahui, ini buku apa dan buku seperti ini ada rupanya.

Zamri Mohamad  on  07/02  at  01:38 AM

Tuan Ibnurabi,

Pencerahan yang diberikan oleh Tuan amat membantu dalam menganalisa perjalanan jualan buku ini.

Bersama-sama para penulis bersama, kami sedang mengenalpasti di mana lubuk-lubuk promosi media (online dan offline) yang bersesuaian dan terus menerus.

Buat pelayar UNIKA yang ingin mencadangkan di mana ia perlu dihebahkan secara online (forum dan web) atau offline mohon berkongsi dalam ruangan ini.

Seperti kata Tuan Ibnurabi, “Tidak ramai yang mengetahui, ini buku apa dan buku seperti ini ada rupanya,” ini adalah satu usaha kerja keras untuk kami mendedahkan bersama-sama dorongan dan promosi rakan-rakan UNIKA lain.

Terima kasih atas cadangan doa Tuan dan Puan.

Nota: Buku ini boleh didapati di MPH dan Popular serta kedai buku berdekatan. Jika tiada boleh buat pesanan di kaunter pelanggan di MPH dan Popular. Sesuai dijadikan buku hadiah.

ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com

Tengku Asmadi T. Mohamad  on  07/02  at  10:59 AM

Tuan Zamri,

Saya sendiri tidak terpanggil untuk membeli malah membelek buku ini.  Walhal ia ditulis oleh warga TAMRIN dan kenalan PTS sendiri.  Apabila isu ini ditimbulkan saya bertanya kepada diri sendiri kenapa hati tidak terpanggil oleh buku ini meskipun sering ternampak setiap kali ke MPH dan Popular Bookstore.  Jawapan saya ialah tentang persepsi.  Apabila melihat perkataan ‘streetsmart’ pada kulit buku itu secara spontan saya rasakan bahawa ia idea-idea murahan.  Ditambah pula dengan lukisan kartun diluarannya terus ia membatalkan hasrat saya untuk memegangnya.

Mungkin luahan pendapat yang saya berikan secara jujur ini dapat membantu Tuan Zamri dan pihak PTS mengeluarkan buku ini dengan rekabentuk yang baru.

Zamri Mohamad  on  07/02  at  04:54 PM

Terima kasih YM Dr Tengku Asmadi atas komentar yang diberikan.Ini adalah komen yang terbuka dan amat membantu kepada perkembangan siri ini pada masa akan datang.

Isu persepsi ini adalah perkara yang akan diambil perhatian besar dalam menstrukturkan semula kelahiran buku ini dalam wajah baru.

Insya Allah persepsi ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada orang lain yang mungkin berkongsi persepsi yang sama sebagaimana YM Dr Tengku.

Saya ucapkan terima kasih sekali lagi atas komen ini. Ya! Bedah siasat sedalam-dalamnya memberi laluan baru kepada siri buku ini.

--

ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com

Wan Norjihan  on  07/03  at  10:12 AM

Tuan Zamri,

Saya baru sahaja membeli buku ini kelmarin.  Tujuan saya adalah untuk buat kajian dari segi gaya penulisan tuan.  Err.. buku tentang cinta itu agak kurang menarik hati saya.  Saya sudah lama bekerja sendiri, tetapi manalah tahu, mungkin ada tips-tips yang boleh saya gunapakai untuk mempengaruhi klien.

Walaubagaimanapun, ingin saya nyatakan di sini bahawa perkataan ‘streetsmart’ sememangnya asing di Malaysia terutama kepada golongan ‘streetsmart’ itu sendiri.  Saya sendiri belajar istilah ‘streetsmart’ dari novel-novel John Grisham dan siri-siri siasatan jenayah di TV.  Dan isitilah ini diperkenalkan secara khusus dalam siri The Apprentice (Booksmart vs Streetsmart) - Donald Trump.

Cadangan saya, perlu ada artikel-artikel samada di media persuratan atau elektronik yang memperkenalkan perkataan ‘streetsmart’ secara khusus.

InsyaAllah saya akan baca dan tulis ulasan saya tentang buku ini dalam blog saya di http://www.norjihan.net (sekarang ini sedang baca The Appeal- John Grisham dan Fikir dan Zikir - Prof. Dr. Sidek Baba).

Wan Norjihan binti Wan Abdullah
http://www.norjihan.net

Zamri Mohamad  on  07/03  at  10:29 AM

Benar Puan, istilah streetsmart perlukan ruang untuk diulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan dan kedengaran ‘seksi’ oleh pembaca.

Jika ia kedengaran asing, ia tidak akan mencetuskan rasa teruja pada mereka yang mendengar dan membacanya. Boleh jadi perkataan ini terlalu urban sifatnya.

Kualiti ilustrasi komik akan dipertingkatkan dari segi idea. Idea ini adalah adaptasi Dilbert dan Andrew Matthews

Bagi mereka yang tidak biasa dengan ilustrasi biasanya kurang selesa dengan paparan seperti ini melainkan mereka terbiasa dan cenderung pada karya Andrew Matthews seperti Being Happy, Making Friends, Get Faxed! Follow Your Heart dan kartun Dilbert oleh Scott Adams.

Salah satu buku pengurusan dalam bentuk komik pengurusan Dilbert berjudul The Dilbert Principle: A Cubicle’s-Eye View of Bosses, Meetings, Management Fads & Other Workplace Afflictions terbitan 1997.

Buku Dilbert pertama kali saya miliki 10 tahun selepas ia diterbitkan dan mencetuskan idea pada saya untuk bereksperimen dengan cara ini bersama-sama rakan penerbit, PTS Millennia.

Konsep ini masih kelihatan asing di kalangan pembaca tempatan, tetapi ia tidak mustahil dapat diusahakan sehingga kita mendapat formula yang tepat.

Insya Allah kita akan berusaha ke arah pembaikan kualiti, moga-moga dengan izin Allah majoriti dapat menerimanya. Doa Puan dan rakan-rakan menjadi pendorong besar kepada kejayaan karya streetsmart.

Terima kasih.

Nota: Buku ini boleh didapati di MPH dan Popular serta kedai buku berdekatan. Jika tiada boleh buat pesanan di kaunter pelanggan di MPH dan Popular. Sesuai dijadikan buku hadiah.

ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com

 on  07/05  at  01:12 AM

Assalamualaikum W.B.T.

Istilah ‘Streetsmart’, ‘Booksmart’ atau apa sahaja yang ‘smart’ lagi, mengapa tidak penulis buku tersebut (En.Zamri Mohamad) mencipta istilahnya dalam bahasa Melayu bagi menggantikan istilah yand ada itu?

Istilah ‘Streetsmart’ agak janggal di Malaysia. Mungkin penulis buku genre ini boleh memikirkan untuk mencipta istilah dalam bahasa Melayu yang dekat di hati masyarakat Malaysia.

Ini hanya cadangan daripada saya. Semoga berjaya!

 on  07/05  at  06:53 PM

Sdr. Zamri,

Saya masih keliru dengan maksud streetsmart. Adakah ia hanya bermaksud belajar dr pengalaman org lain? Bagaimana pula dgn pengalaman sendiri? Adakah itu bkn streetsmart?

“Buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart membawa kepada perbualan telefon sejam bersama seorang kontraktor dari Perlis yang mengurus anak-anak buahnya terdiri daripada pekerja tempatan dan luar.”

So? Apa isi perbualan telefon itu? Positif @ negatif? Buku ini membantu kotraktor itu @ tidak?

“Panggilan telefon beliau mengukuhkan kepercayaan saya bahawa pendekatan Islami dan Barat dibawa bersama dalam memahami kuasa pengaruh sebagai alat kerja dan medium ibadah.”

Maaf. Saya masih tak faham ayat ini walau dibaca berulang-ulang kali. Macam ada perkataan yg tertinggal.

Saya juga tidak pasti adakah buku ini mmg sesuai dijadikan buku hadiah. Dgn tajuk yg begitu, jika ada org yg menghadiahkan kpd saya, seolah-olah memberi persepsi:
1. Saya tak pandai pengaruh bos
2. Saya tak pandai urus konflik

Maaf. Saya sendiri akan fikir 2, 3 kali sblm hadiahkan buku ini kpd org lain. Lebih pelik lagi jika hadiah kpd staf baru. Seolah-olah kita bagi isyarat - jom kita sama-sama pengaruh bos kita.

Zamri Mohamad  on  07/05  at  08:20 PM

Assalam alaikum wbt

Terima kasih kepada Cik Puan Ainol Kusyairi atas sudut pandang yang diberikan.

Tuan Azizi yang dihormati dan dirahmati Allah,

Streetsmart bermaksud belajar daripada pengalaman hidup.

Tidak kira sama ada pengalaman diri atau pun orang lain.

Isi perbualan dengan kontraktor itu lebih kepada dapatan positif. Maklumbalas beliau menggalakkan saya dan rakan-rakan penulis menulis lagi sebuah buku berkaitan penekanan konsep pengurusan secara Islami selain daripada pendekatan Barat seperti yang sedia ada dalam pasaran.

----

Tuan Azizi, saya mohon maaf kerana tuan tidak dapat memahami teks tersebut. Mohon rujuk pada perenggan sebelum ini sebagai jawapan.

----

Persepsi adalah sesuatu yang bersifat terbuka dan sangat dipengaruhi oleh definisi, cara dan pengalaman hidup.

Yakni satu benda dapat ditafsir dalam pelbagai keadaan bergantung kepada cara kita mencipta worldview atau Weltanschauung.

Dengan izin Allah, persepsi tuan bakal berubah selepas membaca prakata pada buku ini dan teori Fitrah yang dimuatkan dalam buku itu.

Kita mempunyai pandangan berbeza pada sesuatu kerana satu perkara. Ada orang melihat gelas setengah berisi dan ada orang melihat gelas setengah kosong walhal ia gelas yang sama (ayat ini mengingatkan saya kepada buku Tuan Parlindungan Marpaung).

Sekali lagi ia merujuk pada jenis worldview yang kita pilih.

---

Terima kasih atas kesudian tuan memberikan pandangan, setiap pandangan amat dihargai dan diberi perhatian.

ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com

 on  07/07  at  02:52 AM

Assalamualaikum W.B.T.

Harap maklum kepada En.Zamri Mohamad. Saya bukan Cik Puan atau Cik! Saya adalah Encik! Sekiranya En.Zamri tidak tahu samada nama seseorang itu adalah nama bagi lelaki atau perempuan, lebih baik tidak disebutkan encik,puan atau sebagainya, memadai dengan menyebut namanya sahaja.
Berhati-hati sebelum melakukan sesuatu. Harap maklum.

 on  07/07  at  06:21 AM

Oh, mohon maaf Tuan saya tidak tahu. Maklumlah siber, nama itu adakalanya mengelirukan. Jika Tuan ada pautan blog pada nama mungkin saya akan semak pada blog Tuan terlebih dahulu.

Apabila saya sebut nama sahaja bimbang kurang beradab pula (meskipun saya diajar di kampus menulis nama sahaja dalam laporan berita) tambahan lagi jika Tuan lebih senior daripada saya.

Hmm dalam berhati-hati pun terlepas juga ya. Benarlah rupa-rupanya kata-kata, “Manusia tidak terlepas daripada kesilapan.”

smile

 on  07/07  at  07:52 AM

Di Indonesia, nama ‘Ainon’ digunakan oleh lelaki, seperti nama sasterawan Islami terkenal ‘Ainon Najib MH’....

Pak Cik Kayo  on  07/08  at  09:43 PM

Ternyata Pak Cik selalu benar bila Pak Cik berleter fasal masalah bahasa Melayu yang asal Jawinya dirumikan. Ainon, Ainol, Ainoul dan sebagainya akan lebih jelas jantinanya jika di tulis Arab/Jawi. Sekian leteran Pak Cik yang ringkas ini.

 on  07/09  at  06:31 PM

Pakcik Kayo,

Soal tulisan jawi atau rumi untuk menentukan jantina nama seseorang adalah tidak tepat. Ternyata Pakcik berleter banyak yang salah dan tidak benar.

Dalam bahasa Arab sendiri perkataan Ainon atau Ainol yang berasal dari kata nama dasarnya ialah Al Ain (malah ertinya juga melebihi dari 20 makna) yang membawa gender lelaki atau perempuan mengikut penggunaannya. Tidak ada perkataan Al Ain dari huruf mulanya hamzah tetapi mulanya adalah huruf Ain sahaja. Soalnya, adakah perbezaan huruf mula itu dapat kita membezakan jantinanya?Malah adakalanya di akhir huruf hah marbutah seperti nama Hamzah adalah untuk gender lelaki, sedangkan kebanyakkan Hah marbutah di belakang huruf adalah untuk perempuan. Adakah pakcik kayo dapat membezakan nama Syams yang ditulis jawi adalah jantinanya lelaki atau perempuan?

Pakcik Kayo, bukan soal tulisan jawi atau rumi yang menentukan gender atau jantina nama tetapi dari penggunaannya. Itu baru nama dari bahasa Arab, belum lagi nama yang berasal dari bahasa yang lain seperti nama Phanom atau Alan. Adakah dengan menulis jawi nama Phanom atau Alan itu, Pak Cik Kayo yang kuat berleter ini dapat membezakan samada Phanom/ Alan itu untuk lelaki atau perempuan?

Memang tidak dinafikan apabila bahasa Arab dirumikan akan tersalah sebutan makhrajnya malah maknanya. Sekalipun bagi sesetengah orang yang tersalah sebutan atau maknanya, ini tidak menjadi asas untuk membezakan gender sesuatu perkataan. Imam Nahu Arab yang terkenal iaitu Sibawaih berkata, “Perbezaan jantina perkataan adalah berdasarkan penggunaannya”. Begitu juga ahli bahasa Arab yang lain seperi Abu Aswad Duwali berkata, “Jantina perkataan adalah berdasarkan fahaman bahasa bangsa tersebut kerana bahasa itu asalnya adalah tidak bertulis.” Jelas disini, tulisan jawi atau rumi bukanlah faktor untuk menjelaskan jantina sesuatu nama atau perkataan. Perkataan Ainol atau Ainon jika ditulis Arab atau jawi sekalipun, orang seprti pakcik kayo tetap tidak dapat membezakan jantinanya juga kecuali mengetahui penggunaan nama itu untuk apa dan siapa. Bukan salah jawi atau rumi tetapi salah faham orang yang tidak memahami. Harap Maklum, Pakcik Kayo.

Terima kasih.

Nota: Saya tidak suka berleter. Saya memberi penjelasan dan fakta. Kayo! Kayo!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: