Berlumba-lumba, Bukan Bersaing
Mengapakah menteri-menteri, guru-guru dan ibu bapa sibuk berkempen supaya orang Melayu belajar dan pandai bersaing?
Quran menyuruh kita berlumba-lumba, bukan bersaing.
Berlumba-lumba bermakna masing-masing berusaha menghasilkan kuantiti kerja yang lebih banyak dengan kualiti yang lebih baik.
Berlumba-lumba adalah dasar bisnes PTS. PTS menggalakkan penulis-penulisnya berlumba-lumba menghasilkan buku-buku yang ngetop. Justeru penulis-penulis PTS berkongsi ilmu dan saling dorong-mendorong satu sama lain.
Apabila kita berlumba-lumba, anak panah dihalakan kepada mutu kerja yang kita hasilkan. Kita asyik memikirkan cara-cara bagaimana hendak menghasilkan kerja yang bertambah banyak dengan mutu yang bertambah baik.
Bersaing bermakna, fikir bagaimana hendak ketuk pesaing-pesaing kita sampai mati, sebab kalau dia tidak mati, itulah bahaya besar namanya, sebab dia mungkin dapat bangun semula lalu mengetuk kita pula sampai mati.
Apabila kita bersaing, semua orang kita anggap berpotensi menjadi musuh. Jadi, kita asyik menghalakan anak panah kita ke arah orang lain, manakala otak kita asyik memikirkan bagaimana hendak ketuk orang-orang lain sampai mati. Gas kita habis di situ. Sedangkan, bukan semua orang dapat kita ketuk sampai mati.
Bersaing bukan ajaran Nabi Muhammad.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Ainon,
Bagaimana pula dengan istilah yang selalu kita dengari “Persaingan yang sihat.” Apakah maksud sebenarnya?
Saya belum terbaca hadith yang mengatakan ada “persaingan” yang “sihat”. Saudara sudah jumpa hadith macam itu? Kalau ada, saya sangat ingin tahu mattan hadith tersebut.
Setelah saya semak dalam “tangki fikiran” saya tidak terdapat tentang isu persaingan vs berlumba-lumba yang puan lontarkan. Kebanyakan hadith Nabi menyaran supaya memberi ruang kepada saudaranya untuk mendapat kebaikan bersama-sama.
Contohnya hadith, ketika Nabi sedang memberi kuliah dan ramai sahabat yang hadir. Nabi dapati terdapat hadirin yang lemah seperti orang tua dan sebagainya tidak dapat dengar kuliah beliau.
Lalu Nabi berkata, “Allah merahmati kepada sesiapa yang memberi ruang (mempermudahkan) kepada saudaranya.”
Saya fikir masih banyak hadith-hadith berbentuk begini.
Tetapi jika dilihat kepada isu yang puan timbulkan tentang persaingan itu, saya rasa memang Nabi tidak mengajar kita mengetuk kepala saudara kita tanpa hak yang sebenar.
Kita dibenarkan “mengetuk” orang dalam dua keadaan: (1) Orang itu memerangi kita. (2) Orang itu menjalani hukuman.
Jadi kita tidak disuruh menang dengan cara mengetuk dan mengalahkan orang-orang lain, seperti apa yang barangkali Nescafe sedang lakukan ke atas Alicafe.
Kita disuruh berlumba-lumba membuat sebanyak-banyak kebaikan. Mengalahkan orang, itu bukan kebaikan. Sahabat-sahabat Nabi Muhammad berlumba-lumba mendermakan harta mereka bagi membiayai projek-projek Nabi Muhammad.
Saya rasa ini cuma isu semantik sahaja. Perbezaan antara berlumba-lumba dengan bersaing tidaklah terlalu ketara. Bahkan bersaing itu adalah satu perkara yang wujud dalam sesuatu perlumbaan.
Lainlah kalau kita berbicara tentang beza semantik antara menewaskan dengan membunuh.
Sekadar pandangan orang yang masih belajar..
Acara yang disebut dengan istilah perlumbaan, pertandingan, perlawanan, sayembara, liga, kejohanan, musabaqah, dan yang semakna dengannya itu, di mana hadiah diberikan kepada peserta yang berjaya mengalahkan peserta-peserta lain, maka Nabi Muhammad tidak pernah menganjurkannya.
Manakala frasa “berlomba-lombalah kamu...” itu memang ada dalam nas.
Puan perlu mengembangkan perbezaan istilah ini supaya difahami semua.
Puan Ainon yang dirahmati Allah:
Saya setuju dengan ‘berlumba-lumba’ adalah yang terbaik untuk umat Islam. Bukannya ‘bersaing’ seperti yang dikempen-kempenkan kini. Terima kasih kerana membuatkan mata saya terbuka luas untuk berlumba-lumba.
*Seperti ikan lumba-lumba pula!
Puan,
Antara berlumba-lumba dan bersaing, munkinkah bezanya juga: Apabila berlumba-lumba fokus adalah maju dengan pantas kehadapan manakala bersaing, fokusnya adalah melihat-lihat di kiri dan kanan supaya sentiasa dapat mengatasi pesaing?…
salam, pn ainon, bolehkah bagi pada saya ayat Al-Quran yang tunjukkan kita perlu berlumba-lumba bukan bersaing. Ingin buat bacaan lanjut. Terima Kasih pn
.
Gunakan sistem ejaan dan sistem tanda bacaan yang betul.
Post a comment