Wednesday, August 29, 2007

Belajar Menulis Cerita

Apabila saudara membeli buku-buku self-improvement, cuba perhatikan, bukankah bagi setiap prinsip dan teknik yang diyerangkan dalam buku-buku itu, akan ada cerita yang digunakan bagi memperjelaskan lagi apa yang dimaksudkan oleh pengarang?

Bagi setiap prinsip ataupun teknik, akan diberikan 1 cerita.

Buku-buku motivasi Melayu perlu meniru buku-buku Inggeris itu kerana cerita-cerita itu membantu pembaca faham dengan lebih mudah apa yang cuba diterangkan oleh pengarang.

Menyampaikan ilmu menggunakan cerita adalah method Quran dan method Nabi Muhammad. Dalam Quran terdapat banyak cerita. Dalam hadis pun terdapat banyak cerita.

Mari belajar menulis cerita. Mari gunakan cerita sebagai alat memandaikan bangsa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat PTS: Amanah dalam Perlembagaan Malaysia Previous entry: Tip Survival Penerbit: Formula Menetapkan Harga Jualan Buku
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/30  at  11:00 AM

Salam Puan,

Memang benar cerita dalam buku motivasi memberikan kesan lebih mendalam kepada perkara yang dibincangkan.

Beberapa bulan yang lepas saya membeli sebuah buku motivasi. Menurut pekerja di Popular yang membantu saya memilih buku itu, buku-buku pengarang itu (semuanya buku motivasi), selalunya memenuhi hampir dua para rak buku di Popular Seremban 2. Beliau adalah salah seorang pengarang buku motivasi yang ramai peminatnya. Saya dapati buku-buku beliau amat menarik kerana dipenuhi cerita. Tajuknya juga amat menarik.

Memberi motivasi dengan cara bercerita juga mengelakkan pembaca merasa seperti dileteri apabila membacanya.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.