Mengapa Jualan Buku Remaja Lelaki Tidak Selaju Buku Remaja Perempuan
Jika kita ke sesetengah kedai buku POPULAR sebagai contoh, pada masa ini sudah mula ada rak khas untuk buku-buku 'remaja', tetapi belum dipisahkan antara rak 'remaja perempuan' dan rak 'remaja lelaki'.
Di seksyen buku kanak-kanak pun begitu juga. Tidak ada rak khas untuk buku-buku kanak-kanak perempuan, dan rak khusus untuk buku-buku kanak-kanak lelaki.
Faktor yang menyebabkan situasi ini adalah jumlah buku-buku untuk remaja lelaki tidak cukup banyak bagi membolehkan kedai buka memberikan rak khusus, akibatnya buku-buku untuk remaja lelaki dicampurkan dengan buku-buku untuk remaja perempuan.
Yang menjadi isu, remaja lelaki tidak mahu mendekati rak buku yang majoriti bukunya adalah buku remaja perempuan. Jadi, mereka tidak tahu di rak itu ada buku-buku yang menarik untuk mereka.
Selagi jumlah judul buku remaja lelaki tidak cukup banyak, selagi itu kedai-kedai buku tidak akan memberikan rak khusus, selagi itu jualan buku-buku remaja lelaki lebih perlahan daripada jualan buku-buku remaja perempuan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment