Tuesday, February 02, 2010

Berjuang Menjadi Budak Besar dalam Sektor Novel Cinta Islami

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apabila dibandingkan dengan jualan novel-novel cinta popular, maka jualan novel-novel cinta Islami adalah kecil.

Risikan pasaran yang dilakukan oleh PTS mendapati jumlah cetakan pertama novel-novel cinta popular terbitan syarikat yang terkenal adalah antara 15,000 - 30,000 naskhah. 

Manakala cetakan novel cinta Islami PTS andalah antara 3,000 - 5,000 naskhah sahaja.

Meskipun jualannya kecil, PTS akan terus menerbitkan judul-judul baru setiap bulan. Ini adalah strategi PTS bagi mencipta kesan supermarket (supermarket effect) di dalam kedai-kedai buku.

Teori kesan supermarket mengatakan semakin kecil jumlah produk yang dipamerkan, semakin kurang laku jualannya. (Jualan kedai runcit lebih kecil daripada jualan kedai besar.)

Demikian juga sebaliknya. Semakin banyak produk dipamerkan, semakin banyak yang laku dijual. (Jualan kedai besar lebih kecil daripada jualan supermarket). Inilah faktor yang sangat penting diberi perhatian oleh PTS.

Dengan komitmen PTS yang tidak henti-hentinya menerbitkan novel cinta Islami, pengurusan kedai-kedai buku akan perasan bahawa judul novel cinta Islami PTS semakin banyak, hal itu mendorong mereka memberikan rak khas kepada novel-novel PTS itu.

Pemberian rak-rak khusus itu dapat meningkatkan visibiliti novel-novel itu, di mana mata peminat novel akan mudah ternampak novel-novel yang tersusun banyak pada rak. Dengan demikian barulah kesan supermarket tercipta.

Pada masa ini cetakan novel Islami PTS masih kecil disebabkan kesan supermarket itu belum tercipta di dalam kedai-kedai buku.

Memang sudah ada kedai buku yang membuka rak khusus untuk novel cinta Islami, tetapi jumlah rak itu masih kecil kerana jumlah judul yang dipamerkan belum banyak.

PTS yakin kesan supermarket itu pasti dapat dicipta apabila semakin banyak penerbit lain ikut terjun masuk ke dalam sektor ini. Dengan demikian, semakin banyak rak yang akan diberikan oleh pengurusan kedai-kedai buku kepada novel cinta Islami. Dengan itu juga barulah jualan meningkat, dan jumlah cetakan pertama novel-novel itu dapat dinaikkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jadual Buku Masuk Gudang PTS Minggu Ini Previous entry: Pelukis-Pelukis Komik-M PTS Menemui Peminat di Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Baru.
Zahiruddin zabidi  on  02/02  at  12:35 PM

Assalamualaikum puan.

Semoga berbahagia dan terus sukses serta dirahmati Allah sentiasa.

Saya ingin bertanyakan pendapat puan, jika ada gerai buku di universiti-universiti yang secara khusus menjual novel-novel Islami PTS, apakah natijahnya?

Terima kasih, wassalam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: