Wednesday, March 12, 2008

Lagi Cerita Tender Buku di BTP

Seorang kontraktor buku Bumiputera yang kecewa kerana tidak dapat tender membekalkan buku-buku PTS yang disubmitnya bagi projek pembelian oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) tahun 2007 memberitahu Sifu bagaimana PTS patut belajar daripada "Penerbit M&C" yang banyak judul "buku ayam"-nya dipilih oleh BTP.

Menurut kontraktor itu lagi, "Penerbit M&C" hanya perlu membuat beberapa biji naskhah P-O-D (publishing-on-demand) sahaja. Kemudian sampel P-O-D itu disubmitkan kepada pegawai BTP yang memilih judul-judul untuk pembelian. 

Tidak perlulah buku-buku untuk tender BTP itu betul-betul diterbitkan dalam erti kata yang sebenar, yakni dicetak beribu-ribu naskhah dan diedarkan ke dalam pasaran, dan betul-betul dijual di kedai-kedai buku. Begitulah nasihat kontraktor itu kepada Sifu.

Nampaknya, jika betul seperti apa yang dikatakan oleh kontraktor itu, bahawa pegawai-pegawai BTP dibolehkan menerima buku dalam bentuk P-O-D sahaja, dasar ini tidak berguna bagi tujuan membangunkan industri buku di negara ini.

Dengan menerima sampel P-O-D sahaja, ini bermakna kedai-kedai buku tidak akan mendapat bekalan judul-judul buku baru untuk dijual kepada orang ramai. 

Hmm... Patutlah banyak judul buku yang dibekalkan ke sekolah-sekolah tidak ada dijual di kedai-kedai buku. Rupa-rupanya BTP cukup dengan menengok sampel P-O-D sahaja dari "Penerbit M&C".

Masa untuk berubah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lagi Cerita Bagaimana BTP Ditipu Kontraktor MMK Previous entry: Pusat Perkembangan Kurikulum dan Cerita KOMSAS di Balik Tabir
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/22  at  11:20 PM

buku novel dan umum

shajehan 019 2581951

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: