Nabi Muhammad dan BOS: Formula Menang dalam Pasaran
BOS (Blue Ocean Strategy) dan ROS (Red Ocean Strategy) adalah konsep pengurusan yang sedang diperkenalkan kepada kakitangan peringkat pengurusan kerajaan. Untuk mengetahui konsep asas di sebalik BOS dan ROS Baca di sini.
Nampaknya buku BOS ini sudah jadi semacam "kitab" wajib-baca di kalangan pentadbir kerajaan, dengan andaian, kononnya, kalau kita tidak mengurus organisasi menggunakan strategi BOS, maka kita pasti dikalahkan oleh para pesaing.
Buku BOS mengatakan, jangan bersaing dalam pasaran yang sudah banyak persaingan. Sebaliknya, masuki pasaran-pasaran baru dengan mencipta produk-produk baru.
Memikirkan kembali persoalan BOS dan ROS... bukankah sebagai bisnesman, Nabi Muhammad tidak mencipta produk-produk baru, ertinya beliau tidak melarikan diri daripada berdepan dengan para pesaing.
Sebagai seorang trader, beliau berdagang produk-produk 'tradisional', yakni produk-produk yang buat sekian lamanya memang diperlukan oleh pelanggan. Beliau menjual barang-barang keperluan asas. Ertinya beliau berniaga dalam pasaran ROS.
Beliau juga seorang eksporter.
Bisnes beliau maju bukan disebabkan beliau menjual produk yang tidak dijual oleh para pesaing (BOS), sebaliknya disebabkan beliau mengamalkan etika bisnes yang tiada cacat celanya dalam pasaran ROS.
Bagi mencontohi Nabi Muhammad lakukan strategi berikut:
(1) Belajar kemahiran trading, yakni berjual-beli. Kalau kita ada produk yang bagus sekalipun kualitinya, jika kita tidak mempunyai kemahiran trading, produk itu tidak dapat dijual. Dan bukankah ini isu kritikal di kalangan para pengeluar Melayu? Mereka mempunyai produk-produk yang baik tetapi gagal dijual.
(2) Jangan sibuk hendak lari daripada para pesaing. Nabi Muhammad tidak mencipta produk baru yang unik, yang orang lain belum pernah jual.
(3) Jangan sibuk hendak bersaing. Nabi Muhammad tidak berniaga dengan mengamalkan falsafah "kalahkan pesaing anda".
(3) Masuklah sahaja ke dalam pasaran tradisional. Pasaran tradisional adalah pasaran yang berisiko rendah.
(4) Amalkan etika bisnes yang tiada cacat celanya. Inilah rahsia bisnes Nabi Muhammad.
Nota: Menjual bahan bacaan, seperti buku, adalah sektor amat tradisional!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

KSN patut diberikan satu taklimat untuk menyedarkan beliau bahawa Perkhidmatan Awam BUKAN badan perniagaan atau dagangan. BOS/ROS tidak ada kena mengena dengan kerja memberi khidmat kepada orangramai.
Hendak bersaing dengan siapa?
Halatuju Perkhidmatan Awam sudah jauh tersasar sejak Mahathir mulai projek pengswastaannya - sehingga wujud unit unit haram di dalam jabatan jabatan yang mengaut untung (aliran wang ke dalam saku pribadi bukan ke dalam Perbendaharaan).
Kes DBP yang dikatakan mandul ada kaitan dengan penyakit ini.
Segala projek untuk menaikkan mutu khidmat akhirnya menguntungkan pihak lain seperti membuat banner Q, sepanduk, tukar logo, penjenamaan semula dan bermacam macam lagi pembaziran.
Saya berpendapat segala kursus BOS/ROS yang diberikan kepada elit Pengurusan Kerajaan adalah satu kerja membazir - output belum nampak tetapi dewan dewan hotel lima bintang sudah ditempah untuk tujuan itu.
Hampeh!
Salam Puan Ainon & Sdr Rastom.
Sungguh tajam dan tepat pandangan anda berdua, ibarat anak panah yang menusuk ke “bull’s eye”. Saya sendiri pun kurang faham kenapa teori BOS ini begitu digembar-gemburkan dalam sektor kerajaan. Kadar relevannya dengan perkhidmatan awam, kalaupun ada yang terkena, paling tinggi mungkin sekadar lingkungan 5-10% sahaja.
Post a comment