Belajar Tampil ke Depan dan Buat Pembentangan Impresif
Kemahiran menyampaikan presentation adalah salah satu kemahiran penting supaya dapat cepat naik pangkat, ataupun supaya berjaya mendapatkan bisnes.
Sebagai contoh, dari waktu ke waktu, pengurus-pengurus PTS dikehendaki oleh rangkaian supermarket buku seperti MPH dan POPULAR supaya membuat presentation di depan pasukan pengurusan tertinggi rangkaian itu bagi tujuan:
(i) Menerangkan program penerbitan masa depan PTS supaya mereka faham jenis-jenis produk terbaru yang akan diterbitkan.
(ii) Menerangkan strategi bisnes di sebalik program penerbitan PTS itu supaya mereka dapat memahaminya dan memberikan feedback serta sokongan dari sudut promosi dalam kedai.
Banyak orang percaya, siapa yang paling kuat bekerja maka dia akan naik pangkat. Tidak, kuat bekerja sahaja tidak cukup. Supaya naik pangkat, kita perlu kuat bekerja dan juga pandai melaksanakan pelbagai tugas-tugas lain, antaranya tugas menyampaikan pembentangan.
Mengapakah pembentangan penting bagi kenaikan pangkat?
Sebab pada waktu saudara berdiri di depan menyampaikan pembentangan itulah bos-bos saudara dapat menyaksikan sendiri dengan mata kepala mereka bakat-bakat dan pelbagai kemahiran yang saudara miliki, yang melayakkan saudara dipertimbangkan bagi dinaikkan pangkat apabila ada kekosongan.
Justeru, ambil berat tentang tugas membuat persembahan. Malah, cuba dapatkan peluang menjadi penyampai persembahan. Ia adalah peluang keemasan bagi mempromosi diri, bakat dan kemahiran-kemahiran yang saudara miliki.
Nota Sifu: Buku jenis ini sesuai dijadikan alat pembuka pintu pasaran training sektor korporat. Kemahiran ini amat dipentingkan dalam dunia swasta.
Saya tidak tahu apakah sudah ada trainer Melayu yang specialise modul ini. Bangunkan modulnya dan mula perkenalkan pakej trainingnya. Hadiahkan senaskhah buku ini kepada training-manager.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

YTH Puanku Sifu,
Memang ini peluang untuk menonjolkan bakat. Apalagi jika para bos itu orang yang terbuka minda dan mesra bakat baru. Sebaliknya, kehebatan presentation itu pula jika ditontoni oleh bos (jenis bodoh) yang sentiasa merasa terancam, maka mudahlah dikenalpasti anasir anasir yang bakal mengancam kedudukannya. Harap maaf jika respon ini terlalu negatif, kerana itulah yang saya pernah lalui.
Namun sebaliknya, semasa bekerja dengan pihak swasta, memang bakat keyakinan menyampaikan sesuatu seperti misi dan visi syarikat amat dihargai dan penghargaan daripada mantan bos saya akan kekal menjadi kenangan.
Post a comment