Berbaloikah Event ‘Author Appearence’?

Rangkaian kedai buku MPH adalah kedai buku yang paling aktif mengadakan pelbagai aktiviti dengan pengarang-pengarang tempatan bagi tujuan mempromosi kedai-kedainya. Rangkaian POPULAR juga sudah ikut mengadakan aktiviti serupa itu.
Aktiviti yang paling lazim adalah 'author appearence' dan sesi tandatangan.
Apabila kedai-kedai buku mengadakan aktiviti promosi pengarang dan karyanya, PTS memberi komitmen dengan menghantar pengarang-pengarangnya supaya ikut sama memeriahkan sesi itu.
PTS tidak membayar sebarang elaun kepada penulis yang hadir dalam aktiviti promosi.
Adakah berbaloi bagi PTS dan bagi pengarang yang ikut serta dalam aktiviti promosi dalam kedai-kedai buku itu? Dan banyakkah buku yang terjual hasil daripada aktiviti itu?
Data dari Jabatan Sales PTS menunjukkan jumlah jualan buku pengarang pada majlis-majlis promosi dalam kedai tidak dapat menutup kos yang ditanggung, baik oleh PTS mahupun oleh pengarang.
Namun, matlamat PTS menampilkan pengarang-pengarangnya dalam majlis-majlis itu bukanlah bagi mendapatkan jualan yang banyak pada majlis itu. Matlamat PTS adalah memberikan kerjasama kepada pengurusan kedai supaya kedai-kedai itu menjadi popular dan pengunjungnya meningkat. Apabila pengunjung meningkat, maka jualan buku-buku PTS akan meningkat.
NOTA: Foto di atas menunjukkan Puan Ainin Naufal yang terkenal dengan novel remaja siri Melah Melia sedang menerangkan karyanya kepada pengunjung di dalam kedai MPH suatu waktu dahulu. Di sebelah kanan foto adalah Cik Siti Norfadila, Eksekutif Marketing PTS yang bertanggungjawab mengurus events PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Berbaloi juga sbg promosi penulis buku (yang jarang2 dikenali pembaca dan jarang2 mendapat peluang bertemu peminat) di samping mempromosi eksekutif marketing PTS.
Post a comment