Berkarya untuk Pasaran Malaysia dan Indonesia
Wahai Mentee-mentee SifuPTS!
Menulislah supaya karya saudara dapat diterbitkan semula dan dipasarkan di Indonesia. Pasaran kita di Malaysia adalah kecil, jadi kita perlu mengekspot buku-buku kita ke Indonesia supaya karya-karya itu dapat diterbitkan dengan lebih banyak, dan sumber royalti saudara juga lebih lebar.
Sejak 2005 PTS sudah mula mengekspot judul-judul PTS ke Indonesia dengan kerjasama penerbit MIZAN, penerbit ke-2 terbesar di Indonesia selepas Gramedia.
Ini dilakukan dengan cara perjanjian pelesenan hakcipta buku-buku itu kepada anak-anak syarikat MIZAN, sesuai dengan kategori penerbitan masing-masing. MIZAN mempunyai 16 anak syarikat.
Antara budaya kita dan budaya pembaca Indonesia terdapat banyak persamaan. Faktor ini adalah suatu kekuatan dan kelebihan yang seharusnya dieksploitasi.
Judul-judul PTS yang diterbitkan semula di Indonesia terbit sebagai edisi Indonesia. Serba-serbi dibuat semula di sana.
Editor Indonesia 'mengindonesiakan' unsur-unsur bahasa yang terlalu Malaysia, kemudian ia di-layout semula, dan dipakejkan semula dengan judul Indonesia. Nama-nama pengarang dikekalkan.
PTS LITERA UTAMA Sdn. Bhd. adalah anak syarikat joint-venture antara PTS dan MIZAN, yang ditubuhkan khusus bagi mengeksploitasi potensi lintas buku antara KL-Jakarta.
Jadi, apabila saudara menulis, dalam ingatan, saudara perlu selalu memikirkan pasaran buku Indonesia.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum…
saya ingin tahu, buku jenis apakah yang sangat dikehendaki oleh pihak Mizan?
Wassalam
-----
waktu ini saya sering berfikir - walau pun susur galur nenek moyang saya dari pekalongan dan solo - saya tetap tidak memahami budaya di sana. bagaimanakah masyarakatnya? kehidupan mereka? saya difahamkan jutawan dari indonesia melebihi jutawan dari malaysia beberapa kali ganda. kelebihan indonesia adalah rakyat yang sgt ramai - dgn itu kuasa membeli mereka juga berlipat ganda. alangkah baiknya jika PTS menaja penulis ke indonesia sekali sekala untuk melihat budaya dan cara hidup masyarakat sana…
Post a comment