Bersaing Bukan Ajaran Nabi Muhammad
Apabila saudara mahu berjaya, jangan bersikap kompetatif, yakni jangan bersaing dengan siapa-siapa. Intipati falsafah persaingan adalah "menang dengan cara mengalahkan orang lain" (winning by beating the other guy).
Nabi Muhammad bukan seorang yang kompetatif. Beliau seorang yang mengajarkan kepada seluruh alam akan falsafah kooperatif, yakni falsafah saling bantu membantu, tolong menolong dan sama-sama berkembang.
Dua bidang yang mengamalkan falsafah persaingan yang sampai tahap sangat ekstrem adalah:
(a) Bidang bisnes
Orang bisnes sanggup melakukan pelbagai jenayah bagi mengalahkan pesaing mereka.
Semasa Nabi Muhammad berniaga, beliau tidak masuk pasaran dengan menggunakan strategi kompetatif, yakni strategi mengalahkan pesaing.
(b) Bidang sukan
Dalam bidang sukan, ada (i) sukan kompetatif dan (ii) sukan non-kompetatif. Dalam sukan kompetatif, ahli-ahli sukan sanggup mengambil dadah berbahaya demi menjadi johan dengan mengalahkan peserta-peserta lain.
Islam membenarkan sukan, tetapi Nabi Muhammad tidak pernah mengadakan sukan kompetatif, di mana ganjaran seperti hadiah, insentif, ataupun wang diberikan kepada pihak yang berjaya mengalahkan orang lain.
Justeru dalam bidang sukan, beliau tidak pernah menganjurkan sebarang aktiviti yang dinamakan peraduan, perlawanan, pertandingan, perlumbaan, kejohanan, musabaqah, sayembara, liga, dan yang semakna dengannya di mana para peserta berlawan-lawan mengalahkan satu sama lain.
Nota: Sifu ini seorang ustazah palsu, sebab beliau tidak pernah masuk kuliah pengajian Islam di universiti, justeru jangan terus telan apa yang tertulis dalam entri ini.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu,
Saya rasa istilah ustazah palsu itu macam tak sesuai. Saya cadangkan ustazah celup.
.
Hmm… boleh juga, macam teh celup (istilah Indonesia).
-----
Puan Ainon,
Salam sejahtera.
Ustazah palsu? Kalau ikut rasa di hati, rasa-rasanya ada orang mempertikaikan kelayakan puan untuk menulis tentang agama dengan nada yang lantang.
Kalau benar, biarkan begitu. Ilmu yang dinyatakan di sini khusus untuk mereka yang berfikir. Malah saya fikir ia sesuai untuk dijadikan tesis penyelidikan di peringkat PhD.
Semuga Allah merahmati puan.
Terima kasih atas doa itu, Prof. Doa-doa seperti itu menguatkan semangat saya yang kadang-kadang macam hampir patah.
Biasalah, pengkritik yang pandai-pandai itu tidak pun menghasilkan hipotesis alternatif (jangan kata menghasilkan teori alternatif), yang lebih baik. Kalau dia tidak dapat cari salah pada teori, dia cari salah pada peribadi penteori.
Post a comment