Thursday, April 17, 2008

Berbual-bual dengan Tuan Azari Tentang Trend Jualan Buku-buku Agama PTS

Tuan Azari adalah salah seorang pegawai jualan dan khidmat pelanggan PTS. Sebelum menjadi anggota Tim PTS, beliau berkhidmat dengan penerbit Telaga Biru.

Selain sentiasa memakai kopiah, beliau bertahun-tahun memakai pacer. Awal tahun ini doktor-doktor di Hospital HUKM berjaya mencabut pacer jantung beliau.

Disebabkan beliau mempunyai muka ustaz, maka beliau ditugaskan mengedarkan buku-buku agama PTS kepada semua pengedar dan kedai-kedai buku agama di seluruh Malaysia. 

Sewaktu beliau mula-mula menjalankan tugasnya, jiwa beliau kerap tidak aman kerana rata-rata pekedai buku agama tidak setuju dengan pakejing buku-buku agama PTS yang kebanyakannya tidak memasukkan teks Arab, tidak menuliskan huruf "SAW", serta menggantikan perkataan Arab dengan perkataan Melayu moden. Malah ada pekedai-pekedai yang mengugut akan memboikot buku-buku agama PTS.

Beliau mengadukan kesusahan yang beliau alami itu kepada jabatan editorial dengan tujuan meminta nasihat apa yang sebaiknya beliau terangkan bagi memujuk pekedai-pekedai itu supaya mahu menerima buku-buku agama PTS. 

Tuan Faris, pengurus PTS Islamika, mencadangkan beliau memberitahu para pekedai itu bahawa buku-buku Tuan Guru Abd. Hadi Awang pun setuju dengan pakejing PTS itu. Apabila beliau katakan begitu kepada pekedai-pekedai itu, mereka bertambah marah kepada PTS!

Itu cerita 2 tahun dahulu. Mengikut Tuan Azari, keadaan sudah sangat berubah sekarang. Kedai-kedai buku agama tradisional yang dahulu tidak mahu menjual buku-buku agama PTS kini malah sudah mahu mempamerkan novel-novel PTS dalam kedai mereka kerana mereka yakin novel-novel PTS adalah syariah-compliant.

Menurut beliau lagi, ada sebuah pengedar kitab agama Mamak di Chow Kit. Mamak itu membekalkan buku-buku agama kepada para penjual buku di pasar-pasar malam dan mereka yang menjual buku dengan membuka meja pameran dari tempat ke tempat.

Mula-mula pengedar itu hanya membeli buku-buku agama PTS tidak sampai RM1 ribu nilai buku sebulan. Tetapi dalam masa 8 bulan sahaja, yakni semenjak bulan puasa yang lepas, pembelian beliau sekarang sudah naik antara RM11 ribu hingga RM13 ribu sebulan.

Ini semua adalah bukti bahawa inovasi pakejing buku-buku agama yang dieksperimen oleh PTS mula diterima oleh pembeli dan pembaca. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Corat-Coret Pesta Buku: Rezeki Apabila Mengamalkan Strategi Bisnes Kawan-Tolong-Kawan Previous entry: Surat Pilihan: Masjid al-Istifar, Singapura
Web Sutera  on  04/17  at  02:28 PM

Assalamualaikum,

Saya setuju!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: