Belum Puasa Sudah Siap-siap Hendak Berhari Raya
Siri ini terbit sengaja diterbitkan awal sempena menjelangnya musim Hari Raya akan datang.Penerbit serupa sahaja dengan pembikin barang-barang konsumer lain. Lama sebelum tiba musim Hari Raya, barang-barang itu perlu sudah disiapkan, supaya dapat dihantar kepada pengedar di seluruh negara.
Pengalaman PTS pada tahun-tahun lalu menunjukkan, apabila tiba musim Hari Raya, buku-buku bacaan kanak-kanak dan remaja melambung jualannya.
Jualan itu meningkat disebabkan banyak keluarga membeli buku cerita untuk bacaan anak-anak dalam perjalanan yang mengambil waktu lama, baik dalam kereta, bas ataupun kereta api.
Kakak-kakak dan abang-abang yang pulang bercuti raya membeli buku untuk adik-adik mereka sebagai cara memberi mereka motivasi supaya suka membaca dan belajar.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
Sejak tahun lepas saya sudah mempraktikkan pemberian duit raya dalam bentuk buku. Buku boleh diulang-ulang membacanya. Ilmunya makin digunakan, semakin bertambah nilainya.
Anak-anak saudara saya gelap mata apabila saya longgokkan buku-buku untuk dipilih. Saya berikan ikut sistem siapa cepat dia pilih dahulu.
Saya juga dapati tidak timbul isu membanding-bandingkan jumlah duit raya yang saya beri dengan yang diberi oleh ibu atau bapa saudara mereka yang lain. Oleh itu tahun ini saya bercadang hendak berbuat begitu juga.
——-
Post a comment