Friday, January 18, 2008

Balas Dendam dalam Karya

"Puan, saya ada perkara hendak bercerita sedikit," kata lelaki itu kepada saya.

Seperti biasa, saya akan respon dengan berkata, "Berkenaan dengan perkara apa itu?"

"Puan sudah baca novel bertajuk Puncak?" kata lelaki itu.

"Belum," jawab saya. "Terbitan siapa?"

"Terbitan Dewan. Menang sagu hati dalam peraduan," jawabnya.

Lalu lelaki itu menerangkan novel itu ditulis oleh seorang yang selama 11 tahun adalah sahabat baiknya sendiri di tempat kerjanya. Novel itu menceritakan politik pejabat di sebuah jabatan kerajaan di mana lelaki itu dan si penulis berkhidmat, dengan semua watak-watak dalam novel itu adalah watak benar yang nama-nama mereka sahaja ditukar. Jadi novel itu mengejutkan banyak pihak dan menjadi topik hangat di jabatan tersebut.

"Novel itu memfitnah saya. Watak saya digambarkan sebagai seorang yang sanggup menikam dari belakang kawan sendiri, seorang kaki ampu bos, dan saya tidak layak menduduki jawatan saya sekarang. Pada pendapat puan, apa patut saya buat?" tanya lelaki itu.

Saya jawab, "Jangan buat apa-apa terhadap penulis itu. Terus bekerja kuat macam biasa. Jangan jadi macam orang botak yang menyikat rambutnya ke atas kawasan botaknya. Makin dia cuba tutup kepalanya yang botak, makin orang nampak botaknya." 

Saya pandang mata lelaki itu. Dia angguk-angguk kecil. 

Apabila kita difitnah, biar orang-orang lain yang membela kita dan menafikan fitnah itu. Kata-kata mereka lebih kredibel daripada kata-kata kita sendiri. Dalam dunia ini jumlah orang-orang yang fair-minded adalah lebih banyak daripada jumlah mereka yang unfair-minded. Sebagaimana si penulis itu menilai orang lain, orang-orang lain pun menilai dia juga.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Nasib Penulis
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Checklist Teknik Surah Yusuf Previous entry: 30 Orang
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/19  at  07:25 AM

erm.. saya rasa mesti kehidupan dia agak perit sedikit lepas ni..

sebab terpaksa memikul tohmahan orang lain..

nak buat apa-apa pun jadi serba tak kena.. huhuhu..

Panaharjuna  on  01/19  at  11:15 AM

Salam,

Hanya jauhari yang mengenal manikam

Sangat benar sekali kata puan itu.

MBA  on  01/19  at  11:36 AM

Apabila membaca entri ini, saya jadi tertarik untuk membaca novel puncak. Ia adalah iklan secara tidak langsung yang amat berkesan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: